.

.

17 December 2011

Program Mr Muscle Melaka cemarkan Islam - Pemuda Melaka

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Mohd Aizat Baharuddin kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu.

Aizat berkata acara Mr. Muscle Beach yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan baru-baru ini di Pantai Tanjung Bidara.

"Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai Tanjung Bidara ini selain mempromosikan lokasi ini kepada pengunjung."

"Di katakan terdapat 20 acara yang di adakan sepanjang tempoh pesta tersebut di jalankan seperti persembahan silat, pameran sejarah, galeri dari beberapa agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi termasuk acara Mr. Muscle Beach." ujar Aizat.

Menurut Aizat apa yang membimbangkan, acara Mr.Muscle Beach ini di lihat tidak sesuai di adakan lebih-lebih lagi di khalayak umum yang mana semua golongan masyarakat hadir menyaksikan termasuk kanak-kanak.

"Ianya kelihatan janggal apabila acara seperti ini di adakan di tempat terbuka dan di kawasan majoriti masyarakat Melayu Islam."

"Tidakkah ianya suatu yang agak memalukan dengan persembahan dan tayangan bentuk badan tanpa seurat benang, hanya seluar dalam yang menutup tubuh?" soal Aizat

Katanya, program tersebut juga jauh dari nilai dan adab budaya Melayu yang menjadikan batas agama sebagai pelindung selain menjadikan sifat malu itu sebagai asas dalam ajaran Islam. Sedangkan Islam sendiri membataskan aurat agar tidak di tayang di khalayak ramai.

"Tidak di nafikan ada acara-acara lain yang memberi manfaat kepada pengunjung tetapi alangkah baik ianya tidak di cemari dengan acara yang di luar batas dan adab agama dan Melayu seperti ini."

"Seharusnya peranan kerajaan negeri sebagai pendidik rakyat harus menerapkan budaya sopan santun dan adab sopan yang di amalkan dalam agama dan budaya Melayu melalui program-program yang dia dakan." tambah Aizat.

Aizat berkata bila mana agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah di buang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.

"Sudahlah pengaruh barat telah masuk ke setiap rumah melalui televisyen, kini kerajaan negeri pula memperkenalkan lagi acara yang di lihat mempromosikan lagi budaya Barat melalui acara tayangan bina badan di khalayak ramai ini." kata Aizat.

15 December 2011

Anwar janji MINYAK TURUN : JANJI KOSONG atau BOLEH DILAKSANAKAN?

Hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji mahu menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Bolehkah dia melaksanakannya dan bolehkah ia dilaksanakan?

