BANJIR DI UTARA MAKIN PARAH, HARAP SEMUA BERSABAR HADAPI MUSIBAH ALLAH

Saya mendoakan sahabat-sahabat kita di Kedah dan Perlis bersabar dengan ujian Allah berupa banjir yang sedang melanda mereka. Musibah dan ujian Allah mempunyai hikmah dan pengajarannya. Insya Allah jika kita redha dan sentiasa berserah kepada Allah kita akan mendapat balasan dari Allah.

Media hari ini melaporkan bahawa keadaan banjir di utara Semenanjung kini bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kedah dan Perlis terus meningkat.

Hujan yang berterusan sejak semalam menyebabkan 9,264 penduduk daripada 2,214 keluarga di beberapa daerah di Kedah kini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di seluruh negeri itu yang dibuka sejak semalam.

Di Perlis pula, jumlah mangsa yang dipindahkan kini meningkat kepada lebih 3,000 orang berbanding kira-kira 1,600 orang malam tadi.

Comments