KONVENSYEN PAS MELAKA DAPAT SAMBUTAN HEBAT ~ Ref Malaysiakini

Sungai Udang : Konvensyen PAS Negeri Melaka 2008 mendapat sambutan yang cukup hebat apabila dihaidiri kira-kira 500 wakil-wakil PAS Kawasan, Dewan-dewan dan Cawangan-cawangan. Konvensyen tersebut yang diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang tadi di Madrasah An-Nuriah di sini dihadiri oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS sebagai pembentang kertas kerja.

Dewan Sekolah An-Nuriah melimpah sehingga keluar dan Khemah terpaksa didirikan bagi menampung kehadiran peserta.

Tuan Guru Presiden, YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang membentangkan kertas bertajuk 'Kegemilangan Tarbiah PAS realiti dan harapan' manakala Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa menyampaikan kertas kerja bertajuk ' Pemerkasaan Wasilah Tarbiyyah'.

Di akhir Konvensyen tersebut, wakil Dewan Ulama' Ustaz Faisol Mohd membacakan resolusi 7 perkara yang antara berkisar kepada kepentingan tarbiah dan kepimpinan.

Seorang peserta Mohd Jas Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana kejayaan program tersebut.

'Saya yakin jika peserta yang hadir komited dan serius dalam kerja-kerja tarbiah PAS Melaka akan bertambah gemilang dan berjaya' kata Jas.

Gambar 1 : Peserta khusyuk memberi perhatian kepada pembentangan kertas kerja

Gambar 2 : Para peserta terpaksa duduk di luar kerana dewan penuh sesak.

Comments