MARI DEBAT ISU SEKOLAH HARAPAN DAN MELAKA MAJU 2010

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Melaka bahawa PAS Negeri Melaka masih menunggu jawapan dari beliau tentang tarikh dan masa serta tempat untuk debat antara beliau dan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Sudah hampir sebulan, Mohd Ali mencabar PAS Melaka berdebat, tetapi beliau sendiri senyap membisu sehingga kini walaupun Pesuruhjaya PAS Negeri menyahut cabarannya untuk berdebat.

"Takkan tak berani kot, bukan ke Ketua Menteri yang mencabar Ustaz Ghani, bukannya Ustaz Ghani yang cabar Ali".

"Sebagai seorang pemimpin Umno yang dikatakan hebat mengapa pula takut untuk berdebat di atas isu yang penting ini" kata Yusof pada Sidang medianya di Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru di Bukit Katil sebentar tadi.

Beliau juga turut mencadangkan debat diadakan berkaitan dengan isu Melaka Maju 2010 kerana kerajaan negeri nampaknya cuba menipu rakyat dengan dakwaan OECD mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

"Debat perlu diadakan sebagai usaha untuk menerangkan kepada rakyat siapa membohong dan siapa yang masuk bakul angkat sendir" tambah Yusof.

OECD hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju sebagaimana yang disiarkan di laman web The Malaysianinsider.

Dalam laporan itu, wakil OECD Jon Hall menjelaskan kepada portal Malaysiainsider melalui email bahawa media mungkin salah faham tentang pengisytiharan status negeri maju.

Beliau menerangkan bahawa OECD tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan tersebut.

Comments