OECD TIDAK IKTIRAF MELAKA NEGERI MAJU, 1MALAYSIA KENA TIPU

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di minta membuat penjelasan tentang kenyataan OECD yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju. Sebelum ini kerajaan negeri menjaja nama OECD sebagai badan bebas yang memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober 2010 lalu.

Rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD ini dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan tentang isu ini.

Adalah lebih baik isu ini dibincangkan di dalam Sidang DUN yang sedang berlangsung sekarang.

Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

Wakil OECD Jon Hall menjelaskan kepada Portal Malaysiainsider melalui email bahawa media mungkin salah faham tentang pengisytiharan status negeri maju. Beliau menerangkan bahawa OECD tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan tersebut.

“OECD tidak pernah memberi pengiktirafan terhadap deklarasi Melaka maju, disebabkan kami tidak landasan yang betul untuk berbuat demikian".

“Sebagaimana saya cuba jelaskan dalam ucapan saya pada Rabu (20 Oktober), di mana tidak definasi rasmi ke atas sebuah negeri maju, jadi OECD tidak berada di kedudukan yang betul untuk menggariskan kriteria negeri maju" katanya.

Hall, yang menguruskan OECD dalam projek global bagi mengukur pembangunan masyarakat menghadiri sambutan pengisytiharan Melaka negeri maju pada 20.10.2010 di Stadium Hang Jebat.

Dalam program tersebut Perdana Menteri telah mengisytiharkan Melaka sebagai negeri Maju melalui teleconference.

Berita penuh di http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malacca-developed-status-self-declared-says-oecd-official/

Comments