.

.

29 November 2008

HENTIKAN EKSPLOITASI ISU PERKAUMAN ~ Ref Malaysiakini

Umno sudah pasti akan menggunakan ucapan Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek mengenai isu ketuanan melayu untuk meraih sokongan orang Melayu. Dua hari lalu Chua Soi Lek membuat kenyataan mengenai konsep Ketuanan Melayu sebagai tidak lagi relevan merupakan pandangan peribadi Timbalan Presiden MCA itu sendiri dan bukan menggambarkan pendirian parti.

Saya yakin Umno akan memainkan isu ini untuk memperdayakan orang Melayu kononnya mereka mesti bersatu untuk menentang sebarang cubaan menggugatkan ketuanan Melayu.

Ini terbukti bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, yang juga calon Naib Presiden Umno, Isa Samad menasihati MCA supaya tidak mengungkit isu yang boleh menjejaskan perasaan sesuatu kaum, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha memperbaiki parti itu.

Beliau berkata perbuatan ungkit-mengungkit tidak membawa sebarang faedah kepada Barisan Nasional (BN), malah ia boleh memporak-perandakan negara.

Saya ingin menasihati Umno dan pemimpinnya supaya menghentikan mainan politik perkauman ini kerana ianya sudah tidak relevan dan rakyat sudah muak dan lali dengan strategi politik Umno ini.

UMNO HAPUSKAN KUASA RAJA, PKR MAHU KEMBALIKAN KUASA RAJA ~ Ref Malaysiakini

Ucapan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail pada kongres tahunan PKR pada hari ini memberikan peluang terbuka kepada rakyat Malaysia untuk memilih parti mana yang sebenarnya menjaga kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Umno pada tahun 90-an dahulu dengan biadap meminda perlembagaan dan membuangkan imuniti Raja-Raja Melayu. Bukan itu sahaja Raja-Raja melayu diaibkan di media-media cetak dan elektronik untuk mempengaruhi rakyat supaya menghalalkan hasrat Umno untuk meminda perlembagaan yang menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Akhrinya setelah Raja-Raja Melayu diaibkan dan dimalukan di media Umno meminda perlembagaan tersebut dengan kuasa majoriti 2/3 BN di parlimen. Maka kekuasaan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu semakin kecil dan terbatas di sisi perlembagaan.

Malangnya orang Melayu yang terkenal dengan sifat taat setia kepada Raja tidak nampak akan kedurjanaan dan kebiadapan Umno dan BN ini. Mereka terus menyokong BN tanpa sedar akibat dikelirukan oleh media dan propaganda Umno dan BN.

Kini PKR dan PR memberikan peluang kedua kepada rakyat untuk memilih parti yang menjunjung kuasa Raja-Raja Melayu atau tetap setia dengan parti yang menconteng arang dimuka Raja-Raja Melayu.

Dalam ucapannya pada Kongress PKR pagi tadi Wan Azizah berkata PKR bersedia mengembalikan kekebalan institusi diraja jika berjaya memerintah negara sebagai memenuhi semangat Raja Berperlembagaan.

Mengulangi muafakat bersama yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Malaysia dan agama Islam, beliau berkata:"Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan. Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa."

Kini terpulang kepada rakyat Malaysia khasnya orang melayu untuk membuat keputusan khususnya pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Rakyat di Kuala Terengganu pula boleh memulakan gelombang untuk menyedarkan orang Melayu dan rakyat Malaysia bahawa BN sudah tidak boleh dipercayai lagi untuk mempertahankan institusi Raja Berpelembagaan.

SIAPA CALON PAS DI KUALA TERENGGANU? ~ Ref Malaysiakini

Pilihanraya Kecil Parlimen sudah pasti akan berlaku dalam jangka masa terdekat. Ini adalah kerana Ahli Parlimennya, Allahyarham Dato' Razali Ismail telah meninggal dunia semalam. Kini mata semua orang tertumpu kepada SPR yang akan mengumumkan tarik penamaan calon dan tarikh pengundian selepas menerima notis dari Speaker Parlimen bahawa Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong.

Pilihanraya ini sudah tentu menjadi medan maha penting bagi Pakatan Rakyat (PR) dan BN dalam menentukan masa depan politik masing-masing. Bagi PR sudah tentu mereka mahu membuktikan kepada rakyat bahawa PR semakin diterima ramai dengan 'performance' 5 buah kerajaan negeri yang dibentuk selepas PRU ke 12 dahulu.

Manakala bagi BN mereka sudah tentu tidak rela dikalahkan di sini, lebih-lebih lagi kekalahan akan menyukarkan mereka untuk berusaha merampas kembali 5 negeri PR. Walaupun mungkin keputusan pilihanraya kecil ini tidak 100 % melambangkan pandangan politik rakyat Malaysia namun saya berpendapat ia sedikit sebanyak menjadi kayu pengukur kepada penerimaan rakyat kepada PR dan BN sekarang.

Parlimen Kuala Terengganu merupakan kerusi yang boleh dikatakan memberikan peluang 50:50 kepada PR dan BN. Ini kerana sejak pilihanraya umum 1999, kerusi ini silih bertukar tangan antara PAS dan BN. Pada pilihanraya 1999 PAS memenangi kerusi ini melalui Dr Syed Azman Syed Ahmad dan dirampas oleh BN pada pilihanraya umum 2004 melalui Allahyarham Dato' Razali Ismail dan pada pilihanraya umum 2008, sekali lagi BN mempertahankan kerusi ini melalui calon yang sama dengan majoriti 628 undi.

Walaupun BN memenanginya pada pilihanraya umum lalu, namun kemenangan itu sebenarnya bukan kemenangan mutlak kerana PAS berjaya memenangi 3 dari 4 DUN dalam parlimen ini. PAS menang di DUN Wakaf Mempelam, DUN Ladang dan DUN Batu Burok. Manakala BN hanya memenangi 1 DUN sahaja iaitu DUN Bandar.

DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Burok adalah DUN tradisi yang seringkali di menangi PAS. Manakala DUN Ladang pertama kali dimenangi PAS pada pilihanraya umum lalu manakala PAS pernah memenangi DUN Bandar pada pilihanraya 1999 dan dirampas semula oleh BN pada pilihanraya umum 2004.

Ramai beranggapan bahawa kemenangan BN pada pilihanraya Umum 2008 lalu adalah disebabkan kesilapan PAS meletakkan calon luar untuk bertanding di kerusi tersebut. Orang Terengganu kata mereka tidak boleh menerima calon luar, tidak sebagaimana orang Kelantan yang tetap mengundi PAS walau siapa pun menjadi calon.

Jadi kali ini PAS perlu berhati-hati memilih calon agar calon terbaik dapat ditampilkan bagi membawa panji-panji PR. Satu kerusi ini amat berharga bagi mencorakkan politik masa depan PR.

Bagi saya PAS Terengganu tidak ketandusan calon berwibawa samada dari golongan veteran maupun golongan muda. Mereka mempunyai AJK PAS Pusat, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong; Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali; ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad dan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Arfiffin Deraman yang kesemua mereka adalah anak tempatan Kuala Terengganu. Malah selain mereka ramai lagi calon lain yang berkaliber.

Pemerhati politik berpendapat beberapa perkara menarik dapat dirumuskan melalui keputusan pilihanraya kecil andainya ia berlaku secara adil dan telus. Antaranya :-

1) Suasana terkini rakyat Malaysia samada ianya memihak kepada PR atau BN.
2) Keputusan politik kaum Tionghua dapat kita lihat melalui keputusan pengundian untuk Peti Undi majoriti kaum Tionghua di DUN Bandar.
3) Penerimaan rakyat kepada peralihan kuasa dalam Umno.
4) Pengaruh rasuah dan politik wang yang sudah pasti digunakan oleh BN
5) Samada SPR akan melakukan reformasi atau tetap dengan perangai lamanya menyebelahi BN.

CERAMAH KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMA' PUSAT MALAM INI - Ref Malaysiakini

PAS Cawangan Bukit Lintang akan menganjurkan ceramah umum yang akan disampaikan oleh Ketua Peneranagan Dewan Ulama' PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Nik Salleh malam ini.

Ceramah tersebut akan bermula pada jam 9.15 malam bertempat di Markas PAS Cawangan Rumah Awam Bukit Lintang (Jalan Ayer Molek - Paya Dalam).

Selain Ustaz Nik Zawawi 2 orang lagi perceramah ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail.

Seluruh rakyat negeri Melaka di jemput hadir.

28 November 2008

PILIHANRAYA KECIL DI PARLIMEN KUALA TERENGGANU, PAS ADA PELUANG ~ Ref Malaysiakini

Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia di Genting Highland jam 6.30 petang tadi.

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah etika bermain badminton di institut itu.Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi. Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Allahyarham menghadiri sesi permukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.
Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan limaanak.

Malaysiakini difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.

Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Sementara itu pemerhati politik berpendapat peluang PAS untuk merampas kerusi adalah cerah berikutan suasana semasa yang berpihak kepada Pakatan Rakyat sekarang ini.

BN dan Umno khasnya sudah pasti akan menghadapi tamparan hebat untuk mempertahankan Parlimen ini kerana 3 dari 4 DUN di parlimen iaitu DUN Ladang, DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Buruk dikuasai oleh PAS. BN hanya memenangi satu DUN sahaja iaitu DUN Bandar.

DUN Ladang dimenangi oleh YB Datuk Tengku Hassan; DUN Wakaf Mempelam, YB Mohd Abdul Wahid Endut dan DUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad An Nawawi.

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM DATO' RAZALI ISMAIL.

PEMIMPIN PAS SELAR KERAJAAN NEGERI MASIH GAGAL TANGANI ISU BABI, KINI KAITKAN SEMULA DENGAN PERKAUMAN ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman berkata beliau hairan kerana Umno terus mengungkit isu ini sedangkan penternakan babi itu sudah ujud puluhan tahun mengapa sekarang mereka sedar.

"Adakah hidung mereka sebelum ini tidak berbau dan tersumbat. Saya tidak menafikan perlunya kita mempunyai alam sekitar yang bersih dan nyaman tetapi mengapa kerajaan BN Melaka membiarkan penternakan itu dijalankan secara berleluasa tanpa sebarang tindakan sejak puluhan tahun dahulu".

Imran juga mempersoalkan mengapa penternak tersebut tidak diberikan lesen sejak dari dahulu supaya ianya senang dikawal dan diambil tindakan jika tidak mematuhi peraturan.

Selain itu beliau turut mempersoalkan mengapa baru sekarang sibuk berdemonstrasi sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri yang gagal menguruskan proses pengurangan bilangan babi yang diternak di kawasan itu.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Julasopiah Kassim berkata sepatutnya Umno sebagai penganjur kepada demonstrasi itu sedar bahawa kerajaan negeri Melaka sendiri yang dipimpin oleh Umno gagal menjalankan tanggungjawabnya untuk menguruskan isu babi ini dengan bijaksana.

"Sepatutnya mereka berdemonstrasi di depan pejabat kerajaan negeri kerana kerajaan gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik tanpa menzalimi rakyat samada penternak babi dan rakyat yang teraniaya akibat kawasan persekitaran yang tercemar".

"Mengapa pihak penternak tidak mematuhi arahan kerajaan negeri sedangkan sebelum ini diberitakan mereka sudah mematuhi arahan negeri?

Mesti ada sebab mengapa ini berlaku. Bukankah ini melambangkan kelemahan dan kelembapan kerajaan negeri?" kata Ustaz Julasopiah.

Julasopiyah berkata penternak babi bukanlah rakyat yang degil dan keras kepala jika kerajaan sendiri menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara yang jelas, tolerance dan mengikut peraturan.

"Saya pasti mereka bersedia untuk bekerjasama andainya mereka diajak berbincang dan jalan penyelesaian yang menguntungkan rakyat dan penternak babi di ambil."

"Saya sendiri sangat menyokong sebarang usaha untuk memulihkan alam sekitar di kawasan tersebut. Siapa yang tidak mahu udara bersih, pantai yang indah, bau yang wangi dan sebagai.

"Menurutnya Penternak babi juga mahukan perkara yang sama, tetapi pada masa yang sama jika mata pencarian mereka dihapuskan maka sudah pasti kerajaan perlu memikirkan alternatif lain untuk membantu mereka. Mungkin mereka dibantu dalam bentuk pampasan, bantuan dan sebagainya untuk memulakan hidup baru.

Beliau berpendapat kerajaan Melaka tidak serius dalam menangani isu ini sehingga membiarkan isu ini berlarutan sehingga puluhan tahun dan diungkit-ungkit dari masa ke semasa.

Bagi Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka Khirul Che Salleh berpendapat ada pihak menangguk di air keruh untuk mengaitkan isu ini dengan isu perkauman.

