RASUAH : PAK LAH BERLAKON LAGI ~ Ref Malaysiakini

Saya mengharapkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang baru menyambut hari jadi kelmarin mengotakan janjinya untuk membenteras rasuah sehingga ke lubang cacing sekalipun.

Jangan hanya pandai berjanji tetapi bila ianya terkena ke atas tengkuk sendiri beliau berdiam diri.

Ramai di kalangan rakyat Malaysia yakin 100 % bahawa rasuah berlaku dengan dahsyat pada pemilihan Umno yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu. Malah sehingga kini kumpulan pelobi dan 'Campaign Manager' meneruskan kerja-kerja ini sehingga menjelang tarikh Persidangan Agung Umno Mac 2009 nanti.

Jika Perdana Menteri benar-benar ikhlas, beliau mesti tegas dan tidak memilih bulu dalam hal ini.

Persoalannya sanggupkan Abdullah dan Umno mengambil tindakan terhadap menantu kesayangannya Khairy Jamaluddin.?

Sanggupkah Abdullah dan Umno mengambil tindakan terhadap hampir kesemua calon-calon yang diyakini menggunakan rasuah untuk menang dan mendapatkan pencalonan?

Semalam Abdullah berlakon lagi memberi amaran kepada pelaku politik wang dalam UMNO bahawa mereka berisiko dilucutkan jawatan meskipun menang pada pemilihan parti Mac depan jika terbukti bersalah terlibat dalam gejala itu.

Sambil mengingatkan ahli UMNO supaya tidak melupakan pengalaman serupa yang dilalui bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd. Isa Samad pada pemilihan lepas, Presiden UMNO itu berkata, adalah satu kerugian sesuatu jawatan terlucut hanya disebabkan keghairahan melakukan politik wang.

Dalam aspek ini, beliau mahu Lembaga Disiplin yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyelesaikan kes-kes politik wang sekiranya ada, sebelum seseorang yang didakwa itu bertanding.

Saya yakin Umno dan Abdullah sendiri tidak akan bertegas dalam hal ini kerana mereka tahu bahawa jika tindakan tegas betul-betul diambil maka sudah tentu Umno akan kehilangan sebahagian besar pimpinan dari sebesar-besar jawatan sehingga ke sekecil-kecil jawatan.

Rakyat sedang menunggu apa tindakan Umno terhadap pengamal rasuah ini .........

Comments