.

.

15 June 2013

POLIS TANGKAP 16 RAKYAT : ULANG CERITA LAMA

edy noor reduan aka edyes samm 505 flash mob participants arrested 2

Sebaik menang PRU 13, Polis dan kerajaan kembali mengamalkan perangai lama mereka iaitu menangkap rakyat sesuka hari. 

Tangkap ........tangkap ....tankap .........kamu ada kuasa .........

Seramai 16 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah Sogo sekitar jam 2.50 petang tadi. 

Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.


Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan

Menurut seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut.

Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan selepas membuat pengumuman supaya orang ramai berhimpun di depan balai Dang Wangi sebagai tanda solidariti kepada 14 orang yang ditangkap.

Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan diiring dua anggota polis.


Penahanan tersebut berlaku selepas kira-kira 30 peserta 'flashmob' berkenaan menyeru orang ramai supaya turun ke himpunan membantah dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu. 

ekhsan bukharee (right) and friend 505 flash mob participants arrestedMereka berdiri di hadapan gedung Sogo berhadapan Jalan Tuanku Abdul Rahman selama kira-kira 30 minit bermula sekitar jam 2.15 petang.

Sebahagian daripada mereka memegang plakad bertulisan 'Pengerusi SPR sila letak jawatan' dan 'Mari turun 22 Jun Blackout'.


Kira-kira 30 orang termasuk petugas media kini berada di hadapan ibu pejabat polis ini untuk mengetahui perkembangan lanjut mereka yang ditahan.

Aktivis mahasiswa, Adam Adli adalah antara yang menunggu di hadapan balai ketika ini.

Seorang peguam, New Sin Yew yang tiba di pintu masuk IPD Dang Wangi itu untuk menemui mereka yang ditahan polis.

Anggota polis yang berkawal di pintu masuk tidak membenarkan New masuk atas alasan beliau perlu menunggu arahan pegawai atasan sebelum dibenarkan berbuat demikian. 

"Saya kenal Eddy secara peribadi dan saya di sini untuk menemui beliau," katanya.
black 505 rally flash mob
Beliau kemudiannya dibenarkan masuk selepas bertegas mahu membuat laporan kerana dihalang mewakili mereka yang ditahan.

14 June 2013

2 KERAJAAN NEGERI TUMBANG DENGAN PETISYEN PILIHANRAYA?

PR dan BN masing-masing memfailkan petisyen pilihanraya kerana tidak puashati dengan perjalanan pilihanraya dan ujudnya penipuan, rasuah, salah laku, kesilapan teknikal dan sebagainya.

Jumlah petisyen yang banyak dam memecahkan rekod sebelum ini membuktikan kepada kita bahawa banyak perkara yang tidak kena dengan PRU13.

Malah pemerhati politik melihat jika mahkamah yang mengendalikan petisyen ini professional besar kemungkinan 2 kerajaan negeri akan tumbang iaitu kerajaan BN Perak yang menang dengan majoriti 3 kerusi (BN-31, PR-28) dan Kerajaan BN Terengganu yang hanya mempunyai 2 kerusi majoriti (BN-17, PR-15).

Tidak syak kedua-dua kerajaan BN tersebut sedang berada dalam keadaan gusar dan gundah gulana kerana apa-apa sahaja akan berlaku terhadap kerajaan yang goyah tersebut.

Mari sama-sama kita berdoa agar kedua-dua kerajaan baru akan ditubuhkan di Perak dan Terengganu.................Kemenangan BN di kedua-dua negeri ini benar-benar ibarat telur di hujung tanduk.

13 June 2013

GAMBAR RIBUT DI PENANG. ALLAH MAHA KUASA

Pulau Pinang dilanda ribut : Terkini: puncak menara UMNO Penang jatuh




SEDARLAH : TAK HABIS-HABIS TIPU RAKYAT.


Tidak ada kerja lain.   Asyik-asyik hendak menipu dan mendapat 'political mielage' dari penipuan tersebut. 

Wahai rakyat Malaysia sedarlah kerajaan BN yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang suka menipu dan mengelirukan rakyat. Mereka menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan rakyat terkeliru dan akhirnya memberikan sokongan kepada mereka.

Pemimpin Umno/BN tidak kisah yang penting nafsu besar mereka mesti dipenuhi. Matlamat menghalalkan cara, walaupun cara politik mereka haram dan salah di sisi agama, tidak menurut lunas-lunas undang pun, mereka redah dan langgar kerana bagi mereka kuasa dan kekayaan yang mereka perolehi sejak dahulu mesti dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun.

Hari ini media melaporkan bahawa pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.

Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.

“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.

Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.

“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.

Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.

Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.
Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.

Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.
Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.

“Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.
Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.TMI


Sementara itu proton pula menghantar memo kepada pengedar-pengedarnya. Ia menjelaskan, laporan akhbar itu tidak mendapat pengesahan daripada Proton.


“Laporan berkenaan mungkin berdasarkan potongan yang diberikan oleh Proton sebelum ini. Laporan dikeluarkan bukan daripada kenyataan Proton dan Proton tidak memberi maklumat harga seperti dinyatakan,” menurut memorandum itu.

Sebaliknya harga diskaun bagi model seperti Prevé, Exora dan BLM diturunkan sempena Kempen Jualan 1Malaysia pada bulan ini.

Malah peratusan penurunan harga yang ditawarkan Proton adalah lebih rendah daripada penuruan harga yang disiarkan akhar itu. - ASD

Laporan : Harakahdaily.

56 PETISYEN BUKTI PRU13 TIDAK TELUS DAN BANYAK KERAGUAN


56 petisyen. Itulah satu lagi rekod dicatatkan PRU13 selain apa yang digembar-gembur sebagai tsunami Cina, apa yang dikatakan sebagai antara punca terjejasnya reputasi BN di kawasan bandar pada pilihan raya umum lalu.


Berbanding sebelum ini, jumlah petisyen - 35 BN, 21 PR - yang difailkan sehingga semalam merupakan yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara.



PRU10 (1999) sebelum ini memegang rekod tertinggi dengan sejumlah 40 petisyen difailkan. PRU11 (2004) pula, hanya lebih 30 manakala PRU12 (2008) yang dilabel tahun tsunami politik negara, hanya 26 petisyen.



BN yang sebelum ini agak senyap dalam isu petisyen, turut bangkit memperjuangkan keyakinan menerusi 21 petisyen, yang tertinggi pernah difailkan perikatan itu.


Jumlah petisyen yang banyak ini membuktikan bahawa PRU13 penuh dengan keraguan dan kecelaruan. Perkara paling asas ialah penipuan berkenaan dakwat kekal yang didakwa akan kekal selama 7 hari tiba-tiba pada hari pengundian banyak laporan Polis dibuat di mana pengundi mendapati dakwat itu tidak kekal dan hilang pada hari mengundi itu juga. 

Siapa menipu..................yang pasti SPR mesti bertanggungjawab dengan penipuan ini. Isu dakwat ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa PRU13 adalah tidak telus dan penuh kecelaruan. 

Selain isu dakwat banyak lagi isu lain seperti merasuah pengundi, mengugut pengundi, terdapat pengundi lain yang mengundi atas nama orang lain dan sebagainya. 

Ternyata SPR tidak pernah serik dari meneruskan tradisi mencelarukan perjalanan pilihanraya. Diharap hakim yang mengendalikan petisyen ini benar-benar bebas dan membuat keputusan dengan professional.

12 June 2013

ALI MENANG PETISYEN PILIHANRAYA?

Media melaporkan bahawa bekas Ketua Menteri Melaka yang dipencenkan oleh rakyat iaitu Ali Rustam membuat 2 petisyen untuk kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru. Kasihan Ali sudah dikalahkan oleh rakyat masih ada hati hendak buat petisyen. Kalau kalah kurang dari 1000 undi ok lah untuk buat petisyen. Dia tidak sedar bahawa dia kalah lebih 5,000 undi. Rakyat menolaknya secara total. Rakyat telah beri pencen supaya rehat di rumah pun dia masih tak mahu berehat. Perasan betulllah ........

11 June 2013

KERETA MURAH, SEMUA RAKYAT MAMPU BELI MERCEDES????

Riuh satu Malaya kononnya rakyat bergumbira dengan pengumuman harga kereta diturunkan. Betulkan penurunan itu sangat hebat dan dapat membantu rakyat marhaen memiliki kereta. Sedangkan kita tahu penurunan itu hanyalah di sekitar beberapa peratus sahaja ...tidak sampai pun 12 %.

PR pada kempen PRU 13 menjanjikan penurusan harga kereta yang jauh lebih besar ...........cuba tuan-puan fikirkan .....agaknya jika PR tidak meletakkan penurunan harga kereta ini dalam manifesto PR adakah kerajaan yang sekarang akan turunkan harga kereta...jika PR tak kuat adakah kerajaan BN akan beri itu dan ini .............

10 June 2013

HIMPUNAN 505?

Himpunab 505 akan diadakan pada 15 Jun ini di Padang Merbok. Siapa yang hendak hadir, rancang dari sekarang.Jangan last minute baru hendak buat keputusan.

09 June 2013

PAS PULAUKAN HIMPUNAN 505?

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.
Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.
Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.

"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan.

Harun dalam kenyataannya minggu lalu berkata, PAS bertindak demikian kerana menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, PAS sebaliknya memberi fokus kepada persiapan bagi pilihan raya umum akan datang.
Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter