Pilihanraya Kecil Parlimen sudah pasti akan berlaku dalam jangka masa terdekat. Ini adalah kerana Ahli Parlimennya, Allahyarham Dato' Razali Ismail telah meninggal dunia semalam. Kini mata semua orang tertumpu kepada SPR yang akan mengumumkan tarik penamaan calon dan tarikh pengundian selepas menerima notis dari Speaker Parlimen bahawa Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong.
Pilihanraya ini sudah tentu menjadi medan maha penting bagi Pakatan Rakyat (PR) dan BN dalam menentukan masa depan politik masing-masing. Bagi PR sudah tentu mereka mahu membuktikan kepada rakyat bahawa PR semakin diterima ramai dengan 'performance' 5 buah kerajaan negeri yang dibentuk selepas PRU ke 12 dahulu.
Manakala bagi BN mereka sudah tentu tidak rela dikalahkan di sini, lebih-lebih lagi kekalahan akan menyukarkan mereka untuk berusaha merampas kembali 5 negeri PR. Walaupun mungkin keputusan pilihanraya kecil ini tidak 100 % melambangkan pandangan politik rakyat Malaysia namun saya berpendapat ia sedikit sebanyak menjadi kayu pengukur kepada penerimaan rakyat kepada PR dan BN sekarang.
Parlimen Kuala Terengganu merupakan kerusi yang boleh dikatakan memberikan peluang 50:50 kepada PR dan BN. Ini kerana sejak pilihanraya umum 1999, kerusi ini silih bertukar tangan antara PAS dan BN. Pada pilihanraya 1999 PAS memenangi kerusi ini melalui Dr Syed Azman Syed Ahmad dan dirampas oleh BN pada pilihanraya umum 2004 melalui Allahyarham Dato' Razali Ismail dan pada pilihanraya umum 2008, sekali lagi BN mempertahankan kerusi ini melalui calon yang sama dengan majoriti 628 undi.
Walaupun BN memenanginya pada pilihanraya umum lalu, namun kemenangan itu sebenarnya bukan kemenangan mutlak kerana PAS berjaya memenangi 3 dari 4 DUN dalam parlimen ini. PAS menang di DUN Wakaf Mempelam, DUN Ladang dan DUN Batu Burok. Manakala BN hanya memenangi 1 DUN sahaja iaitu DUN Bandar.
DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Burok adalah DUN tradisi yang seringkali di menangi PAS. Manakala DUN Ladang pertama kali dimenangi PAS pada pilihanraya umum lalu manakala PAS pernah memenangi DUN Bandar pada pilihanraya 1999 dan dirampas semula oleh BN pada pilihanraya umum 2004.
Ramai beranggapan bahawa kemenangan BN pada pilihanraya Umum 2008 lalu adalah disebabkan kesilapan PAS meletakkan calon luar untuk bertanding di kerusi tersebut. Orang Terengganu kata mereka tidak boleh menerima calon luar, tidak sebagaimana orang Kelantan yang tetap mengundi PAS walau siapa pun menjadi calon.
Jadi kali ini PAS perlu berhati-hati memilih calon agar calon terbaik dapat ditampilkan bagi membawa panji-panji PR. Satu kerusi ini amat berharga bagi mencorakkan politik masa depan PR.
Bagi saya PAS Terengganu tidak ketandusan calon berwibawa samada dari golongan veteran maupun golongan muda. Mereka mempunyai AJK PAS Pusat, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong; Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali; ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad dan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Arfiffin Deraman yang kesemua mereka adalah anak tempatan Kuala Terengganu. Malah selain mereka ramai lagi calon lain yang berkaliber.
Pemerhati politik berpendapat beberapa perkara menarik dapat dirumuskan melalui keputusan pilihanraya kecil andainya ia berlaku secara adil dan telus. Antaranya :-
1) Suasana terkini rakyat Malaysia samada ianya memihak kepada PR atau BN.
2) Keputusan politik kaum Tionghua dapat kita lihat melalui keputusan pengundian untuk Peti Undi majoriti kaum Tionghua di DUN Bandar.
3) Penerimaan rakyat kepada peralihan kuasa dalam Umno.
4) Pengaruh rasuah dan politik wang yang sudah pasti digunakan oleh BN
5) Samada SPR akan melakukan reformasi atau tetap dengan perangai lamanya menyebelahi BN.

Comments