RAKYAT DI SAMAN KERANA PANDAI BELAJAR HINGGA MASUK UNIVERSITI ~ Ref Malaysiakini

Jelas sekali kerajaan BN gagal menunaikan tanggungjawabnya memberikan perkhidmatan pembelajaran percuma seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.

Sepatutnya dengan hasil mahsul yang banyak, minyak yang melimpah ruah, bumi yang subur dan sebagainya Malaysia berupaya memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. Malangnya dek kerana keborosan, pembaziran dan sikap tamak pemimpin kerajaan maka hak rakyat untuk mendapat pendidikan percuma dinafikan.

Sebaliknya rakyat dipaksarela mengambil pinjaman untuk meneruskan pengajian. Jika pinjaman tidak diambil maka tidaklah pelajar-pelajar untuk meneruskan cita-cita mereka mendalami ilmu di menara gading.

Kita para graduan ini terus dizalimi apabila sesiapa yang gagal membayar pinjaman yang berdasarkan riba 4 %, mereka disaman oleh PTPTN iaitu tabung pendidikan yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Jelas sekali kerajaan berniaga dengan rakyat apabila mengenakan riba 4 % untuk menekan para graduan ini.

Seingat saya pada zaman saya belajar dulu tiada riba 4 % dikenakan. Kini kerajaan semakin zalim apabila mengenakan caj riba sebanyak ini.

Hari ini menteri menjaga universiti, Khaled Nordin memberitahu bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga Oktober lalu telah menyaman 18,532 peminjam tegar kerana tidak mengendahkan arahan supaya membayar balik pinjaman pelajaran.

Khaled berkata, jumlah terbanyak ialah peminjam Melayu seramai 15,457 orang atau 83.41 peratus.

``Turut disaman ialah peminjam kaum Cina seramai 1,433 orang; India (991 orang) dan kaum lain (651 orang),'' katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Amran Ab. Ghani (PKR-Tanah Merah) pada sidang Dewan Rakyat.

Menurut beliau, langkah menyaman peminjam terbabit di mahkamah merupakan tindakan terakhir yang diambil oleh PTPTN.

``Ini berikutan individu berkenaan dikategorikan sebagai peminjam tegar yang tidak mengendah surat amaran yang telah dikeluarkan kepada mereka,'' katanya.

Comments