"Ada pihak menangguk di air keruh untuk menggunakan isu ini bagi menenggelamkan isu lain seperti isu rasuah di dalam Umno, isu perbalahan di dalam Umno. Saya yakin isu ini sebenarnya digunakan oleh Umno untuk menyatupadukan ahli dan pimpinannya yang berpecah sekarang."

Beliau hairan mengapa Umno begitu sibuk berdemonstrasi tentang isu babi, sedangkan 'najis' lain iaitu pelacuran, arak dan judi dibiarkan berleluasa sehingga ada yang memberikan nama jolokan sebagai Melaka Darul Maksiat.

'Janganlah cuba putarbelit fikiran rakyat sedangkan isu sebenarnya Umno cuba menutup isu perbalahan dalaman Umno, rasuah dalam Umno dan maksiat yang berleluasa di Melaka" kata Khirul.

Satu perkembangan yang menarik yang dapat dilihat dari isu ini ialah sikap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyokong tindakan ahli-ahli Umno yang mengadakan demonstrasi Ahad lalu.Mohd Ali dalam satu kenyataan kepada media Isnin lalu, menyokong demontrasi berkaitan isu babi sangkut di rumah AJK Umno Masjid Tanah tersebut.
Lebih menarik lagi, beliau menyokong sekiranya penduduk kampung berkenaan hendak mengadakan demontrasi pada setiap minggu.

"Mereka bertindak bagi membantah tindakan kurang ajar individu tertentu yang menyebabkan penduduk tidak senang terhadap perbuatan terkutuk tersebut" kata Mohd Ali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pusat Zakat Melaka di Bukit Baru baru-baru ini.

Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah hairan dengan pendirian Mohd Ali yang jelas menentang demonstrasi sebelum ini.

"Jelas Ali bersikap 'double standard' dalam isu ini, mengapa beliau menyokong demonstrasi pula, sedang beliau cukup anti demonstrasi menentang ISA, menentang kenaikan harga minyak dan lain-lain".

"Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ali Rustam kerana akhirnya bersetuju bahawa demontrasi sebagai satu cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Berbeza dengan pemimpin Umno lain yang menganggap demontrasi boleh menjejaskan ketenteraman awam dan menjejaskan kedatangan pelancong." Kata Yuhaizad dalam nada sinis dan sindiran.

Menurutnya Yuhaizad lagi penduduk Melaka beruntung kerana mendapat Ketua Menteri yang faham tentang demokrasi dan kebebasan bersuara. Mungkin selepas ini penduduk Melaka akan lebih dialu-alukan dalam siri demontrasi yang bakal diadakan dalam apa juga isu yang melibatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau mencadangkan kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), BERSIH dan NGO lain yang berminat untuk mengadakan demontrasi supaya mereka menganjurkan demontrasi di Melaka."Insya Allah kita semua dijamin bebas dari gas pemedih mata, semburan air asid dan gangguan si kepala merah(FRU) kerana Ketua Menteri Melaka sendiri menyokong demonstrasi" kata Yuhaizad dengan sinis.

KONSERT INUL : PENGANJUR BERDEGIL ~ Ref Malaysiakini

Walaupun konsert goyang gerudi Inul pernah dibatalkan 2 kali sebelum ini, penganjurnya IMS Sdn Bhd tetap berdegil dan mahu menganjurkan konsert tersebut sekali lagi esok 29 November. Sekali lagi konsert ini terpaksa dibatalkan kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak meluluskan permohonannya. Permit juga tidak dikeluarkan.
Saya hairan mengapa pihak IMS Sdn Bhd tetap berdegil walaupun jelas konsert ini bertentangan dengan Islam. Malah konsert sebegini juga dihalang di Indonesia. Majlis Ulama di Indonesia sendiri mengharamkan persembahan ghairah Inul ini.

Malah pihak IMS Sdn Bhd dengan lantang marahkan pihak yang membuat bantahan terhadap konsert ini. Mereka bukannya hendak berterimakasih kepada pihak yang memberikan nasihat.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan konsisten membantah konsert ini pada setiap kali ianya dirancang. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menyerahkan memorandum mengandungi bantahan tersebut kepada Ketua Pengarah Jakim, Dato' Wan Mohamad Dato' Sheikh Abdul Aziz baru-baru ini.

MEMALUKAN : ANAK LUAR NIKAH MENINGKAT, KERAJAAN BN MELAKA GAGAL ~ Ref Malaysiakini

Fakta-fakta yang menggerunkan kita semua tetapi seolah-olah tidak diendahkan oleh kerajaan BN Melaka. (Fakta ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani.)

1) Kes hamil luar nikah di negeri ini meningkat 51 peratus kepada 328 kes berbanding 311 tahun lalu.

2) Kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 secara keseluruhannya juga didapati meningkat sebanyak 5.9 peratus atau 93 kes.

3) Kes membabitkan kesalahan syariah meningkat kepada 1,586 kes berbanding 1,493 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

4) Sebanyak 808 kes bersekedudukan dilaporkan pada tahun ini berbanding 699 kes tahun lalu

Ini komen ringkas saya :-

1) Memalukan seluruh rakyat negeri Melaka.

2) Kerajaan BN tidak serius menangani isu ini malah menggalak dan meneruskan program-program maksiat, membiarkan pusat hiburan, pelacuran beroperasi dengan berleluasa malah bertambah dari masa ke semasa.

3) Rakyat tidak seharusnya bersekongkol dengan kerajaan BN dalam hal ini.

4) Rakyat mesti bangkit menolak kerajaan BN pada pilihanraya umum akan datang.

Sumber : Blog Angkasanuri.

RASUAH : PAK LAH BERLAKON LAGI ~ Ref Malaysiakini

Saya mengharapkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang baru menyambut hari jadi kelmarin mengotakan janjinya untuk membenteras rasuah sehingga ke lubang cacing sekalipun.

Jangan hanya pandai berjanji tetapi bila ianya terkena ke atas tengkuk sendiri beliau berdiam diri.

Ramai di kalangan rakyat Malaysia yakin 100 % bahawa rasuah berlaku dengan dahsyat pada pemilihan Umno yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu. Malah sehingga kini kumpulan pelobi dan 'Campaign Manager' meneruskan kerja-kerja ini sehingga menjelang tarikh Persidangan Agung Umno Mac 2009 nanti.

Jika Perdana Menteri benar-benar ikhlas, beliau mesti tegas dan tidak memilih bulu dalam hal ini.

Persoalannya sanggupkan Abdullah dan Umno mengambil tindakan terhadap menantu kesayangannya Khairy Jamaluddin.?

