MUKA TAK MALU ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin BN memang muka tidak tahu malu. Baik Umno, MCA maupun MIC semuanya perangai sama sahaja. Walaupun pernah ditangkap, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atau mereka mengaku sendiri melakukan sesuatu perkara namun masih mahu menjadi pemimpin.

Ini jauh berbeza dengan pemimpin negara barat maupun Jepun yang sentiasa bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan. Buktinya pemimpin negara maju sudah pasti akan meletakkan jawatan andai mereka disiasat atau dihadapkan ke mahkamah. Malah jika rahsia skandal mereka bocor sudah pasti mereka bertanggungjawab.

Malangnya pemimpin di negara kita walaupun mengaku 'berlakon' video lucah tetap ingin menjadi pemimpin , malah ahli-ahli partinya pula mengangkatnya menjadi pemimpin atasan dalam parti mereka.

Saya sendiri pening dengan sikap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang jelas tidak mampu berfikir secara waras. Sebab itulah BN terus memerintah dan menzalimi rakyat kerana rakyat sendiri kurang cerdik dan kurang peka dengan kejahatan dan kezaliman BN.

Pemimpin bermuka tembok ini Chua Soi Lek berkata hari ini bahawa pemilihanya sebagai timbalan presiden MCA bukan kerana ahli-ahli parti itu menerima kesalahan yang telah dilakukannya, ataupun mencerminkan kurangnya sensitiviti mereka terhadap nilai-nilai kekeluargaan.

Sebaliknya, tegas beliau, ia adalah penerimaan rakan-rakan seperjuangannya dalam MCA "yang yakin saya boleh menyumbang dan menerajui parti selepas tsunami politik".

"Saya begitu berharap semoga teman seperjuangan, saudara dan rakan-rakan dalam parti akan memberi saya peluang kedua," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya.

Jelas Chua memang tidak malu dan tidak berasa bersalah dengan perbuatannya dahulu yang memalukan kerajaan, MCA dan rakyat Malaysia.

Comments