MEMALUKAN : ANAK LUAR NIKAH MENINGKAT, KERAJAAN BN MELAKA GAGAL ~ Ref Malaysiakini

Fakta-fakta yang menggerunkan kita semua tetapi seolah-olah tidak diendahkan oleh kerajaan BN Melaka. (Fakta ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani.)

1) Kes hamil luar nikah di negeri ini meningkat 51 peratus kepada 328 kes berbanding 311 tahun lalu.

2) Kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 secara keseluruhannya juga didapati meningkat sebanyak 5.9 peratus atau 93 kes.

3) Kes membabitkan kesalahan syariah meningkat kepada 1,586 kes berbanding 1,493 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

4) Sebanyak 808 kes bersekedudukan dilaporkan pada tahun ini berbanding 699 kes tahun lalu

Ini komen ringkas saya :-

1) Memalukan seluruh rakyat negeri Melaka.

2) Kerajaan BN tidak serius menangani isu ini malah menggalak dan meneruskan program-program maksiat, membiarkan pusat hiburan, pelacuran beroperasi dengan berleluasa malah bertambah dari masa ke semasa.

3) Rakyat tidak seharusnya bersekongkol dengan kerajaan BN dalam hal ini.

4) Rakyat mesti bangkit menolak kerajaan BN pada pilihanraya umum akan datang.

Sumber : Blog Angkasanuri.

Comments

Gembira said…
nak menikah cukup susah. banyak sangat red tape. isi borang itu ini. sain borang itu ini. mak bapak pengantin perempuan macam nak jual anak. mana la bakal pengantin lelaki tak benggang.

nak berzina senang pulak. bila perut dah buncit baru padan mak bapak perempuan.