Sanggupkah Abdullah dan Umno mengambil tindakan terhadap hampir kesemua calon-calon yang diyakini menggunakan rasuah untuk menang dan mendapatkan pencalonan?

Semalam Abdullah berlakon lagi memberi amaran kepada pelaku politik wang dalam UMNO bahawa mereka berisiko dilucutkan jawatan meskipun menang pada pemilihan parti Mac depan jika terbukti bersalah terlibat dalam gejala itu.

Sambil mengingatkan ahli UMNO supaya tidak melupakan pengalaman serupa yang dilalui bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd. Isa Samad pada pemilihan lepas, Presiden UMNO itu berkata, adalah satu kerugian sesuatu jawatan terlucut hanya disebabkan keghairahan melakukan politik wang.

Dalam aspek ini, beliau mahu Lembaga Disiplin yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyelesaikan kes-kes politik wang sekiranya ada, sebelum seseorang yang didakwa itu bertanding.

Saya yakin Umno dan Abdullah sendiri tidak akan bertegas dalam hal ini kerana mereka tahu bahawa jika tindakan tegas betul-betul diambil maka sudah tentu Umno akan kehilangan sebahagian besar pimpinan dari sebesar-besar jawatan sehingga ke sekecil-kecil jawatan.

Rakyat sedang menunggu apa tindakan Umno terhadap pengamal rasuah ini .........

TUAN HAJI ALI DILANTIK SEBAGAI KETUA LAJNAH TARBIAH PAS BUKIT KATIL

Bukit Katil : Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Tuan Haji Mohd Ali Sharif (gambar) dilantik sebagai Ketua Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Bukit Katil menggantikan Ustaz Mazlan Berahim yang meletakkan jawatan.

Perlantikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Perkara ini diumumkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek pada mesyuarat bulanan PAS Kawasan di Pejabat PAS Kawasan di sini malam tadi.

27 November 2008

SELAMAT HARI JADI PAK LAH SEMOGA INSAF DAN BERHIJRAH MENYERTAI PERJUANGAN ISLAM DAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

PAGI semalam di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, kakitangan dan para pegawai Abdullah Ahmad Badawi memotong kek dalam satu majlis kecil meraikan hari jadi ke-69 pemimpin nombor satu negara itu.

Ia disusuli dengan satu majlis doa selamat malam tadi di Seri Perdana dengan disertai isteri tercinta, Datin Seri Jeanne Abdullah, keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari jadi kepada Abdullah yang dilahirkan hasil perkongsian hidup Ahmad Badawi dan Kailan Hassan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939.

Cuma saya mengharapkan Abdullah supaya insaf dan berhijrah menyertai perjuangan Islam dan rakyat. Sempena hari jadi Abdullah juga saya harap beliau membebaskan semua tahanan ISA supaya mereka dapat bergembira bersama keluarga dan menyambut hari jadi mereka seumpama Abdullah yang kelihatan gembira semalam.

Tidak ada gunanya Abdullah kamu bergembira di atas air mata rakyat yang semakin susah dan tertekan sekarang.

Insaflah wahai Abdullah, Hapuskan semua kezaliman BN, keborosan kerajaan dan ketidakadilan kerajaan. Jangan biarkan rakyat dizalimi oleh kerajaan BN mendoakan perkara tidak baik.

RAKYAT DI SAMAN KERANA PANDAI BELAJAR HINGGA MASUK UNIVERSITI ~ Ref Malaysiakini

Jelas sekali kerajaan BN gagal menunaikan tanggungjawabnya memberikan perkhidmatan pembelajaran percuma seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.

Sepatutnya dengan hasil mahsul yang banyak, minyak yang melimpah ruah, bumi yang subur dan sebagainya Malaysia berupaya memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Malangnya dek kerana keborosan, pembaziran dan sikap tamak pemimpin kerajaan maka hak rakyat untuk mendapat pendidikan percuma dinafikan.

Sebaliknya rakyat dipaksarela mengambil pinjaman untuk meneruskan pengajian. Jika pinjaman tidak diambil maka tidaklah pelajar-pelajar untuk meneruskan cita-cita mereka mendalami ilmu di menara gading.

Kita para graduan ini terus dizalimi apabila sesiapa yang gagal membayar pinjaman yang berdasarkan riba 4 %, mereka disaman oleh PTPTN iaitu tabung pendidikan yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Jelas sekali kerajaan berniaga dengan rakyat apabila mengenakan riba 4 % untuk menekan para graduan ini.

Seingat saya pada zaman saya belajar dulu tiada riba 4 % dikenakan. Kini kerajaan semakin zalim apabila mengenakan caj riba sebanyak ini.

Hari ini menteri menjaga universiti, Khaled Nordin memberitahu bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga Oktober lalu telah menyaman 18,532 peminjam tegar kerana tidak mengendahkan arahan supaya membayar balik pinjaman pelajaran.

Khaled berkata, jumlah terbanyak ialah peminjam Melayu seramai 15,457 orang atau 83.41 peratus.

``Turut disaman ialah peminjam kaum Cina seramai 1,433 orang; India (991 orang) dan kaum lain (651 orang),'' katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Amran Ab. Ghani (PKR-Tanah Merah) pada sidang Dewan Rakyat.

Menurut beliau, langkah menyaman peminjam terbabit di mahkamah merupakan tindakan terakhir yang diambil oleh PTPTN.

``Ini berikutan individu berkenaan dikategorikan sebagai peminjam tegar yang tidak mengendah surat amaran yang telah dikeluarkan kepada mereka,'' katanya.

MUKA TAK MALU ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin BN memang muka tidak tahu malu. Baik Umno, MCA maupun MIC semuanya perangai sama sahaja. Walaupun pernah ditangkap, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atau mereka mengaku sendiri melakukan sesuatu perkara namun masih mahu menjadi pemimpin.

Ini jauh berbeza dengan pemimpin negara barat maupun Jepun yang sentiasa bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan. Buktinya pemimpin negara maju sudah pasti akan meletakkan jawatan andai mereka disiasat atau dihadapkan ke mahkamah. Malah jika rahsia skandal mereka bocor sudah pasti mereka bertanggungjawab.

Malangnya pemimpin di negara kita walaupun mengaku 'berlakon' video lucah tetap ingin menjadi pemimpin , malah ahli-ahli partinya pula mengangkatnya menjadi pemimpin atasan dalam parti mereka.

Saya sendiri pening dengan sikap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang jelas tidak mampu berfikir secara waras. Sebab itulah BN terus memerintah dan menzalimi rakyat kerana rakyat sendiri kurang cerdik dan kurang peka dengan kejahatan dan kezaliman BN.

