HARAP PEMIMPIN PAS SELANGOR MATANG, JANGAN BIARKAN ADA ORANG MENANGGUK DI AIR KERUH ~ Ref Malaysiakini

Rombakan kabinet di Selangor yang melibatkan 2 jawatan penting dilihat sedikit sebanyak menimbulkan masalah. Namun saya yakin ianya bukan masalah besar dan boleh diselesaikan dengan mudah.

Ada pihak mendakwa Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad digugurkan sebagai timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor kerana beliau dianggap rapat dengan PKR dan tidak mewakili kepentingan partinya sendiri apabila berdepan dengan rakan kongsinya itu.

Sumber itu menyebut bahawa hubungan erat Khalid dengan PKR telah menyukarkan PAS menyalurkan rasa tidak puas hati mereka berhubung pengagihan kuasa dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Walau apapun alasannya kita sebagai anggota jemaah yang telah ditarbiah dan teruji sudah tentu mampu menanganinya dengan baik, berhikmah dan penuh insaf.

Jawatan bukanlah keistimewaan sebagai jawatan dalam Umno. Jawatan dalam perjuangan Islam adalah amanah yang wajib dipikul dengan ikhlas, bertanggungjawab dan sabar.

Pengguguran Timbalan Pesuruhjaya 2, YB Khalid Samad dan Ketua Penerangan PAS Selangor, YB Shaari Sungip diharap tidak menjejaskan pentadbiran PAS Selangor. Diharapkan juga pimpinan dan ahli PAS Selangor matang dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka demi masa depan PAS dan perjuangan Islam.

Khalid dan Shaari sememangnya 2 orang pemimpin yang berpendidikan tinggi, berkarisma dan berkebolehan. Kedua-duanya berkelulusan dalam master Engineering dan mempunyai banyak pengalaman dalam pengurusan dan sektor korporat.

Saya yakin kedua-dua mereka matang dan tidak mudah melatah.

Khalid masih seorang YDP Kawasan dan Shaari masih memegang jawatan dalam PAS Kawasan Gombak.

Iktibar dari pelucutan jawatan Panglima Islam Khalid Al Walid wajar diambil kira. Khalid ketika diminta pendapat tentang pemecatan jawatan sebagai Panglima perang Islam oleh Khalifah Umar Al Khattab, tegas menjawab " saya berjuang bukan kerana Umar, tetapi saya berjuang kerana Allah S.W.T'.

Inilah bezanya perjuangan Islam dan bukan Islam.

Comments

"Jawatan bukanlah keistimewaan sebagai jawatan dalam Umno. Jawatan dalam perjuangan Islam adalah amanah yang wajib dipikul dengan ikhlas, bertanggungjawab dan sabar."

apa yg membimbangkan ialah hasan ali tu perangai mcam umno.
mas said…
INSYAALLAH..mereka yang digugurkan itu tetap akan memperjuangkan apa yang telah diamanahkan oleh s.w.t terhadap mereka.Tak kira apa jawatan mereka sekarang. Mereka adalah Duat Kreatif..Tak makan dipuji..Tak rebah dikeji..Yang penting keikhlasan kerana ALLAh...