PILIHANRAYA KECIL DI PARLIMEN KUALA TERENGGANU, PAS ADA PELUANG ~ Ref Malaysiakini

Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia di Genting Highland jam 6.30 petang tadi.

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah etika bermain badminton di institut itu.Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi. Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Allahyarham menghadiri sesi permukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.
Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan limaanak.

Malaysiakini difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.

Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Sementara itu pemerhati politik berpendapat peluang PAS untuk merampas kerusi adalah cerah berikutan suasana semasa yang berpihak kepada Pakatan Rakyat sekarang ini.

BN dan Umno khasnya sudah pasti akan menghadapi tamparan hebat untuk mempertahankan Parlimen ini kerana 3 dari 4 DUN di parlimen iaitu DUN Ladang, DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Buruk dikuasai oleh PAS. BN hanya memenangi satu DUN sahaja iaitu DUN Bandar.

DUN Ladang dimenangi oleh YB Datuk Tengku Hassan; DUN Wakaf Mempelam, YB Mohd Abdul Wahid Endut dan DUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad An Nawawi.

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM DATO' RAZALI ISMAIL.

Comments