Kata seorang pakar ekonomi bernama, Profesor Amir Baharuddin, ia boleh diturunkan walau ada kesan lain dan ada banyak masalah yang terpaksa dilalui.
Segala kesan dan masalah yang dibayangkan oleh Amir seperti gangguan atas dana pendidikan, kesihatan dan pembangunan, tetapi ia tidak sesusah beban yang dihadapi rakyat seluruhnya gara-gara kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang tinggi.
Apa yang Amir kata itu, itulah yang cuba dijaga oleh kerajaan yang ada, nikmat itulah yang cuba dipertahankan oleh kerajaan dan itulah tawaran dan janji yang hendak diteruskan.
Tetapi kerajaan tidak dapat buat apa-apa tentang kenaikan harga barang bukan saja dari tahun ke tarun, tetapi dari minggu ke minggu dan dari hari ke hari.
Sepuluh tahun dulu saya acap ke Turki. Nilai tukaran duit Dolar Amerika ke Lira Turki tidak sama dari jam ke jam. Nilai Lira turun mengikut jam. Untuk membeli satu-satu barang, tukar Dolar kepada Lira beberapa ketika sebelum membeli. Jika tunggu dua jam kemudian baru hendak dibeli, maka masa itu duit Lira sudah susut.
Harga barang sebelah petang sudah tidak sama dengan sebelah pagi.
Tetapi selepas Erdogan berkuasa Lira sudah stabil. Tidak perlu bawa berjuta-juta Lira untuk membeli sehelai baju kemeja, atau berpuluh ribu Lira untuk tambang teksi beberapa kilometer saja. Sekarang harga barang terkawal dan bayaran perkhidmatan juga terkawal.
Sebelumnya orang tidak tahu bagaimana menghadapi keperitan hidup rakyat.
Keadaan di Malaysia sekarang hampir sama dengan Turki dulu. RM100 sekarang tak dapat beli barang sebenyak yang dibeli sebulan dulu dan dua bulan dulu.
Ikan jadi lauk termahal sekarang. Gantinya ayam atau daging. Ayam dan daging juga naik. Harga ayam bulan depan dijangka tak sama dengan harga sekarang.
Semuanya berpunca dari kenaikan harga minyak. Naik saja minyak, pasti semua barang naik. Kadang-kadang tidak payah tunggu minyak naik, harga barang naik juga terutama dalam musim perayaan.
Berbuih mulut menteri menjamin harga barang dikawal, tetapi ia tidak menjamin barang tidak naik. Kita menunggu bila pula minyak lain lagi.
Demi menjamin cukup dana pendidikan, kesihatan dan pembangunan, kata Amir, tak apalah minyak naik sikit dan barang naik sikit.
Tetapi rakyat kaya ada yang kurang kaya kerana kenaikan barang dan yang miskin kurang barang yang dapat dibeli. Nasihat kerajaan ialah berjimat-jimatlah.
Perdana Menteri beri RM500 sekali kepada orang yang berpendapatan kurang dari RM3,000, dan RM100 kepada setiap murid tidak menaikan taraf hidup orang yang dapat duit itu.
Janji untuk kami dapat hidup yang lebih baik tak nampak jalan.
Dalam keadaan yang sudah putus asa atau hampir putus asa, Anwar menjanjikan untuk menurunkan harga minyak. Berikutnya hanyak barang bukan saja boleh dikawal tetapi boleh dikurangkan.
Boleh buat atau  tidak boleh buat, itu saja harapan bagi semua orang untuk dapat minyak lebih murang dan barang lebih murah. Mungkin tak murah sangat, tapi ada harapan untuk dimurahkan.
Kalau dia tidak jadi Perdana Menteri, tiada angan-angan untuk mengurangkan perbelanjaan harian dan perbelanjaan hidup.
Anwar pernah jadi Menteri Kewangan dan pernah bergaul dengan bapak kapitalis Amerika dan Eropah. Sejak 10 tahun lalu dia rehat sama ada di penjara dan di luar penjara. Semasa rehat itu dia nampak apa yang dia tidak nampak dulu dan apa yang tidak dibuat dulu dan tidak dapat dibuat dulu.
Kadang-kadang apa yang dia hendak buat, Dr Mahathir Mohamad larang.
Apabila minyak diturunkan, kos pengangkutan kurang maka kuranglah harga barang. Kemudian diikuti dengan kekangan rasuah. Lagi harga boleh distabilkan. Lepas itu ada pula gaji minima. Ringanlah beban rakyat. Kalau di Selangor gaji minima itu RM1,500, masakan untuk seluruh negara kurang dari RM1,000.
Bagaimana dengan beban pendidikan, kesihatan dan pembangunan? Kalau sudah tidak ada rasuah, tiada pembaziran dan tiada penyelewengan, negeri yang ada minyak dapat pula royalti 20 peratus, masing-masing nampaklah masa depan yang cerah.
Bukanlah lepas dia menang, tak ada langsung masalah. Tetapi dengan dia tidak menang, tiada harapan masalah boleh dikurangkan.
Islam mengajar umatnya berhijrah bila berlaku kesempitan. Kita sempit sekarang, maka kita mesti berhijrah. Demokrasi pula memberi ruang yang luas untuk berhijrah. Pakatan Rakyat mengajak kita berhijrah. Najib dan BN tidak mahu berhijrah dan mesti tinggal di rumah yang susah.
Subky Latif - Malaysia Insider.
Nota : Samada boleh atau tidak ia dilaksanakan kita tunggu dan lihat. Tetapi dari segi fakta dan justifikasi yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah jelas ianya boleh dilaksanakan dengan mudah asalkan kerajaan komited  menangani rasuah, ketirisan, kebocoran, penyalahgunaan kuasa, pembaziran wang rakyat.

14 December 2011

Pegawai 'SPR' kena TANGKAP


Seorang Pegawai Kanan Suruhanjaya Pilihanraya ditangkap polis kerana terlibat dengan pemalsuan pilihanraya. Ini suatu berita yang jarang kita dengar kerana menurut SPR Malaysia semua proses pilihanraya di negara kita adalah telus dan professional. Benarkah begitu????


Tetapi perkara ini memang mustahil berlaku di Malaysia buat masa dahulu sehingga saat kini. Tetapi kita tidak tahulah pada masa hadapan. Apa yang pasti jika Kerajaan PR memerintah semua penyelewengan dan penipuan akan disiasat tidak kira siapa yang bersalah.

Namun sebenar berita penangkapan Pegawai Kanan SPR ini bukan di Malaysia tetapi di Filipina sebuah negara jiran yang jelas lebih demokratik dan telus berbanding Malaysia.


Media hari ini melaporkan bahawa Polis Filipina menahan bekas pegawai kanan pilihan raya negara itu atas dakwaan terbabit dengan pemalsuan proses pilihan raya bersama bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo. 

Bekas Pengerusi Pilihanraya Myanmar, Benjamin Abalos, menyerah diri kepada hakim mahkamah perbicaraan wilayah Manila di kawasan pedalaman bandar Pasay dan kini ditempatkan di bawah tahanan.

Abalos menafikan dakwaan bahawa beliau memainkan peranan menentukan pilihan raya Senator pada 2007 bagi memastikan kemenangan ke atas calon yang memihak kepada Arroyo.(Perkara ini ada dimuatkan di dalam blog Cenangau juga)


Pada pandangan pembaca yang budiman agak-agaknya perkara sebegini boleh berlaku di Malaysia atau tidak. 

Kita yakin jika perkara ini berlaku di Malaysia pilihanraya kita akan lebih bebas, adil dan telus.


MTUC lembap : Rang Undang-undang Pinda Akta Pekerja sudah sampai ke Dewan Negara?

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ((MTUC) dituduh lembap dan tidak memainkan peranan bagi menghalang pindaan Akta Kerja 1955.

Banyak pihak berpendapat MTUC bertindak sambil lewa sambil mengharapkan orang lain berusaha memastikan pindaan ini tidak berlaku,


Desakan daripada gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berterusan, dengan yang terbaru menggesa kerajaan mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat motif Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011, yang mendapat bantahan keras badan induk pekerja itu.

MTUC bahagian Selangor-Wilayah Persekutuan menegaskan, selain diadakan satu suruhanjaya diraja, kepimpinan kongres itu juga perlu mengadakan piket nasional kedua bagi terus mengenakan tekanan ke atas kerajaan berhubung Rang Undang-undang Kerja.
Isu ini jelas menunjukkan kerajaan mahu berlepas tangan dengan membiarkan kebajikan pekerja digadaikan. Mengikut pindaan tersebut para pekerja akan disalurkan melalui kontraktor yang akan menyediakan perkhidmatan 'supply' pekerja. Gaji pekerja juga dibayar oleh kontraktor berkenaan. 
Ini merupakans sesuatu yang merugikan pekerja kerana majikan tempat mereka bekerja tidak bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja malah semuanya dikendalikan oleh kontraktor yang 'supply' pekerja. Kita bimbang pekerja akan dianaktirikan dan kebajikan mereka terabai.

Parlimen BUBAR, sebaik sahaja ANWAR MASUK PENJARA?


Blog ini menjangkakan Perdana Menteri, Najib Razak akan membubarkan sebaik sahaja Anwar dijatuhkan hukuman dan disumbat ke dalam penjara. Inilah sahaja cara untuk BN memastikan PR akan masuk gelanggang dengan kedudukan yang tidak mantap.

Penasihat Najib dan BN merasakan bahawa tiada Anwar tiada PR, PR akan pecah, lemah dan layu tanpa Anwar bersama mereka. BN lupa bahawa PR sudah memikirkan segala kemungkinan dan persediaan telah dibuat untuk menghadapinya.

Mereka meramalkan bahawa PR akan goyah kerana pada mereka Anwarlah sebenarnya faktor yang menjadi faktor perpaduan dalam PR. Anwarlah yang memantapkan perpaduan antara PAS dan DAP serta PKR. Bagi mereka tanpa Anwar PR akan goyah dan tidak bersatu. Mereka lupa bahawa PR tetap utuh dan teguh walaupun perkara buruk terjadi kepada Anwar. Malah PR akan bertambah gagah dan mantap jika Anwar dizalimi. 

Orang Melayu akan bangkit sekali lagi seperti PRU 1999 jika Anwar dizalimi sekali lagi. Orang bukan Melayu akan semakin mantap sokongannya kepada PR jika Anwar disumbat ke dalam penjara. Jika sekarang 60-80 % pengundi Cina menyokong PR kita yakin jika Anwar dihukum sokongan tersebut meningkat sehingga 80-90 %. Era reformasi yang kembali bergema jika mahkamah menjatuhkan hukuman yang tidak adil kepada Anwar.

Pengampu dan pembodek BN lupa bahawa di dalam PR masih ramai tokoh yang mampu menggantikan Anwar sebagai peneraju kepimpinan. PR ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Wan Azizah, Azmin Ali, Haji Mohamad Sabu, Datok Husam Musa, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, Saifuddin Nasution dan lain-lain. Kita yakin pemimpin PR sudah matang dalam perkara ini. Sudah tentu Majlis Tertinggi PR sudah mempunyai pelan perancangan khusus terhadap apa juga kemungkinan yang berlaku ke atas Anwar. 

Rakyat sebenarnya sudah muak dengan pemerintahan BN dan mereka sudah bersedia untuk membuat perubahan secara total pada PRU 13 kali ini. Kalau dahulu mereka hanya memberikan kemenangan kepada PR di 5 negeri dalam keadaan di mana kesepaduan PAS, DAP dan PKR tidak seperti sekarang, kini kita yakin rakyat akan menukar pemerintah bukan sahaja di negeri tetapi juga di pusat. Inilah yang sangat ditakuti oleh Najib dan BN.

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya kepada media hari ini meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sebaik sahaja kes liwat dihadapinya sekarang berakhir, sambil menegaskan ia sebahagian daripada usaha menamatkan kerjaya politik beliau.
Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.
“Ini bukan secara kebetulan, akhir kes ini akan secara kebetulan (selari) dengan pilihan raya (umum),” katanya di pekarangan mahkamah.
Hujah penggulungan masuk hari kedua semalam.
Ini kes liwat kedua membabitkan beliau.
Semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.
Mandat semasa hanya berakhir April 2013.

13 December 2011

LIWAT II : Anwar DIBEBASKAN?

Rakyat dan seluruh manusia yang mengenali Anwar seluruh dunia sedang menunggu keputusan terhadap tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim. Penbicaraan beliau sudah sampai ke penghujungnya. Tidak lama lagi Hakim akan membuat keputusan ke atas tuduhan pelik dan ajaib ini. Anwar sekali lagi dituduh melakukan perkara terkutuk ini setelah melalui pada kali pertama 1998 dahulu.

Jika melihat kepada fakta kes, hujahan pendakwa dan pembela serta jawapan saksi, barang kes dan sebagainya Anwar sepatutnya tidak perlu dipanggil membela diri dan sudah lama dibebaskan. Tetapi entah apa malangnya Anwar sekali lagi terpaksa membela diri ke atas tuduhan yang pelik dan ajaib ini.

Sejak dari awal isu ini, majoriti rakyat tidak mempercayainya kecuali orang-orang yang berkepentingan dan 'makan upah'.

Seperti kenyataan AJK PAS Pusat Dato Kamaruddin Jaafar semalam bahawa  jika perbicaraan itu dilakukan secara adil akan memihak kepada Anwar.
Beliau yang ditemui di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberitahu peguam Anwar telah memberikan bukti yang begitu banyak dan dari segi teknikal amat mustahil untuk hakim membuktikan Anwar bersalah.
"Bukti-bukti begitu terperinci telah dikemukakan oleh peguam-peguam Anwar dan segala hujah pihak pendakwa sebelum ini telah dapat dipatahkan oleh barisan peguamnya.
"Begitu juga berkaitan dengan DNA ataupun bukti Saiful berada di kondominium sewaktu kejadian fitnah tersebut, malah bukti-bukti yang menimbulkan kesangsian," jelasnya.
Beliau begitu yakin dengan pengadilan yang adil akan mendapati begitu banyak keraguan yang telah ditimbulkan oleh pihak pembela hari ini.
"Sewaktu pihak pembela mengemukakan hujah pihak pendakwa tidak sedikit pun bangun untuk mencelah atau mencabar, sudah tentu mereka akan memberikan hujan mereka esok dan mereka mengatakan hanya memerlukan masa dua jam untuk mengemukakan hujah mereka.
"Dalam pada itu saya amat yakin bahawa pembelaan yang dilakukan oleh barisan peguam Anwar itu amat berkesan," katanya lagi.

Umno takut HUDUD, Orang BUKAN ISLAM Kelantan sokong HUDUD

NONEUmno memang dari dahulu takut hudud dilaksanakan. Macam-macam alasan mereka beri bagi menafikan hudud dari dilaksanakan. Masyarakat majmuk, belum bersedia, tidak sesuai, nanti ramai orang Islam kudung dan seribu satu macam alasan diberikan bagi mempengaruhi rakyat supaya menolak Hudud. Mereka tidak suka dan tidak redha hukum Allah dilaksanakan. Mengapa? Adakah mereka takut ianya terkena kepada mereka. Orang yang takut kepada hudud ialah orang jahat sahaja. Orang baik yang tidak melakukan kesalahan jenayah biasanya tidak takut kepada undang-undang termasuk hudud.

Hari ini Portal Malaysiakini melaporkan suatu cerita di mana Wanita Bukan Islam Kelantan tidak takut kepada hudud malah menyokongnya.

Beberapa orang anggota masyarakat bukan Islam yang ditemuiMalaysiakini di Kota Bharu menolak pandangan bahawa undang-undang hudud yang telahpun diluluskan di negeri itu akan menjejaskan kegiatan ekonomi mereka.

Individu berkenaan sebaliknya berpandangan, undang-undang berkenaan akan dapat mengurangkan kadar jenayah seperti rompakan.

Seorang daripada mereka, yang ingin dikenali sebagai Puan Gan berpendapat penjenayah akan lebih takut untuk melakukan perbuatan itu kerana hukuman berat yang boleh dikenakan melalui undang-undang berkenaan.

Kedai kasutnya itu terletak berhampiran zon bersejarah Kota Bharu yang menempatkan bangunan dan lokasi bersejarah yang menjadi tarikan pelancong, termasuk Balai Syura, Istana Jahar dan Istana Batu.

Malangnya, kawasan itu sunyi pada waktu malam dan beliau bimbang keadaan itu akan mengundang kegiatan jenayah.

"Awal tahun ini, kedai emas (di hadapan kedainya) telah dirompak. Sebab itulah sekiranya undang-undang hudud ini dikuatkuasa, orang akan berfikir dua kali sebelum melakukan rompakan," katanya.

Wanita kelahiran Selising, Pasir Puteh itu juga yakin hukuman hudud seperti potong tangan akan mengelakkan jenayah seperti itu berlaku.

"Memanglah bunyinya sangat kejam (potong tangan). Tapi sekiranya seorang mangsa ragut terjatuh dan cedera parah, ia akan memberi kesan mendalam kepada keluarga... Mungkin lebih teruk," katanya lagi.

NONEDitanya lanjut, Puan Gan juga berpandangan bahawa peraturan keislaman yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan – Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam – tidak menjejaskan beliau.

Peraturan tersebut termasuk denda yang dikenakan ke atas wanita Islam untuk kesalahan tidak menutup aurat, termasuk tidak memakai baju berlengan panjang.

"Saya tidak fikir ia memberi kesan sangat kepada kita, malah orang Cina di sinipun berpakaian sopan, mungkin kita lebih konservatif," katanya yang menambah peraturan itu tidak dikuatkuasakan dengan ketat.

Beliau bagaimanapun terkejut apabila diberitahu bahawa ramai golongan bukan Islam di pantai barat Malaysia menentang hudud dan hukuman berkenaan.

"Kadang-kadang saya rasa surat khabar mainkan isu ini banyak sangat," katanya lagi.

'Musuh' PAS ceramah satu pentas dengan HJ MOHD SABU

PAS dan PR matang berpolitik. Itulah yang dapat dibuktikan di hadapan ribuan rakyat di Muar Johor malam tadi. Walaupun Haji Mohd Sabu, Tuan Rumah, PAS dan PR dicaci maki oleh pencacai-pencacai Umno tetapi wakil mereka diberi peluang berceramah di Pentas PAS dan PR. Lihat betapa besar jiwa PAS dan PR berbanding dengan Umno yang jelas takut kepada bayang-bayangnya sendiri.
Malam tadi Umno mengumpul ratusan penyokongnya untuk mengganggu ceramah Haji Mohd Sabu, namun Unit Amal, Skuad AMK dan SAMM berjaya mengawal keadaan dan bertindak matang tidak membalas provokasi yang dihujani oleh pencacai-pencacai Umno berita penuh di sini.

Kita yakin peristiwa membuka mata rakyat Malaysia untuk menyokong PR kerana ternyata PR begitu matang dan berpolitik secara professional.

12 December 2011

Apa BEZA Negara BERKEBAJIKAN PAS dan negara KEBAJIKAN BN?

Presiden PAS sejak dari mula-mula menggagaskan Konsep Negara Berkebajikan PAS telah menyatakan bahawa Negara BERKEBAJIKAN PAS jauh bezanya dengan negara kebajikan BN yang diwar-warkan oleh Umno/BN. 


Jelasnya, kerajaan negara kebajikan (Umno/BN) menyediakan bantuan dan kemudahan, tetapi rakyat masih dibebani dengan cukai yang tinggi, bayaran tol lebuh raya dan bayaran-bayaran lain.

Sebaliknya, kata Abdul Hadi Negara BERKEBAJIKAN PAS akan menangani keperluan-keperluan asas rakyat tanpa membebankan mereka. 



“Mengikut ajaran Islam, kerajaan akan mengenakan cukai kepada orang yang mampu, yang tak mampu (kita) tidak akan mengenakan cukai.


Kerajaan Berkebajikan akan menjalankan program kebajikan kepada rakyat seperti menanggung kos perubatan, pendidikan, program-program kesejahteraan rakyat dan pada masa yang sama tidak menekan rakyat dengan cukai yang tinggi, harga minyak dan barangan yang semakin naik, tol, cukai hanya kepada yang layak bukan semua,  

Kerajaan Berkebajikan juga akan memastikan pemimpinnya beramanah, tidak rasuah, telus, adil dan tidak menutup segala kesalahan pemimpin seperti yang ada pada kerajaan 'kebajikan' Umno/BN sekarang.

Jadi KITA hendak beri AMARAN pada pemimpin Umno/BN jangan samakan Kerajaan 'kebajikan' Umno/BN dengan Kerajaan Berkebajikan PAS.

Malang KAK IJAT - Nampaknya kena BERSARA AWAL?

Ketua Wanita Umno, Kak Ijat kemungkinan besar akan bersara awal kerana skandal NFC. Malang sungguh Kak Ijat. Ingatkan beliau lebih cerdik dari Rafidah. Tetapi nampaknya Kak Fidah lebih cerdik. Kak Fidah tidak pernah di'tangkap' dengan kes semacam kes Lembu ini. Kak Fidah pandai simpan. Kak berhentipun kerana kalah bertanding bukannya dipaksa berhenti kerana skandal seperti Isu Lembu ini.

Sekarang ramai yang ber'gumbira' dengan isu Kak Ijat ini. Antaranya tentulah Raja Nong Chik yang dari dahulu mengintai kerusi Parlimen Lembah Pantai. Raja Nong Chik kempunan hendak bertanding pada PRU 2008 di Lembah Pantai kerana Kak Ijat berkeras hendak bertanding di situ. Bila Kak Fidah tersungkur di tangan Nurul Izzah anak Raja ini 'gumbira'. Kini beliau lebih 'gumbira' kerana Kak Ijat sedang dibelenggu masalah yang Kak Ijat cari sendiri. Selain Raja Nong Chik ramai lagi yang sedang ber'gumbira' antaranya tentulah Timbalan Kak Ijat Kamaliah Ibrahim, bekas Ketua Puteri Azalina dan Noraini yang sudah tentu mengintai peluang untuk menduduki kerusi No 1 Wanita Umno. Sekarang ini pun tak ada pemimpin Wanita yang menonjol selain Kak Ijat.

Hari ini Kak Ijat tersentak lagi. Kali pemimpin MCA pula menggentak Kak Ijat. Lembu Kak Ijat di kandang pun terbatuk-batuk mendengar desakan dari MCA ini. Malaysiakini melaporkan bahawa parti komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno itu supaya berundur selepas terpalit dengan kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.

"Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC,  dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan  naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kesian Kak Ijat ......baru hendak membina empayar dalam kerajaan dan Wanita serta perniagaan dah kena ..............itulah akibatnya apabila kita tidak amanah dan tidak beretika .....

VIDEO PENCERAMAH UMNO DISERANG 'SAWAN'?

Anda ingin menonton video clip penceramah Umno diserang sawan. Tonton di sini. Dalam Malaysia di Melaka lah satu-satunya negeri yang pemimpinnya Umno sudah hilang akal khasnya di Bahagian Bukit Katil. Setiap kali PAS mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Bukit Katil mereka ganggu.

Bersama-sama posting ini dikepilkan salah satu ceramah Umno yang mengganggu ceramah PAS. Anda nilaikan sendiri ceramah beliau ......................

Mereka mengadakan ceramah yang jaraknya hanyalah 10-50 meter sahaja. Mereka sengaja mengganggu ceramah PAS supaya orang kampung tidak mendengar ceramah kerana diganggu dengan suara penceramah mereka yang menjerit-jerit dan melolong-lolong.

Kalau anda ingin mendengar ceramah sebegini datanglah ke Melaka.

11 December 2011

Shahrizat LETAK JAWATAN? Mungkinkah RAFIDAH MUNCUL SEMULA?

Nampaknya Shahrizat semakin tertekan. Angkara siapakah sehingga Shahrizat semakin tertekan. Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang menekan Shahrizat supaya meletakkan jawatan tetapi 2 orang Ahli Parlimen dari Sabah juga berani mendesak Shahrizat meletakkan jawatan.. Memang wajib dan wajar Shahrizat letak jawatan. kerana tidak bertanggungjawab terhadap pemberian wang rakyat RM250juta kepada keluarganya bagi projek NFC.

Dengan selamba Shahrizat menjawab keluarga dia memang layak untuk mendapat projek tersebut. Dia juga menyatakan tidak salah untuk keluarga beliau mendapat dana sebanyak itu.

Sebab itulah tindakan 2 ahli Parlimen Sabah itu kita sifatkan kena pada tempatnya  ..............Ahli Parlimen Kalabakan Abdul Ghafur Salleh dan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar dengan lantang menggesa Shahrizat letak jawatan. Bagi kita, Shahrizat letak semua jawatan termasuk menteri, senator dan Ketua Wanita Umno jika beliau mempunyai maruah.Kalau dia tiada maruah macam Ketua Menteri Melaka (yang disabitkan rasuah) dia boleh terus memegang jawatan yang disandangnya sekarang.

Mungkinkah selepas ini Kak Fidah akan muncul semula selepas Kak Ijat letak jawatan (kalau Kak Ijat ada maruah la).............

Utusan JADI AKHBAR PAS?

Utusan mungkin sudah loya dan meluat untuk menjadi akhbar kuda tunggangan Umno apabila hari ini melaporkan berita tentang bakal calon PAS Pada :Pilihanraya Umum ke 13. Dalam laporan itu Utusan menyiarkan berita bahawa bekas Naib Presiden PAS yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato Dr Hassan Ali bersama-sama dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU 13.
Sejak bila pula Utusan begitu 'baik hati' menyiarkan berita-berita tentang PAS. Apa yang kita tahu sebelum ini Utusan begitu benci dan meluat dengan PAS. Berita yang mereka keluarkan semua negatif dan yang menguntungkan tuan mereka Umno/BN.

Namun blog ini yakin penyiaran berita tersebut sebenarnya sudah tentu mereka rasa menguntungkan mereka sebab itu ianya disiarkan.Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media milik Umno Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa digugurkan dari menjadi calon pada pilihanraya nanti.

Sambil membidas laporan Utusan itu, beliau berkata ianya hanya satu tuduhan tidak benar memandangkan PAS sendiri belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung senarai nama calon yang akan bertanding.

"Apa yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu tidak benar, bagaimana ia tahu nama-nama calon sedangkan peringkat PAS Pusat pun belum memberi keputusan rasmi.

"Perkara itu tidak perlu timbul sekarang sebab semuanya belum ada keputusan rasmi dan kita tidak akan umum nama-nama yang akan bertanding selagi belum tibanya hari penamaan calon," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perlancaran Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Kompleks PKNS di sini.

Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia hari ini mendakwa Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.

Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berseloroh menyifatkan Utusan sebagai 'lebih PAS' dari pimpinan PAS apabila mengetahui perkara yang belum dibincangkan oleh parti itu.

"Saya sendiri belum tahu lagi dicalonkan atau tidak sebab tiada keputusan lagi dan pelik juga bila nama Dr Hassan disebutkan sebagai digugurkan sebagai calon.

"Kalau saya sendiri belum pasti kedudukannya maka kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar milik Umno itu tidak tepat dan fitnah semata-mata," katanya.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang TIDAK TER'MAKAN' dengan POLITIK MUSUH


Pemerhati politik yakin Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy tidak akan meninggalkan parti DAP. Isu ini adalah sesuatu yang kecil dan mudah diselesaikan. Namun media telah membesar-besarkan isu ini bagi memburukkan imej Kerajaan PR Pulau Pinang yang berjaya mentadbir Pulau Pinand dengan baik sejak Mac 2008.

P Ramasamy dalam kenyataannya hari ini berkata beliau sedia meninggalkan DAP  jika diminta berbuat demikian oleh jawatankuasa pusat eksekutif berhubung dakwaan beliau melabelkan pengerusi parti itu, Karpal Singh sebagai ‘godfather’ atau ‘bapa angkat.

Katanya, beliau tidak berniat memperkecilkan mana-mana pemimpin DAP dan tidak bertujuan membidas mereka dengan dengan sebarang kenyataan yang kontroversi.

Menurut Ramasamy beliau bersedia berbincang dengan Karpal Singh jika pemimpin veteran itu merasakan dirinya dihina dengan kenyataan berkenaan dan menuntutnya membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan tersebut.
penang dap convention 111211 karpal guan eng ramasamyJika Ramasamy meninggalkan DAP ini merupakan kerugian yang besar kepada PR Pulau Pinang keraan beliau merupakan antara pemimpin yang berpendidikan tinggi dan disegani oleh semua pihak. Kita mengharapkan DAP dapat menyelesaikan masalah dalaman mereka ini bagi memastikan PR mempunyai pasukan yang paling mantap dan kuat pada PRU 13 nanti.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter