ISU NAZRI : JANGKAAN SAYA TEPAT ~ Ref Malaysiakini

Jangkaan saya bahawa Nazri tidak akan dikenakan sebarang tindakan dalam isu penipuan pemecatan Hakim akhirnya menjadi kenyataan.

Dewan Rakyat hari ini memutuskan untuk tidak merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa membuat kenyataan yang tidak benar dalam Dewan Rakyat.

Maka benarlah apa yang saya jangkakan sebelum. Berdasarkan pengalaman dan pengamatan kita sebelum ini menteri adalah imun dan kebal dari sebarang kesalahan di dalam negara Islam Hadhari ini.

Sebaliknya ahli parlimen Puchong, Gobing Singh Deo pula yang dikenakan tindakan gantung selama 2 hari.

Keputusan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu bagaimanapun dibantah keras oleh ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh, yang kemudiannya digantung selama dua hari kerana mencabar keputusan tersebut.

Dr Wan Junaidi menjelaskan bahawa beliau membuat keputusan itu berdasarkan kepada tiga faktor; pertama, sama ada kenyataan menteri itu mengelirukan; kedua, sama ada menteri sedar bahawa kenyataan itu mengelirukan, dan akhirnya sama ada jika menteri berkenaan berniat untuk mengelirukan dewan.

Mengikut Dr Wan Junaidi, walaupun kenyataan Nazri itu mengelirukan, tetapi beliau kemudian menyedarinya, dan oleh itu tidak dianggap berniat untuk mengelirukan dewan.

Oleh itu, timbalan speaker berkata kes Nazri tidak memenuhi ketiga-tiga syarat tersebut, dan beliau tidak perlu dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Comments

Unknown said…
perkara seperti ini tak hairan boleh berlaku. Siapa yang lantik Speaker? Kalau BN yang ada kuasa memilih speaker sudah tentu speaker akan memihak kepada BN.