Pemimpin bermuka tembok ini Chua Soi Lek berkata hari ini bahawa pemilihanya sebagai timbalan presiden MCA bukan kerana ahli-ahli parti itu menerima kesalahan yang telah dilakukannya, ataupun mencerminkan kurangnya sensitiviti mereka terhadap nilai-nilai kekeluargaan.

Sebaliknya, tegas beliau, ia adalah penerimaan rakan-rakan seperjuangannya dalam MCA "yang yakin saya boleh menyumbang dan menerajui parti selepas tsunami politik".

"Saya begitu berharap semoga teman seperjuangan, saudara dan rakan-rakan dalam parti akan memberi saya peluang kedua," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya.

Jelas Chua memang tidak malu dan tidak berasa bersalah dengan perbuatannya dahulu yang memalukan kerajaan, MCA dan rakyat Malaysia.

26 November 2008

PEMUDA BUKIT KATIL ANJURKAN KEJOHANAN BOWLING TERBUKA ~ Ref Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan kejohanan Bowling berprestij Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka pada bulan Disember ini.

Pengarah Program Joe Dawi berkata kejohanan yang julung kali diadakan akan menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta.

Maklumat lanjut adalah seperti dibawah :-

KEJOHANAN BOWLING PIALA KETUA DEWAN PEMUDA PAS MELAKA

PADA : 27 DECEMBER 2008
JAM : 10 PAGI
BERTEMPAT : AMPANG SUPERBOWL , MAHKOTA PARADE MELAKA RAYA
FORMAT BERKUMPULAN (1 kumpulan = 4 peserta )

Yuran : RM120 satu pasukan (4 orang)

Hadiah Menarik :
1st place : RM 500 + piala + medal

2nd place RM300 + medal
3rd RM200 + medal


Berminat sila hubungi Joe : 012-3597064 / Nazri : 012-6233886 / Yuzi : 0196291088 / Abu Adham : 017-9002958 / Abu Iskandar : 013-6205770 / Fuad : 019-6679010

ADA PIHAK CUBA PECAH BELAHKAN PAS KELANTAN ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin isu yang dimainkan oleh media yang menyebut ada ADUN PAS mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz meletakkan jawatan merupakan usaha untuk memecahbelahkan PAS Kelantan.

Selain itu musuh-musuh PAS ini juga cuba mengharu birukan perpaduan dan wehdatul fikr serta wehdatul amal dalam PAS dan Kerajaan Kelantan.

Mereka sebenarnya sudah ketandusan idea dan strategi lantaran kejayaan PAS memenangi Pilihanraya Umum lalu dengan kejayaan besar yang mengejutkan musuh-musuh PAS ini.

Maka tidak ada cara lain lagi bagi musuh PAS selain memperkudakan media yang sememangkan terkenal tidak beretika dan beradab dalam menyiarkan berita dan artikel masing-masing.

Hari ini Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan yang juga bekas Exco, YB Zulkifli Mamat menafikan wujudnya desakan dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS supaya Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Nik Mat berundur dari jawatannya.

Zulkifli yang terkenal dengan jolokan YB Zul yang juga ADUN Pulai Chondong, sebaliknya mahukan Mursyidul Am PAS itu agar dipanjangkan umur supaya boleh mentadbir kerajaan negeri lebih lama lagi.

Begitu juga dengan 2 orang lagi ADUN Veteran PAS iaitu ADUN Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron dan Bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan yang juga ADUN Tawang Hassan Mahmood, mereka berdua tetap mempertahankan kepimpinan Tok Guru.

BLOG PEMUDABUKITKATIL DIAKTIFKAN SEMULA ~ Ref Malaysiakini

Setelah pengsan beberapa lama Blog Pemudabukitkatil diaktifkan semula. Anda boleh melayarinya bermula hari ini untuk mendapatkan berita-berita serta artikel-artikel tentang negeri Melaka, Malaysia dan global.

Anda melayarinya di http://pemudabukitkatil.blogspot.com

Harap Maklum.

MALAYSIA SYURGA WARGA ASING, NERAKA KEPADA RAKYAT SENDIRI ~ Ref Malaysiakini

Malaysia adalah syurga kepada warga asing dan neraka kepada rakyat sendiri. Itulah dakwaan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen pengampu BN dari Seri Gading, Mohamad Aziz yang seolah-olah bengang dengan jawapan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Noraini Ahmad di Parlimen semalam.

"Jawapan panjang tapi tak sampai ke lubuk hati. Negara ini dikatakan syurga bagi warga negara asing mencari nafkah tetapi neraka bagi rakyat kita sendiri, jadi jawapan ini tidak menyelesaikan masalah.

"Sebenarnya kerajaan kita perlu memperjuangkan supaya rakyat negara ini dapat tangga gaji yang munasabah iaitu lebih tinggi daripada miskin tegar dan rakyat negara ini harus diutamakan, kenapa kita mesti utamakan pelabur luar tapi rakyat negara ini sengsara nak mencari pekerjaaan," katanya yang tiba-tiba bangun ketika Noraini sedang menjawab soalan Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit).

Saya memang menyokong apa yang dikatakan Mohamad Aziz ini. Sehingga kini kerajaan BN masih gagal menetapkan had gaji minimum yang diperjuangkan kesatuan sekerja sejak sekian lama. Majoriti rakyat kita sekarang mempunyai gaji di bawah paras garis kemiskinan walaupun kerajaan melaung-laungkan bahawa Malaysia adalah syurga kepada para pekerja.

Bayangkan masih ramai pekerja kita yang gajinya dibawah RM700 sebulan sedangkan mereka mempunyai lebih dari 6 orang anak. Apa yang mereka makan seharian kita pun tidak boleh fikirkan.

Malangnya kerajaan tidak pernah bersimpati. Tuntuan Cuepacs dan MTUC tidak dilayan dan tiada kata putus diberikan.

Dalam keadaan semasa paras garis kemiskinan bukan lagi RM750 tetapi sudah meningkat kepada RM1500 seperti yang pernah diperkatakan oleh Menteri DiJabatan Perdana Menteri, Amirsham Abdul Aziz dalam jawapannya di Parlimen beberapa bulan lalu.

HARAP PEMIMPIN PAS SELANGOR MATANG, JANGAN BIARKAN ADA ORANG MENANGGUK DI AIR KERUH ~ Ref Malaysiakini

Rombakan kabinet di Selangor yang melibatkan 2 jawatan penting dilihat sedikit sebanyak menimbulkan masalah. Namun saya yakin ianya bukan masalah besar dan boleh diselesaikan dengan mudah.

Ada pihak mendakwa Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad digugurkan sebagai timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor kerana beliau dianggap rapat dengan PKR dan tidak mewakili kepentingan partinya sendiri apabila berdepan dengan rakan kongsinya itu.

Sumber itu menyebut bahawa hubungan erat Khalid dengan PKR telah menyukarkan PAS menyalurkan rasa tidak puas hati mereka berhubung pengagihan kuasa dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Walau apapun alasannya kita sebagai anggota jemaah yang telah ditarbiah dan teruji sudah tentu mampu menanganinya dengan baik, berhikmah dan penuh insaf.

Jawatan bukanlah keistimewaan sebagai jawatan dalam Umno. Jawatan dalam perjuangan Islam adalah amanah yang wajib dipikul dengan ikhlas, bertanggungjawab dan sabar.

Pengguguran Timbalan Pesuruhjaya 2, YB Khalid Samad dan Ketua Penerangan PAS Selangor, YB Shaari Sungip diharap tidak menjejaskan pentadbiran PAS Selangor. Diharapkan juga pimpinan dan ahli PAS Selangor matang dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka demi masa depan PAS dan perjuangan Islam.

Khalid dan Shaari sememangnya 2 orang pemimpin yang berpendidikan tinggi, berkarisma dan berkebolehan. Kedua-duanya berkelulusan dalam master Engineering dan mempunyai banyak pengalaman dalam pengurusan dan sektor korporat.

Saya yakin kedua-dua mereka matang dan tidak mudah melatah.

Khalid masih seorang YDP Kawasan dan Shaari masih memegang jawatan dalam PAS Kawasan Gombak.

Iktibar dari pelucutan jawatan Panglima Islam Khalid Al Walid wajar diambil kira. Khalid ketika diminta pendapat tentang pemecatan jawatan sebagai Panglima perang Islam oleh Khalifah Umar Al Khattab, tegas menjawab " saya berjuang bukan kerana Umar, tetapi saya berjuang kerana Allah S.W.T'.

Inilah bezanya perjuangan Islam dan bukan Islam.

HARI KELUARGA AR RAHMAH

Saya bersama keluarga sempat menghadiri program Hari Keluarga Sekolah Ar Rahmah di Ismah Beach Resort, Tg Bidara bermula 24 hingga 25 Nov. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Anak-anak pun seronok bermain bersama-sama rakan-rakan mereka.

Semoga hubungan silaturrahim antara warga kerja Sekolah tersebut semakin mantap dan sekolah semakin maju. Insya Allah.

25 November 2008

PEMUDA PAS HULUR DERMA PADA BALU USTAZ KHAIRUDDIN ~ Ref Malaysiakini

Ipoh : Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Lajnah Pekerjanya menghulurkan sumbangan pada keluarga Allahyarham Ustaz Mohd Khairuddin bin Mohd. Isa Pembantu Tadbir Jabatan Agama Islam Perak yang meninggal dunia pada 11 November lalu.

Allahyarham Ustaz Khairuddin ditetak mati oleh perompak ketika bekerja sebagai juruwang sambilan di stesen minyak di Ipoh.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Saudara Adly Zahari Pengerusi Lajnah Pekerja DPP Pusat kepada abang Allahyarham, Ustaz Aminuddin Mohd Isa, Rabu lalu di rumah Allahyarham di Taman Meru Jaya, Ipoh.

Dalam kenyataan ringkasnya mengharapkan keluarga Allahyarham terutama balu dan anak-anaknya agar bersabar dengan ketentuan Allah ini. Beliau mendoakan roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan para anbia, solehin dan syuhada.

Beliau meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak berusia dari sebulan hingga 14 tahun.

Turut serta bersama Adly dalam kunjungan tersebut ialah Yuhaizad Abdullah Setiausaha Lajnah Pekerja dan ditemani oleh Sdr. Zairul Abdullah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun.

7 RESOLUSI KONVENSYEN TARBIYYAH PAS MELAKA 2008 ~ Ref Malaysiakini

Di bawah ini adalah resolusi 7 perkara yang perlu diberi perhatian oleh PAS Negeri Melaka dalam mengerakkan kerja-kerja maha penting dalam perjuangan Islam
  • Tarbiyyah hendaklah menjadi agenda yang terbesar dalam gerakerja parti dan kesemua aktiviti jemaah dan kemasyarakatan;

  • kesemua peringkat hirarki kepimpinan daripada setinggi-tinggi peringkat kepimpinan pusat sehingga ke peringkat ketua cawangan, wajib mengikuti sistem dan marhalah-marhalah tarbiyyah yang telah dirangka oleh Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat;

  • Pemilihan kepimpinan di semua peringkat perjawatan parti dan jemaah hendaklah merujuk kepada merit tarbiyyah yang dijalani oleh ahli-ahli yang ingin bertanding;

  • Modul Tarbiyyah perlu diberi penambahbaikan dari masa ke semasa supaya ianya sesuai dengan era perkembangan semasa dan kepelbagaian latar belakang ahli-ahli PAS di semua peringkat;

  • Usrah sebagai tulang belakang sistem tarbiyyah hendaklah di evergreenkan (disegarbugarkan) dan dilakukan pemantauan oleh Lajnah Tarbiyyah supaya ujud keselarasan wehdatul fikri dan wehdatul amal;

  • Program-program hardcore tarbiyyah seperti tamrin, mukhayyam, liqa' mahabbah dan rehlah yang suatu masa dahulu menjadi rutin wajib pimpinan-pimpinan utama seperti Mursyidul Am, Dato Seri Presiden sendiri serta pimpinan lain yang ada pada hari ini telah diremehkan oleh lapisan baru ahli jamaah, wajib disuburkan semula dan ditambahbaikkan dengan aktiviti-aktiviti sampingan;

  • Ahli-ahli parti wajib bermujahadah melawan hawa nafsu, meninggalkan dosa-dosa besar dan kecil serta janganlah meninggalkan solat walau sesibuk mana keadaan kita. Kerana ini merupakan penghalang yang paling besar kepada hidupnya tarbiyyah dalam jiwa ahli jemaah. Sebagai gantinya, wajib kita sebagai ahli gerakan Islam merutinkan amalan-amalan Qiamullail, membaca Al Qur'an, zikir-zikir harian, maathurat dan puasa-puasa sunat.

Resolusi dibentang di akhir Konvensyen Tarbiyyah PAS Melaka 2008.

ISU NAZRI : JANGKAAN SAYA TEPAT ~ Ref Malaysiakini

Jangkaan saya bahawa Nazri tidak akan dikenakan sebarang tindakan dalam isu penipuan pemecatan Hakim akhirnya menjadi kenyataan.

Dewan Rakyat hari ini memutuskan untuk tidak merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa membuat kenyataan yang tidak benar dalam Dewan Rakyat.

Maka benarlah apa yang saya jangkakan sebelum. Berdasarkan pengalaman dan pengamatan kita sebelum ini menteri adalah imun dan kebal dari sebarang kesalahan di dalam negara Islam Hadhari ini.

Sebaliknya ahli parlimen Puchong, Gobing Singh Deo pula yang dikenakan tindakan gantung selama 2 hari.

Keputusan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu bagaimanapun dibantah keras oleh ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh, yang kemudiannya digantung selama dua hari kerana mencabar keputusan tersebut.

Dr Wan Junaidi menjelaskan bahawa beliau membuat keputusan itu berdasarkan kepada tiga faktor; pertama, sama ada kenyataan menteri itu mengelirukan; kedua, sama ada menteri sedar bahawa kenyataan itu mengelirukan, dan akhirnya sama ada jika menteri berkenaan berniat untuk mengelirukan dewan.

Mengikut Dr Wan Junaidi, walaupun kenyataan Nazri itu mengelirukan, tetapi beliau kemudian menyedarinya, dan oleh itu tidak dianggap berniat untuk mengelirukan dewan.

Oleh itu, timbalan speaker berkata kes Nazri tidak memenuhi ketiga-tiga syarat tersebut, dan beliau tidak perlu dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan.

24 November 2008

MOHON DERMA UNTUK 'UPGRADE' BANGUNAN PAS MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Semabok : Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Husni Balis Ali menyeru orang ramai yang cintakan perjuangan rakyat di seluruh Malaysia untuk menghulurkan derma bagi 'mengupgrade'kan Bangunan Pejabat Perhubungan PAS Negeri.

Menurut Balis, bangunan perlu diupgradekan dari segi pendawaian elektrik, sistem 'Pest Control' dan sebagainya. Anggaran kos yang diperlukan adalah sekitar RM50,000.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun :-

BIMB 04015010009091
MBB 154026335344 atas nama PAS Melaka

Segala derma dan sumbangan amat dialu-alukan.

BABI MEREKA BERDEMO, JUDI, PELACURAN DAN ARAK MEREKA BIARKAN ~ Ref Malaysiakini

Semalam, Umno berdemonstrasi di Pekan Kuala Sungai Baru kerana membantah ujudnya penternakan babi di Paya Mengkuang dan kawasan sekitarnya. Isu ini bukan baru dan sengaja di ungkit semula demi untuk mendapat 'mileage' politik.

Bukankan penternakan itu sudah ujud puluhan tahun mengapa sekarang mereka sedar. Adakah hidung mereka sebelum ini tidak berbau dan tersumbat. Saya tidak menafikan perlunya kita mempunyai alam sekitar yang bersih dan nyaman.

Tetapi mengapa kerajaan BN Melaka membiarkan penternakan itu berleluasa tanpa sebarang tindakan sejak puluhan tahun dahulu.

Mengapa penternak tersebut tidak diberikan lesen supaya senang ianya dikawal dan diambil tindakan jika tidak mematuhi peraturan.?

Mengapa baru sekarang sibuk berdemonstrasi sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri yang mengarahkan ianya ditutup sebelum pilihanraya dulu?

Mengapa pihak penternak tidak mematuhi arahan kerajaan negeri sedangkan sebelum ini diberitakan mereka sudah mematuhi arahan negeri? Mesti ada sebab mengapa ini berlaku. Bukankah ini melambangkan kelemahan dan kelembapan kerajaan negeri?

Bagi saya penternak babi bukanlah rakyat yang degil dan keras kepala jika kerajaan sendiri menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara yang jelas, mengikut peraturan dan logik. Saya pasti mereka bersedia untuk bekerjasama andainya mereka diajak berbincang dan jalan penyelesaian yang menguntungkan rakyat dan penternak babi di ambil.

Saya sendiri sangat menyokong sebarang usaha untuk memulihkan alam sekitar di kawasan tersebut. Siapa yang tidak mahu udara bersih, pantai yang indah, bau yang wangi dan sebagai. Penternak babi juga mahukan perkara yang sama. Tetapi pada masa yang sama jika mata pencarian mereka dihapuskan maka sudah pasti kerajaan perlu memikirkan alternatif lain untuk membantu mereka. Mungkin mereka dibantu dalam bentuk pampasan, bantuan dan sebagainya untuk memulakan hidup baru.

Sebenarnya kerajaan Melaka tidak serius dalam menangani isu ini. Mengapa ianya dibiarkan berlarutan sehingga puluhan tahun dan diungkit-ungkit dari masa ke semasa.

Ada pihak menangguk di air keruh untuk mengaitkan isu ini dengan isu perkauman.

Ada pihak menangguk di air keruh untuk menggunakan isu ini bagi menenggelamkan isu lain seperti isu rasuah di dalam Umno, isu perbalahan di dalam Umno. Saya yakin isu ini sebenarnya digunakan oleh Umno untuk menyatupadukan ahli dan pimpinannya yang berpecah sekarang.

Dalam satu perkara lagi, mengapa Umno begitu sibuk berdemonstrasi tentang isu babi, sedangkan 'najis' lain iaitu PELACURAN, ARAK DAN JUDI dibiarkan berleluasa menjadi raja maksiat di negeri Melaka.

Janganlah cuba putarbelit fikiran rakyat sedangkan isu sebenarnya Umno cuba menutup isu perbalahan dalaman Umno, rasuah dalam Umno dan maksiat yang berleluasa di Melaka.

23 November 2008

NISA MELAKA PELAWA ORANG RAMAI SERTAI PROGRAM 'DO YOUR OWN BLOG' ~ Ref Malaysiakini

Sebuah NGO, Nisa Melaka mempelawa orang ramai untuk menyertai program membangunkan Blog sendiri. Program ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada sesiapa bagi mencipta blog sendiri.

Di bawah ini saya siarkan semula promosi program tersebut.

Program DO YOUR OWN BLOG

Anda ngin mempunyai BLOG anda sendiri? Anda inginkan pendapat anda , aktiviti anda dan memori indah anda dikongsi bersama dengan semua orang didunia ini?

Senang sahaja. Tuliskan semua ini didalam blog anda..

Nisa Melaka akan mengadakan program DO YOUR OWN BLOG

Tarikh : 29 & 30 Nov 2008 ( sila pilih samada sabtu atau ahad)
Tempat : Pusat Komputer EDUCOM Duyong ( atas kedai orang kampung di Taman Sri Duyung – deret kedai runcit Rajini)

Masa :Sesi 1 : 8.30 – 10.30 pagi (Pilih satu sesi sahaja)
Sesi 2 : 11.00 – 1.00 thgri
Sesi 3 : 2.30 – 4.30 ptg

Yuran : RM 10.00 ( Pelajar)RM 20.00 ( Bukan Pelajar)Terbuka kepada semua , lelaki dan perempuan tanpa had umur .

Tempat adalah terhad. Hanya 8 peserta sahaja untuk satu sesi.

Berminat sila sms / call untuk tempahan tempat.
Butir-butir yang anda perlu sertakan adalah> Nama dan No Telefon anda>
Masa dan Tarikh yang anda pilih

Tenaga Pengajar
> Pn Mahani ( Master of Informatics Health)
> Cik Fadzillah ( Master of IT)
> Pn Hafinizan ( Bac of IT )
> Cik Nazirah ( Bac of Eng)

Hubungi No : 013 6674588 - Pn Mahani,
019 6267178 - Pn Rogayah
016 2527610 - Cik Fadzillah untuk tempahan tempat

RASUAH MUSNAHKAN TAMADUN MANUSIA ~ Ref Malaysiakini

Sungai Udang : Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang berkata rasuah yang sedang dijadikan senjata untuk menang pada pemilihan Umno sekarang terbukti menjadi pemusnah tamadun bangsa.

"Malang sekali ahli Umno menggunakan duit untuk memilih pemimpin sehingga jutaan ringgit digunakan untuk membeli undi".

"Tamadun manusia akan hancur jika rasuah menjadi amalan masyrakat, dan ianya terbukti menjadi musuh utama ketamadunan manusia"

Ustaz Hadi berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada konvensyen PAS Negeri Melaka 2008 di Madrasah An-Nuriah dekat sini pagi tadi.

Menurut Ustaz Hadi PAS berjaya mentarbiyah ahlinya sehingga berjaya memimpin 3 buah negeri dan menjadi sebahagian dari kerajaan campuran di dua buah negeri lain. PAS, kata beliau mempunyai sistem tarbiahnya tersendiri yang berbeza dengan tarbiah gerakan Islam lain.
Kehebatan tarbiah kita menjadikan PAS terus relevan, berkembang dan istiqamah dalam perjuangan sehingga mampu bertahan lebih dari 50 tahun. Parti-parti lain yang tidak berteraskan Islam semuanya berkubur seperti parti negara, Hamim, Berjasa dan lain-lain.

Selain itu beliau juga mengingatkan bahawa tarbiah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Apa yang penting ahli-ahli mesti komited dan bersedia untuk ditarbiah.

Kertas Kerja beliau bertajuk 'Kegemilangan tarbiyyah PAS realiti harapan' mendapat sambutan yang hebat dari peserta yang berpendapat ianya sangat relevan dan sesuai untuk dijadikan panduan untuk meneruskan perjuangan yang mencabar pada masa depan.

Seorang peserta, Salleh Othman dari Taman Merdeka yakin para peserta faham dan boleh melaksanakan saranan-saranan Tuan Guru bila balik ke cawangan masing-masing.

KAMI TIDAK MARAH ISLAM, KAMI MARAH UMNO - Penternak Babi ~ Ref Malaysiakini

Masjid Tanah : Seorang penternak babi Paya Mengkuang, Lim Oh Pah (gambar) berkata para penternak babi tidak bermusuh dengan Islam tetapi marah kepada Umno dan pemimpinnya.

"Kami tidak pernah marahkan Islam, Islam agama baik dan suka tolong orang, cuma Umno yang jahat, kami marah Umno".

Lim berkata demikian ketika ditemui pada ceramah Presiden PAS, YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang di Dataran Kezaliman, Pasir Gebu, Tanjung Bidara di sini malam tadi. Beliau duduk dipentas ceramah bersama saf kepimpinan PAS pada majlis tersebut.

Menurut Lim, perbuatan menyangkut bangkai kepala babi di pagar seorang AJK Umno Bahagian Masjid Tanah bukan dilakukan oleh penternak babi. Beliau sebaliknya menuduh ianya dilakukan sendiri oleh orang Umno dengan mengupah individu tertentu melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Umno memang jahat, dia upah orang, bikin itu kerja, saya tahu itu bukan kerja penternak babi, Umno mau busukkan nama penternak-penternak babi" kata Lim dengan serius.

Beliau juga memberitahu bahawa pihak penternak babi telahpun membuat laporan Polis berkenaan isu ini yang sengaja ditimbulkan pihak tertentu untuk memburukkan nama Penternak Babi.

KONVENSYEN PAS MELAKA DAPAT SAMBUTAN HEBAT ~ Ref Malaysiakini

Sungai Udang : Konvensyen PAS Negeri Melaka 2008 mendapat sambutan yang cukup hebat apabila dihaidiri kira-kira 500 wakil-wakil PAS Kawasan, Dewan-dewan dan Cawangan-cawangan. Konvensyen tersebut yang diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang tadi di Madrasah An-Nuriah di sini dihadiri oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS sebagai pembentang kertas kerja.

Dewan Sekolah An-Nuriah melimpah sehingga keluar dan Khemah terpaksa didirikan bagi menampung kehadiran peserta.

Tuan Guru Presiden, YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang membentangkan kertas bertajuk 'Kegemilangan Tarbiah PAS realiti dan harapan' manakala Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa menyampaikan kertas kerja bertajuk ' Pemerkasaan Wasilah Tarbiyyah'.

Di akhir Konvensyen tersebut, wakil Dewan Ulama' Ustaz Faisol Mohd membacakan resolusi 7 perkara yang antara berkisar kepada kepentingan tarbiah dan kepimpinan.

Seorang peserta Mohd Jas Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana kejayaan program tersebut.

'Saya yakin jika peserta yang hadir komited dan serius dalam kerja-kerja tarbiah PAS Melaka akan bertambah gemilang dan berjaya' kata Jas.

Gambar 1 : Peserta khusyuk memberi perhatian kepada pembentangan kertas kerja

Gambar 2 : Para peserta terpaksa duduk di luar kerana dewan penuh sesak.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter