HENTIKAN EKSPLOITASI ISU PERKAUMAN ~ Ref Malaysiakini

Umno sudah pasti akan menggunakan ucapan Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek mengenai isu ketuanan melayu untuk meraih sokongan orang Melayu. Dua hari lalu Chua Soi Lek membuat kenyataan mengenai konsep Ketuanan Melayu sebagai tidak lagi relevan merupakan pandangan peribadi Timbalan Presiden MCA itu sendiri dan bukan menggambarkan pendirian parti.

Saya yakin Umno akan memainkan isu ini untuk memperdayakan orang Melayu kononnya mereka mesti bersatu untuk menentang sebarang cubaan menggugatkan ketuanan Melayu.

Ini terbukti bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, yang juga calon Naib Presiden Umno, Isa Samad menasihati MCA supaya tidak mengungkit isu yang boleh menjejaskan perasaan sesuatu kaum, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha memperbaiki parti itu.

Beliau berkata perbuatan ungkit-mengungkit tidak membawa sebarang faedah kepada Barisan Nasional (BN), malah ia boleh memporak-perandakan negara.

Saya ingin menasihati Umno dan pemimpinnya supaya menghentikan mainan politik perkauman ini kerana ianya sudah tidak relevan dan rakyat sudah muak dan lali dengan strategi politik Umno ini.

Comments

visit www.maqcollection.com for shopping online..unique n exotic fashion from asia..