.

.

14 December 2011

Parlimen BUBAR, sebaik sahaja ANWAR MASUK PENJARA?


Blog ini menjangkakan Perdana Menteri, Najib Razak akan membubarkan sebaik sahaja Anwar dijatuhkan hukuman dan disumbat ke dalam penjara. Inilah sahaja cara untuk BN memastikan PR akan masuk gelanggang dengan kedudukan yang tidak mantap.

Penasihat Najib dan BN merasakan bahawa tiada Anwar tiada PR, PR akan pecah, lemah dan layu tanpa Anwar bersama mereka. BN lupa bahawa PR sudah memikirkan segala kemungkinan dan persediaan telah dibuat untuk menghadapinya.

Mereka meramalkan bahawa PR akan goyah kerana pada mereka Anwarlah sebenarnya faktor yang menjadi faktor perpaduan dalam PR. Anwarlah yang memantapkan perpaduan antara PAS dan DAP serta PKR. Bagi mereka tanpa Anwar PR akan goyah dan tidak bersatu. Mereka lupa bahawa PR tetap utuh dan teguh walaupun perkara buruk terjadi kepada Anwar. Malah PR akan bertambah gagah dan mantap jika Anwar dizalimi. 

Orang Melayu akan bangkit sekali lagi seperti PRU 1999 jika Anwar dizalimi sekali lagi. Orang bukan Melayu akan semakin mantap sokongannya kepada PR jika Anwar disumbat ke dalam penjara. Jika sekarang 60-80 % pengundi Cina menyokong PR kita yakin jika Anwar dihukum sokongan tersebut meningkat sehingga 80-90 %. Era reformasi yang kembali bergema jika mahkamah menjatuhkan hukuman yang tidak adil kepada Anwar.

Pengampu dan pembodek BN lupa bahawa di dalam PR masih ramai tokoh yang mampu menggantikan Anwar sebagai peneraju kepimpinan. PR ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Wan Azizah, Azmin Ali, Haji Mohamad Sabu, Datok Husam Musa, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, Saifuddin Nasution dan lain-lain. Kita yakin pemimpin PR sudah matang dalam perkara ini. Sudah tentu Majlis Tertinggi PR sudah mempunyai pelan perancangan khusus terhadap apa juga kemungkinan yang berlaku ke atas Anwar. 

Rakyat sebenarnya sudah muak dengan pemerintahan BN dan mereka sudah bersedia untuk membuat perubahan secara total pada PRU 13 kali ini. Kalau dahulu mereka hanya memberikan kemenangan kepada PR di 5 negeri dalam keadaan di mana kesepaduan PAS, DAP dan PKR tidak seperti sekarang, kini kita yakin rakyat akan menukar pemerintah bukan sahaja di negeri tetapi juga di pusat. Inilah yang sangat ditakuti oleh Najib dan BN.

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya kepada media hari ini meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sebaik sahaja kes liwat dihadapinya sekarang berakhir, sambil menegaskan ia sebahagian daripada usaha menamatkan kerjaya politik beliau.
Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.
“Ini bukan secara kebetulan, akhir kes ini akan secara kebetulan (selari) dengan pilihan raya (umum),” katanya di pekarangan mahkamah.
Hujah penggulungan masuk hari kedua semalam.
Ini kes liwat kedua membabitkan beliau.
Semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.
Mandat semasa hanya berakhir April 2013.

4 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter