Setiausaha Organisasi DAP Pusat, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban mengeluarkan kenyataan seperti di bawah :
"Sejak saya berkawan dengan PAS, saya sering dengar PAS mengatakan akaun hasil judi dan hasil-hasil dari aktiviti haram mesti diasing dengan akaun kerajaan yang lain. Inilah pendirian PAS. Jika Pakatan Rakyat perintah negara, itulah yang akan kita lakukan. Saya bercakap ini sama dengan pendirian PAS.
"Saya terpaksa juga bercakap begini kerana saya dah tah tahan dengan sikap hipokrit Umno. Umno cakap saja tak mahu guna wang haram. Pemimpin Umno bantai kerajaan Pulau Pinang kerana beri wang kepada orang Melayu pada tahun 2010 lalu dengan mengatakan beri wang hasil judi kepada orang Melayu.
"Satu masa bantai kita kata kita guna wang judi dan tak hormat orang Islam, tapi pada masa yang sama selama ini wang hasil judi itu dimasukkan juga oleh kerajaan ke dalam akuan yang sama.
"Hasil-hasil itu bercampur aduk. Untuk kayakan para pemimpin Umno pun dari akaun itulah, untuk pentadbiran kerajaan pun dari akaun itulah, untuk diberikan kepada rakyat pun dari akaun itulah. Jadi apa makna cakap mereka itu?"
Malu kita dengan beliau kerana pemimpin Umno masih tidak 'faham' halal dan haram. Semua wang hasil judi disatukan dalam akaun negara. Akhirnya semua kakitangan awam dibayar gaji dengan sebahagiannya dari wang haram tersebut. Siapa yang menanggung dan bertanggungjawab terhadap perkara ini.
Gambar sekadar hiasan
Comments