.

.

17 January 2014

MCA KEMBALI BERGOLAK.

Tidak sampai sebulan MCA mendapat Presiden baru iaitu Liow Tiong Lai, MCA kembali bergolak apabila bekas Presiden yang juga bekas pelakon popular, Chua Soi Lek secara terbuka menghentam Presiden MCA tersebut.

Mungkir janjilah, tak ada kredibiltilah dan macam-macam lagi. Jelas sekali penyakit barah MCA sukar diubati. Selagi ada sifat tamak, gila kuasa dan sebagainya maka selagi itulah MCA tidak aman. Mantan Presiden pun masih mahu mengacau pentadbiran Presiden baru. 

Kita yakin jalan terbaik untuk pimpinan dan ahli MCA ialah membubarkan parti itu dan semua mereka masuk parti-parti komponen Pakatan Rakyat samada PAS, DAP dan PKR. 

Dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Chua (kanan) menunjukkan kepada pemberita dua perjanjian itu di mana Liow didakwa memungkirinya dan menyifatkan Liow sebagai tidak mempunyai "kredibiliti".
 
Perjanjian pertama ditandatangani pada 4 Mac 2010, di mana Chua dan Liow dikatakan bersetuju untuk membentuk pakatan menjelang pilihan raya presiden dan timbalan presiden MCA pada 28 Mac tahun tersebut.
 
Chua mendakwa Liow sebaliknya menyokong calon lain - bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting - dalam perebutan jawatan presiden.

Perjanjian didakwa dimeterai pada 28 November 2013 yang menyebut Liow bersetuju untuk melantik orang Chua sebagai setiausaha agung, ketua MCA di tiga negeri, bersama tiga individu dalam jawatankuasa pusat dan melantik Chua sebagai ahli lembaga syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sekiranya Liow dipilih sebagai presiden parti itu pada 21 Disember tahun itu.

Bagaimanapun, Chua mendakwa Liow (kiri) tidak memenuhi "99 peratus"
daripada apa yang telah dipersetujui selepas beliau menjadi presiden parti.

"Jadi, jika anda memungkiri dua perjanjian itu, saya akan katakan secara terbuka bahawa dia tidak mempunyai kredibiliti dan merupakan seorang pemimpin yang tidak konsisten," tegasanya.

Menurut Chua lagi, beliau mesti berkongsi perkara itu dengan rakan-rakannya dalam parti kerana mendakwa apabila menjadi presiden parti, pemimpin berkenaan akan pergi ke mana-mana untuk membuat segala macam janji.

Oleh itu, kata Chua, beliau mesti mengingatkan rakan-rakannya bahawa pemimpin tersebut boleh membuat janji tetapi hanya di bibir sahaja.

AHLI PARLIMEN BERGADUH BERSAMA AHLI PARLIMEN

Sejumlah anggota deputi terlibat bergaduh setelah berdebat dalam  parlimen di Kiev, Ukraine, Khamis (16/1). Bergaduh sesama anggota deputi ini memanas setelah rapat tersebut menyetujui APBN 2014 dengan defisit sebesar 3.6 peratus dari Produk Domestik Bruto. 

Suasana sejumlah anggota parlimen menyaksikan salah seorang anggotanya yang cedera setelah bergaduh.

Mereka sudah tidak dapat menahan emosi dan kemarahan antara satu sama lain sebab itu bergaduh. Di Malaysia ada juga kejadian wakil rakyat menendang wakil rakyat lain di Dun Kelantan. Ada juga kejadian speaker diangkat keluar oleh manusia-manusia durjana yang tidak diundang dan tidak menghormati perlembagaan seperti berlaku di Perak.

~ indah.com


BERANIKAH NAJIB ISYTIHARKAN HARTANYA???

Perdana Menteri sering menyebut tentang pentingnya rasuah dibenteras dan dibasmi. Tetapi rakyat tidak hanya mahu mendengar ungkapan dan kata-kata sahaja. Mereka ingin Najib membuktikan sesuatu. Antara yang rakyat mahu tengok ialah berapa harta yang Najib, Rosmah dan anak-anak serta saudara terdekat mereka punya. Juga rakyat mahu menyaksikan berapa harta rakan-rakan rapat dan orang-orang kepercayaan mereka.

Di samping itu, rakyat juga mahu jaminan jika terdapat sebarang keraguan berkaitan jumlah dan pemilikan harta mereka Najib dan mereka-mereka mesti disiasat dan diheret ke muka pengadilan untuk dibicarakan. Itu yang rakyat mahukan bukan sekadar retorik murahan ..........apa komen anda.

Malaysia memang terkenal sebagai negara yang rasuahnya kronik ..........

16 January 2014

KANGKUNG PUN KAITKAN DENGAN RASIS ........ITULAH UMNO

Selepas pelbagai parodi, jenaka dan ejekan, sensasi kenyataan 'kangkung' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dengan isu kaum pula.

Penulis blog pro-Umno terkenal Dr Novandri Hassan Basri hari ini menyelar tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon yang tampil dengan flashmob memperolokkan kenyataan Najib itu.

Lee bersama sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sebelum ini berkumpul di Bukit Mertajam dengan replika besar muka Najib yang disumbat mulutnya dengan 10kg kangkung sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun, selepas ejekan besar-besaran di alam maya, termasuk dilaporkan media antarabangsa seperti BBC, tindakan itu nampaknya mengundang kemarahan penyokong BN.

“Cina Pakatan pembangkang semakin melampau dan kurang ajar nampaknya,” tulis Dr Novandri dalam tulisannya Dr Mim hari ini.

Tak ada cara untuk pertahankan boss mereka yang tersasul dan nampak tak cerdik mereka kaitkan dengan isu perkauman. Itulah Umno dan pencacainya ...........

DEMO KANGKUNG SINDIR NAJIB

Satu demonstrasi kecil malam tadi ekoran kenaikan harga barang-barang keperluan, telah disuntik dengan sendaan berkaitan dengan kenyataan 'Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "kangkung".

Kira-kira lima belas orang berhimpun di pasaran malam di Jalan Alma, Bukit Mertajam dengan menbawa gambar besar kepala Najib dengan mulutnya ternganga yang disumbat dengan 10kg kangkung.

Menurut ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon, sayuran itu ditanam di rumah seorang penyokong dan ia sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup kerana dasar-dasar kerajaan.

"Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mengawal dan mencegah kenaikan harga yang telah membebankan rakyat. Najib tidak harus meminta rakyat jangan menuding jari kepada kerajaan," katanya.

Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca.

Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya.

Para peserta protes di Jalan Alma itu melaungkan slogan lucu dan bermain versi remix ucapan Najib yang kini tersebar luas.

Seorang peserta membawa poster yang menggambarkan Najib sebagai Kolonel Sanders KFC, kecuali akronim KFB bagi "Kangkung Fried Belacan".

~ malaysiakini.

13 January 2014

SIAPA JAGA MELAYU ......PAS ATAU UMNO?

Fakta di sebelah boleh menjawab siapa sebenarnya yang menggadaikan kepentingan orang Melayu.

Salah satu kepentingan orang Melayu dalam negara kita ialah tanah rezab Melayu. Bandingkan fakta dengan di sebelah ikhlas. Gunakan ilmu Matematik dengan betul jangan pakai ilmu Matematik Umno ..............dia orang kira terbalik!!!!!!!!!1

FLASHBACK : SIAPA PENDERHAKA SEBENAR

12 January 2014

ANTHONY LOKE LEBIH FAHAM TENTANG WANG HARAM DARI PEMIMPIN UMNO????


Setiausaha Organisasi DAP Pusat, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban mengeluarkan kenyataan seperti di bawah :

"Sejak saya berkawan dengan PAS, saya sering dengar PAS mengatakan akaun hasil judi dan hasil-hasil dari aktiviti haram mesti diasing dengan akaun kerajaan yang lain. Inilah pendirian PAS. Jika Pakatan Rakyat perintah negara, itulah yang akan kita lakukan. Saya bercakap ini sama dengan pendirian PAS. 


"Saya terpaksa juga bercakap begini kerana saya dah tah tahan dengan sikap hipokrit Umno. Umno cakap saja tak mahu guna wang haram. Pemimpin Umno bantai kerajaan Pulau Pinang kerana beri wang kepada orang Melayu pada tahun 2010 lalu dengan mengatakan beri wang hasil judi kepada orang Melayu. 

"Satu masa bantai kita kata kita guna wang judi dan tak hormat orang Islam, tapi pada masa yang sama selama ini wang hasil judi itu dimasukkan juga oleh kerajaan ke dalam akuan yang sama. 

"Hasil-hasil itu bercampur aduk. Untuk kayakan para pemimpin Umno pun dari akaun itulah, untuk pentadbiran kerajaan pun dari akaun itulah, untuk diberikan kepada rakyat pun dari akaun itulah. Jadi apa makna cakap mereka itu?"

Malu kita dengan beliau kerana pemimpin Umno masih tidak 'faham' halal dan haram. Semua wang hasil judi disatukan dalam akaun negara. Akhirnya semua kakitangan awam dibayar gaji dengan sebahagiannya dari wang haram tersebut. Siapa yang menanggung dan bertanggungjawab terhadap perkara ini.

Gambar sekadar hiasan

NAJIB TIPU RAKYAT SEKALI LAGI

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.

Ini kerana, kata perdana menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.

"Kerajaan sentiasa bersama rakyat, janganlah dipersalahkan kerajaan kalau harga barang naik, dan kerajaan Barisan Nasional pula dimomokkan sebagai "Barang Naik'," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.

Sekali lagi Najib cuba memperbodohkan rakyat. Kita bukan tidak tahu antara faktor utama kenaikan harga barang adalah kerana penjngkatan kos pengangkutan dan kos pengeluaran disebabkan oleh kenaikan harga minyak, tol, tarif ekektrik dan lain-lain. Selain itu kenaikan harga makanan yang berasaskan gula juga kerana harga gula naik.

Janganlah cuba menipu dan memperbodohkan kami wahai Najib.

Kerajaan sepatutnya tidak menaikkan minyak, tarif elektrik, tol dan gula kerana kita tahu ianya dudah tentu menyebabkan kos pengeluaran dan pengangkutan serta caj perkhidmatan ajan meningkat. Mana mungkin pengeluar tidak menaikkan harga barang sedang kos pengeluaran dan pengangkutan serta caj perkhidmatan naik. Keadaan ini mudah difahami termasuk oleh Pak Mat di Hulu Tembeling ....

NAIK NAIK NAIK TERIMA KASIH KERAJAAN KU SAYANG

Terima kasih kerajaan ku sayang
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter