KONSERT INUL : PENGANJUR BERDEGIL ~ Ref Malaysiakini

Walaupun konsert goyang gerudi Inul pernah dibatalkan 2 kali sebelum ini, penganjurnya IMS Sdn Bhd tetap berdegil dan mahu menganjurkan konsert tersebut sekali lagi esok 29 November. Sekali lagi konsert ini terpaksa dibatalkan kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak meluluskan permohonannya. Permit juga tidak dikeluarkan.
Saya hairan mengapa pihak IMS Sdn Bhd tetap berdegil walaupun jelas konsert ini bertentangan dengan Islam. Malah konsert sebegini juga dihalang di Indonesia. Majlis Ulama di Indonesia sendiri mengharamkan persembahan ghairah Inul ini.

Malah pihak IMS Sdn Bhd dengan lantang marahkan pihak yang membuat bantahan terhadap konsert ini. Mereka bukannya hendak berterimakasih kepada pihak yang memberikan nasihat.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan konsisten membantah konsert ini pada setiap kali ianya dirancang. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menyerahkan memorandum mengandungi bantahan tersebut kepada Ketua Pengarah Jakim, Dato' Wan Mohamad Dato' Sheikh Abdul Aziz baru-baru ini.

Comments