.

.

24 January 2009

PAS KAWASAN BUKIT KATIL SOLAT SUNAT GERHANA ~ Ref Malaysiakini

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Solat Sunat gerhana matahari pada 26 Januari 2009 hari Isnin bermula jam 4.30 petang bertempat di Surau Madrasah Ar Rahmah, Solok Gaong.
Selain itu satu jamuan kesyukuran kemenangan PAS pada PRK Kuala Terengganu dan juga meraikan petugas Pilihanraya diadakan pada masa tersebut.
Semua dijemput hadir.

POLIS TIDAK SERIK, BONGKAK DAN GANAS? ~ Ref Malaysiakini

Sudah banyak kali Polis melakukan kekejaman di tahanan. Dari sebesar-besar pangkay sehingga bapak segala bapak Polis bertindak kejam kepada tahanan.
Kes paling ketara bagaimana Bapak kepada segala Polis iaitu Rahim Noor memukul Anwar Ibrahim sehingga separuh mati.
Kes tahanan di dera dan dicederakan memang tidak boleh dikira. Cuma tiada pendedahan sahaja yang menyebabkan ramai dari Polis yang mendera ini terlepas dan bermaharajalela.
Terbaru seorang pemuda India bernama Kugan, 22, ditahan reman sejak minggu lepas kerana didakwa terlibat dalam kes samun kereta mewah, sebelum meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 11 pagi Selasa lalu.
Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya akibat paru-paru berair.
Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - di mana A Kugan meninggal dunia dalam tahanan polis - telah dipindahkan serta merta semalam.
Menurut akhbar New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.

BEKERJA SIANG MALAM HADAPI PRK PEN-SIANG-AN ~ Ref Malaysiakini

Setelah PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, kini kemungkinan besar akan berhadapan dengan BN sekali lagi. Setelah negeri di Utara dan Pantai Timur kini tiba giliran negeri di Malaysia Timur menjadi tuanrumah 'peperangan' ini. Kali ini di Pen-SIANG-an.
Sesuai dengan namanya Pen-SIANG-an kita wajar bekerja SIANG dan malam bagi memastikan rekod bersih PR di dua pilihanraya kecil sebelum ini.
Pensiangan disebut-sebut bakal menyaksikan pilihan raya kecil dalam waktu terdekat.
Rayuan petisyen keputusan pilihan raya kecil kawasan itu dijadual didengar oleh Mahkamah Persekutuan pertengahan bulan depan.

Rayuan dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang nengisytiharkan kemenangannya tanpa bertanding bagi Parlimen Pensiangan sebagai tidak sah dan batal.

Kurup mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan 11 September lalu bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan petisyen pilihan raya dikemukakan oleh calon PKR, Danny Anthony Andipai.

Hakim David Wong Dak Wah yang membuat keputusan itu mengisytiharkan keputusan bagi Parlimen terbabit pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu sebagai tidak sah dan batal mengikut Seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada penamaan calon 24 Februari lalu, Pegawai Pilihan Raya, Bubudan Majalu mengisytiharkan Kurup menang tanpa bertanding dengan alasan Andipai lewat mengemukakan borang pencalonan.

Andipai dalam petisyennya mendakwa beliau tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.35 pagi dan membayar RM10,000 deposit calon serta RM5,000 deposit bahan pilihan raya.
Insya Allah dengan kerja kuat parti PR saya yakin rakyat Sabah akan menolak BN yang jelas berbohong, zalim dan bongkak. Mereka akan turut sama menghukum BN sebagaimana rakyat Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Hari ini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa pimpinan akar umbi Sabah, bersiap sedia di (pilihan raya kecil) Pensiangan.
Beliau juga sudah pasti akan mengharapkan seluruh jentera PR dari Semenanjung dan Malaysia Timur supaya turun habis-habisan bagi memastikan kemenangan PR.

PELAJAR INDIA BELAJAR DI PASTI AYER KEROH ~ Ref Malaysiakini

Seorang pelajar India beragama Hindu memecah rekod di negeri Melaka apabila belajar di PASTI Al-Kauthar, Ayer Keroh.
Pelajar tersebut bernama Vinod amat gembira bersekolah di PASTI tersebut tanpa rasa kekok dan malu.
Vinod merupakan pelajar bukan Islam pertama bersekolah di sebuah PASTI dalam negeri Melaka. Jelas sekali PASTI semakin diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan agama.
Ini bersesuaian dengan slogan PAS FOR ALL. Saya akan siarkan gambar beliau kelak.

SELAMAT TAHUN BARU CINA ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada tetamu blog saya yang berbangsa Cina semoga tahun ini memberikan kebaikan dan keuntungan kepada tuan-tuan dan puan-puan.

Sesungguhnya semua manusia itu bersaudara. Tuhan menjadikan kita berbangsa-bangsa supaya saling kenal mengenal dan berbaik-baik. Adalah diharapkan semua rakyat Malaysia akan terus hidup aman, damai dan sejahtera bagi membina Malaysia Baru yang lebih demokrasi, telus, adil dan sejahtera.

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Hina daya intelek rakyat punca BN Kalah ~ Ref Malaysiakini

KUALA TERENGGANU: Lima hari selepas pilihanraya kecil, penulis berpeluang kembali semula ke Kuala Terengganu untuk mendapat gambaran lebih tepat faktor kemenangan PR dan kekalahan BN dalam PRK tersebut.

Kebetulan sekumpulan pengundi dari kalangan guru telah ditemui. Golongan ini dipercayai menjadi faktor utama kemenangan Allahyarham Dato’ Razali Ismail dalam dua PRU berturut-turut.

Apabila ditanya tentang kekalahan BN, seorang pengetua perempuan dengan pantas beliau menjawab BN kalah kerana kedunguan mereka sendiri.

“BN menganggap orang lain bodoh macam mereka juga,” kata beliau yang merupakan salah seorang pengetua senior dan orang penting dalam urusan pendidikan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT)..

Pengetua tersebut memaklumkan beliau menerima 20 khidmat pesanan ringkas (sms) daripada jentera kempen BN dan dua daripada jentera kempen Pas. Beliau sendiri menunjukkan kepada Siasah pesanan-pesanan tersebut.

Semua pesanan daripada jentera kempen BN menurutnya menggunakan pengenalan WARDAH dan MyNews, manakala pesanan daripada jentera kempen Pas menggunakan nombor telefon peribadi.

Penbincanganl panjang dengan pengetua tersebut menunjukkan beliau gembira dengan kekalahan BN.

“BN langsung tidak tahu menghormati budaya intelektual di mana semua pesanan ringkas yang diterima daripada jentera kempen BN seolah-olah dituju kepada orang kampung yang tidak berpelajaran serta tidak diakseskan kepada sumber maklumat lain selain sumber propaganda BN.,” katanya.

“Kita sungguh hairan bagaimana pesanan yang menggunakan slogan ‘masihkah kau ingat’ dan ‘Pas kluk klek’ serta semua isu yang dibangkitkan seperti hudud, tabika kemas, negara Islam dan lain-lain itu telah difahami dengan jelas terus diulang-ulang semacam orang payah sangat nak faham,” ujarnya yang menganggap tindakan seperti itu satu penghinaan kepada golongan pengundi terpelajar seperti beliau.

Beliau kemudian memuji pendekatan PAS yang nyata jauh berbeza.

Menurut beliau, dua mesej yang diterima daripada jentera kempen Pas adalah bercorak rayuan dan mengajak kea rah perubahan. Katanya, Pas lebih menghormati golongan intelek berbanding BN.

Seorang lagi pengundi yang ditemui ialah seorang pegawai akademik di sebuah PPD.
Seperti pengetua tadi juga, beliau menerima puluhan mesej daripada jentera BN dan lima mesej daripada jentera PAS.

Apabila ditunjukkan, didapati mesej yang diterima daripada jentera BN sama seperti yang diterima oleh pengetua tadi.

Namun bagi Pas, hanya mesej yang mengandungi rayuan daripada calon Pas, Mohd Wahid Endut sahaja yang sama dengan mesej yang diterima pengetua tadi. Itupun menggunakan nombor telefon yang berbeza.

Seperti pengetua tadi juga, beliau rasa cukup terhina dengan mesej-mesej yang diterima daripada jentera BN. Menurut beliau, BN sepatutnya membezakan strategi kempen bagi kumpulan pengundi yang berlainan.

Daripada perbualan dengan beliau, didapati beliau adalah penyokong kuat Allahyarham Dato’ Razali sebelum ini.

Beliau mengaku tidak keluar mengundi tanpa menyatakan sebab. Beliau mungkin salah seorang penyokong BN yang tidak keluar mengundi kerana protes.

Pada sebelah petang, seorang guru yang merupakan kenalan lama mengajak minum petang bersama beliau. Apabila pergi, rupa-rupanya beliau bersama dengan lebih kurang dua puluh orang guru lain. Mereka baru selesai bermesyuarat di sebuah premis JPNT berhampiran.

Hampir seluruh perbualan mereka pada petang tersebut dipenuhi lawak dan sindiran tentang ‘kluk klek’ dan ‘masihkah kau ingat’. Semua tergelak besar apabila setiap ayat yang disebut dalam perbualan mereka akan didahului atau diakhiri dengan dua frasa keramat tersebut.

Banyak maklumat yang dapat dicungkil daripada perbualan mereka. Kesimpulannya, golongan guru menolak BN dalam PRK Kuala Terengganu yang lepas. Perbualan dengan mereka turut mengesahkan bahawa merekalah yang bertanggungjawab memenangkan Allahyarham Dato’ Razali sebelum ini.

Pendekatan Dato’ Razali yang lebih intelek, menghormati orang lain dan tidak begitu keras berpolitik mungkin menjadi faktor penarik kepada golongan guru. Pendekatan berbeza yang diambil oleh BN dalam PRK ini menjadi faktor mereka menjauhi BN.

Oleh : Mohamed Zainal Abidin Hussein

SIBUK GESA US TUTUP GUATANAMAO, KAMUNTING TERUS DIGILAP ~ Ref Malaysiakini

Dalam sibuk-sibuk mengharapkan Guatanamao ditutup perasan atau tak perasan rakyat Malaysia bahawa kerajaan kita sendiri terus menyuburkan neraka dunia di negara kita iaitu Kem Penjara Kamunting yang digunakan untuk memenjarakan tahanan ISA.
Inilah sikap talam dua muka kerajaan BN yang jelas double standard.
Kalau saya menjadi pemimpin BN, saya rasa malu dan segan untuk bercakap isu Guatanamao sebab di Malaysia juga terdapat penjara zalim seperti Guatanamao juga.
Sebelum menuding jari kepada Obama di US elok juga muhasabah diri sendiri wahai Hamid, Alnajib dan Pak Lah.

2 PROGRAM SATU HARI

Hari ini saya menghadiri 2 program dalam satu hari. Perasmian Bengkel Halatuju Muslimat dan Kursus penulisan berita.

Bengkel muslimat di Solok Gaong dan kursus penulisan berita di Semabok. Alhamdulillah kedua-dua program berjalan dengan baik walaupun kehadiran tidak mencapai target. Namun bagi apa yang penting ialah output dari program tersebut.

Haji Roslan Hamid, seorang journalist berpengalaman mencurahkan segala ilmu dan pengalaman beliau bagi mendidik 'junior-junior' yang hadir bagaimana untuk menulis dan melaporkan berita.

Di Solok Gaong Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka ligat merancang program jangka pendek dan panjang. Di sampaikan itu mereka saya yakin telah meletakkan target-target dan objektif tertentu untuk dicapai pada tahun 2009 dan mungkin juga untuk PRU 13.

Selamat Berjuang.

LEMBU HARGA RM10,000 JADI ISU PROJEK PULUHAN JUTA DIDIAMKAN ~ Ref Malaysiakini

Riuh rendah seantero Malaysia bahawa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim melakukan rasuah dan penyalagunaan kuasa. Tuduhan itu berkenaan dengan isu infak 46 lembu kepada beberapa buah masjid di kawasan yang diwakili Khalid iaitu Bandar Tun Razak. Harga lembu itu pula cuma RM10,000. Maka macam-macam gesaan dibuat kepada Khalid. Letak jawatan, ambil cuti dan sebagainya.

Saya tidak menyokong sebarang kesalahan rasuah kalau ianya benar-benar berlaku. Namun saya hairan bagaimana penyelewengan yang bernilai ratusan dan puluhan juta didiamkan sedangkan kes yang melibatkan RM10,000 digembar-gemburkan sedangkan ianya belum tentu sah.

Saya harap SPRM dapat menyiasat isu ini dengan telus dan adil

SAMY VELLU MENGGANAS ~ Ref Malaysiakini

Samy Vellu mengganas demi untuk mempertahankan jawatannya dalam MIC yang seolah-olah jawatan itu haknya seorang diri.

Hari ini media melaporkan bahawa bakal pencabarnya Muthupalaniapan dipecat dari MIC. Ini bermakna Samy tidak akan dicabar pada pemilihan MIC nanti.

Siapa yang berani mencabar Samy ertinya orang itu menempah maut. Sudah ramai yang 'maut' dari segi karier politik semata-mata berani mencabar Samy. Antaranya S.Subramaniam dan Pandithan.

Kini giliran Muthu kawan lama Samy. Baru sahaja Muthu bercakap ingin menentang Samy beliau terus dipecat.

23 January 2009

PRK : MUNGKINKAH POLITIK KAMPUS KEMBALI TELUS ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin jika jawatankuasa Pilihanraya Kampus benar-benar adil dan tidak berpihak sudah tentu lebih banyak kampus akan ditawan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa. Namun sebagaimana tahun-tahun sudah pihak pentadbir 'bias' dan berpihak. Akhirnya keputusan yang tidak banyak berubah dilihat di kesemua kampus kecuali University Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa.
Di UM kumpulan 'pengampu' memenangi 20 kerusi, dan Pro-M memenangi 19 kerusi manakala 2 kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas. Di UIA sebagaimana tradisi kumpulan Pro-M terus mempertahankan kemenangan mereka apabila memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertanding.
Menurut keputusan rasmi semalam, pro-Mahasiswa UIA memenangi 17 kerusi fakulti manakala calon bebas menang tiga kerusi.

Pencapaian tersebut menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pro-Mahasiswa pada sesi lalu.
Calon bebas juga menyapu bersih kesemua lima kerusi antarabangsa yang dipertandingkan hari ini.

Manakala calon pro-Aspirasi dan calon Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula masing-masing memenangi satu kerusi.
Kejayaan Pro-M merupakan suatu pencapaian yang baik kerana inilah pertama kali dalam lima tahun Pro-M memenangi kerusi yang banyak dan seimbang dengan Kumpulan 'Pengampu'.

Diberitakan kemungkinan 'kerajaan campuran' akan dibentuk di UM. Namun perkembangan terakhir menunjukkan 2 calon bebas yang menang telah menyokong Pro-M. Dengan itu kemungkinan besar Pro-M akan membentuk kerajaan campuran bersama 'ahli parlimen' bebas tersebut.

RASUAH UMNO : PARAH MENANTI KOJOL ~ Ref Malaysiakini

Rasuah di dalam Umno boleh diibaratkan sudah parah. Hanya menanti bila Umno akan kojol akibat gejala rasuah yang sangat dahsyat. Tanya orang Umno semua mereka percaya bahawa majoriti pemimpin Umno yang menang pada pemilihan pelbagai peringkat baru-baru ini berjaya kerana duit bukan kerana karisma dan kehebatan masing-masing.
Bayangkan dalam minggu ini sahaja sudah puluhan ahli dan pemimpin Umno yang ditahan dan disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya yakin jika SPRM benar-benar menjalankan kerjanya dengan bersungguh-sungguh sudah tentu mereka tidak menang tangan untuk menahan dan meyoalsiasat kaki-kaki rasuah dalam Umno ini.
Cuma saya harapkan biarlah siasatan dan hukuman dijalankan dengan seadil-adilnya jangan ada campurtangan dari mana-mana pihak.

22 January 2009

PAS DAN PR AKAN TAWAN MALAYSIA ~ Ref Malaysiakini

PAS dan PR akan tawan Malaysia pada PRU 13 nanti. Itu antara angan-angan pemimpin dan ahli PAS dan penyokong PR sekarang.

Semangat dan angan-angan semakin berkobar-kobar selepas PAS berjaya merampas kerusi Kuala Terengganu dari parti yang sedang sakit iaitu BN (Umno). Pemerhati politik dan Pakar-pakar sains politik memang telah meramalkan PAS berupaya merampas kerusi tersebut di atas beberapa isu setempat dan nasional yang terbukti berpihak kepada PAS.

Ditambah pula dengan ketidakcerdikan BN memilih calon yang tidak popular mewakili mereka. Jika Zuber dan bukan Wan Farid yang bertanding PAS sudah agar agak sukar untuk menang dengan majoriti sebesar 2,631 undi.

Kemenangan itu benar-benar memberikan semangat yang tinggi kepada ahli dan penyokong PR. Malah perpaduan PR semakin mantap dan padu. Sementara BN semakin goyah dan bercakaran.

Gerakerja PAS dan PR jelas lebih sistematik, berdisiplin, teratur dan jenteranya bekerja keras dan dedikasi. Tidak hairanlah jika PR akan menawan Malaysia pada PRU akan datang.

RASUAH LEMBU VS RASUAH UMNO ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dituduh melakukan rasuah dalam isu pemberian 46 ekor lembu korban di Bandar Tun Razak.
Secara terbuka beliau menafikan perkara tersebut tetapi pada yang sama menunjukkan sikap terbuka akan bekerjasama dengan SPRM bagi memudah penyiasatan. Tidak sebagaimana yang berlaku kepada Menteri-menteri Besar Umno yang sudah pasti tidak akan memberikan kerjama jika BPR (SPRM Sekarang) ingin menyiasat mereka. Malah mereka mencari helah dan meminta simpati dari 'Boss' mereka agar siasatan tidak dilakukan.
Selain dari isu lembu ini kita juga dibentangkan dengan isu tangkapan SPRM keatas beberapa orang pemimpin Umno dan ahli Umno yang bertindak menyogok para perwakilan mesyuarat agong Umno Bahagian. Memang semua orang tahu gejala rasuah sudah menjadi darah daging dalam Umno dan ianya semakin ketara ketika berlakunya pemilihan Umno. Sebab itu Calon Naib Presiden Umno, Rais Yatim mengaku bahawa Umno adalah parti tender. Di mana jawatan dalam Umno boleh dibeli oleh sesiapa yang berani menawarkan 'qoutation' yang paling tinggi untuk sesuatu jawatan.
Saya mengharapkan SPRM akan bertindak dengan telus, adil dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana dalam isu rasuah lembu dan rasuah Umno ini.
Kita mahu sesiapa yang bersalah di hukum setimpal dengan kesalahan mereka. Namun begitu sesiapa yang dituduh mestilah diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri.

PEMIMPIN UMNO MASIH BELUM INSAF ~ Ref Malaysiakini

BN dan Umno baru sahaja di hukum di Kuala Terengganu Sabtu lalu. Namun ianya sedikit pun tidak menginsafkan pemimpin Umno dan BN. Mereka terus tamak kuasa. Terbaru dua hari lepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tanpa segan silu memberikan arahan kepada semua pengarah dan pegawai Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan supaya tidak menghadiri mesyuarat dengan kerajaan agensi dan agensinya.

Ini merupakan suatu tindakan bongkak dan tamakkan kuasa yang arahannya diberikan oleh Menteri yang menjaga agama, Zahid Hamidi dalam kerajaan BN.

Malang sungguh bagi rakyat Malaysia mempunyai pemimpin yang masih tidak faham sistem federalisme dan tidak mengiktirafkan mandat rakyat. Selain itu lebih parah lagi pemimpin BN ini membelakang kerajaan dan menteri besar yang diperkenankan oleh Tuanku Sultan dan Gabenor negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya baru-baru ini Zahid tidak mengikhtiraf borang yang ditandatangani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan satu ugutan dan biadap terhadap sistem demokrasi Perlembagaan Negara.

PEMBUANGAN PEKERJA : JABATAN BURUH DAN KERAJAAN DI GESA PRIHATIN ~ Ref Malaysiakini

Saya menggesa Jabatan Buruh dan Tenaga Rakyat serta kerajaan prihatin terhadap masalah pembuangan pekerja yang bakal berlaku secara besar-besaran dalam waktu terdekat. Mengikut statistik yang dikeluarkan sendiri Menteri Sumber Manusia setakat ini sudah 12,000 pekerja kehilangan pekerjaaan mereka sehingga 12 Januari lalu manakala 45,000 pekerja akan diberhentikan terus atau sementara menjelang Tahun Baru Cina ini.
Manakala di Melaka, Exco Kerajaan Negeri, Mohd Yunos Hussin menyatakan bahawa kira-kira 500 pekerja sudah pun dibuang kerja. Saya tidak pasti samada angka yang diberikan itu tepat atau tidak.
Beberapa kilang pembuatan terutama di sektor semikonduktor dijangka akan memberhentikan operasinya tidak lama lagi atas alasan kegawatan dan tiada permintaan dari pelanggan.
Masalah ini adalah sangat serius. Apa yang dikesalkan saya tidak nampak kesungguhan yang dilakukan oleh Jabatan Buruh dan kerajaan negeri dalam menangani isu ini. Banyak aduan dan rungutan dari pekerja yang terlibat tidak mendapat layanan yang sebaiknya. Tidak ada tindakan yang effektif di ambil oleh pihak berkenaan.
Saya sendiri menerima beberapa aduan dari pekerja yang terlibat yang sudahpun membuat laporan kepada pihak berkenaan namun mereka tidak berpuashati kerana tiada tindakan yang konkrit dan memuaskan hati mereka diambil.
Saya bimbang akan lebih ramai pekerja yang teraniaya akibat dari sikap majikan yang sesetengahnya mengambil kesempatan dari masalah ekonomi untuk memberhentikan pekerja sedangkan masalah yang mereka hadapi belum begitu teruk. Namun oleh kerana untuk mengurangkan kos operasi dan mencari keuntungan yang lebih pekerja menjadi mangsa.
Satu lagi masalah yang mesti diatasi segera oleh pihak berkenaan ialah memberikan penerangan tentang hak-hak pekerja yang diberhentikan ini dari segi undang-undang buruh dan akta-akta yang melindungi mereka. Pekerja di Malaysia sebenarnya tidak peka dan kurang arif tentang hak-hak mereka sehingga mereka diperkotak-katikkan oleh majikan dengan sewenang-wenangnya.
Saya juga mencadangkan kepada Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) supaya lebih agresif dan sensitif tentang masalah ini. Sehingga ini saya belum nampak kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak MTUC dalam menangani masalah ini. Sudah berpuluh ribu pekerja yang dibuang tetapi MTUC masih dilihat tidur dan diam seribu bahasa. Adalah lebih baik MTUC membuat perhimpunan besar mengumpulkan seluruh pekerja yang diberhentikan ini bagi memberi penerangan tentang hak dan insentif yang sepatutnya mereka perolehi setelah dibuang kerja.
Bagi kerajaan pula, exco berkaitan mencari jalan untuk memberikan dana untuk mereka yang terlibat berniaga atau memula penghidupan baru dalam bidang lain dengan memberikan latihan dalam bidang-bidang baru dan juga asas keusahawanan.

2009, TAHUN PEMILIHAN KEPIMPINAN BARU PAS SESSI 2009/2011 ~ Ref Malaysiakini

Mesyuarat Agong PAS di setiap peringkat samada cawangan, kawasan, Dewan-Dewan dan Pusat pada kali ini akan melibatkan perlantikan 'kabinet' baru. Seperti biasa ahli mempunyai kuasa dan peluang untuk memilih sesiapa yang sahaja yang mereka rasakan berupaya dan berkemampuan untuk menjadi Ketua.

Seperti yang kita semua sedar dan insaf bahawa di dalam Islam kepimpinan adalah amanah yang besar yang bukan untuk bermegah tetapi ia merupakan suatu tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T.

Saya yakin tidak sebagaimana pemilihan dalam Umno yang penuh dengan penipuan, rasuah, ugutan dan penyelewengan pemilihan dalam PAS akan sentiasa tenang, aman dan berjalan dalam suasana harmoni dan setiakawan. Ini bezanya parti Islam dan parti Nafsu seperti Umno.

Tidak ada lobi-melobi, rasuah-merasuah dan tipu menipu. Tidak baling kerusi, tutup lampu, mesyuarat palsu, halang ahli hadiri mesyuarat, pertengkaran dan perbalahan dalam mesyuarat agong pada setiap peringkat. Mana ada parti berasaskan nafsu yang sebegitu semuanya hanya ber'tuhan'kan nafsu yang akhirnya bila nafsu tidak dapat dipenuhi maka keluarlah pula 'nafsu' amarah pada setiap kali mesyuarat.

Kepada semua perwakilan yang akan memilih kepimpinan baru pilihlah pemimpin yang berwibawa, bertaqwa, berilmu, komited dan mampu membawa perubahan kepada PAS iaitu perubahan yang tidak baik kepada baik atau dari baik kepada lebih baik.

Allahu Akhbar. Selamat bermesyuarat dan bermuktamar.

OBAMA : HARAPAN YANG BELUM TENTU KESAMPAIAN ~ Ref Malaysiakini

Seluruh dunia mengaharapkan suatu perubahan mendadak akan berlaku pada setiap kali Presiden Amerika yang baru dilantik. Begitu jugalah dengan perlantikan Presiden Barrack Hussein Obama yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 2 hari lepas. Seluruh dunia menaruh harapan yang tinggi untuk melihat suatu perubahan besar dalam kemelut politik dunia terutama isu berkaitan Palestin, Iraq dan Afghanistan serta dunia Islam lain.
Kalau selama ini Amerika yang sebelum ini sombong dan bongkak lantaran negara itu perasan bahawa merekalah satu-satu kuasa besar dunia yang paling berkuasa selepas kejatuhan Soviet Union, seluruh manusia di dunia mahu melihat sinar baru dalam hubungan antarabangsa, ekonomi dan sebagainya.
Amerika sering dilihat berat sebelah dengan meredhakan semua tindakan Israel yang bermaharajalela membunuh manusia tanpa belas kasihan di Palestin dan kawasan sekitarnya sejak ratusan puluhan tahun lamanya.
Amerika terus menguasai ekonomi dunia dengan dasar kapitalis dan pengunaan dollarnya dalam urusan perdagangan dunia walaupun sejak-sejak akhir ini ekonomi negara itu juga hampir runtuh.
Bagi saya, dunia tidak perlu meletakkan harapan menggunung kepada Obama kerana sejarah telah membuktikan bahawa Presiden Amerika sebenarnya terikat dan takut kepada pelobi-pelobi Yahudi yang sebenarnya menguasai eokonomi dan politik Amerika. Semua tindakan yang bertentangan dengan kehendak Yahudi sudah pasti mendapat tentangan dan akhirnya Presiden terpaksa akur dengan segala perancangan dan kehendak Yahudi tersebut.

21 January 2009

UMNO PARTI RASUAH YANG SEDANG DALAM NYAWA-NYAWA IKAN ~ Ref Malaysiakini

BN baru sahaja ditimpa nasib malang akibat kegagalan dan kelemahan serta kesombongan pemimpin Umno apabila dihukum oleh rakyat Kuala Terengganu.

Hari ini Umno terus ditelajangi oleh SPRM apabila beberapa orang pimpinan Umno dan ahlinya ditahan kerana didakwa terlibat dengan rasuah semasa pemilihan Umno.

Tidak syak lagi parti yang sedang dalam nazak dan nyawa-nyawa semakin nazak dan menunggu masa untuk ditalkinkan akibat nafsu dan gilakan kuasa sehingga sanggup mengupah ejen masing-masing memberi rasuah kepada perwakilan pada mesyuarat agung Umno bahagian beberapa bulan lalu.

Sebuah media menyiarkan laporan berkenaan berita penahanan di atas.

Media tersebut melaporkan bahawa sehari selepas mengumumkan bahawa tiga orang akan dihadapkan di mahkamah esok berhubung politik wang pemilihan Umno bahagian baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluaskan operasinya dengan dipercayai menahan 12 yang lain.

SPRM menahan mereka, yang berasal dari Pahang kerana menerima wang daripada pemimpin kanan Umno untuk mempengaruhi undi ketika pemilihan.

Difahamkan mereka ditahan semalam dan kelmarin dipercayai menerima rasuah antara RM300 sehingga RM500 seorang.

Selain itu seorang ejen dari Melaka turut di tahan.

PEMIMPIN UMNO PENGECUT DAN TIDAK SAYANGKAN BAHASA MELAYU ~ Ref Malaysiakini

Tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang berani untuk hadir dan membantu Gerakan Mansuhkan PPSMI. Semuanya takut dan kecut, kemungkinan dipecat dari Umno dan BN kerana menyokong GMP.
Seperti yang kita sedia maklum GMP bukanlah organisasi politik dan menyokong pembangkang. GMP adalah badan NGO yang berjuang untuk mendaulatkan Bahasa Melayu.
Mengapa pemimpin Umno takut untuk bersama GMP yang mempunyai niat baik untuk mendaulatkan Bahasa Melayu yang semakin terhakis akibat dasar kerajaan BN yang langsung tidak peka kepada bahasa rasmi ini.
Sebelum ini seorang pemimpin Umno, iaitu Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Fuad Zarkashi bersetuju untuk menghadiri mesyuarat GMP yang berlangsung malam tadi di Bangunan SUK Selangor tetapi membatalkan hasrat tersebut.

SOKONG BANTAHAN TERHADAP PENGHAPUSAN PPSMI ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong sepenuhnya cadangan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mahu mengadakan pada bantahan besar-besar pada 7 Mac depan.
Saya yakin bantahan besar-besaran ini akan memberikan impak yang besar kepada rakyat supaya mereka sedar betapa penting Bahasa Melayu dijadikan bahasa pendidikan kerana terbukti selamanya bahasa tersebut berupaya melahirkan cendikiawan-cendiakawan yang hebat.
Ini bukannya perjuangan orang Melayu sahaja tetapi ianya adalah perjuangan semua bangsa di Malaysia kerana Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita. Malangnya pemimpin BN telah menghina dan meminggirkan bahasa melayu dari arus perdana dengan menukarkannya sistem PPSMI sekarang.
Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, bantahan besar-besaran akan diadakan pada tarikh tersebut dan satu memorandum juga akan diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat gabungan itu malam tadi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.

PENDEDAHAN 1 : BANGUNAN UMNO PELABUHAN KELANG DIJUAL, DUIT DIBAHAGI SESAMA MEREKA? ~ Ref Malaysiakini

Saya mendapat maklumat dari tetamu blog ini bahawa Bangunan Umno Pelabuhan Kelang telah dijual. Saya mohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno menyiasat dan mengheret sesiapa yang terlibat jika terbukti mereka bersalah.
Maklumat tersebut adalah seperti di bawah :-
UMNO Pelabuhan Klang, diberi tanah, lepas diberi tanah, tanah tu pula dijual kononnya nak bayar hutang bangunan UMNO Pelabuhan Klang dengan bank. Kalau sesiapa pernah pergi ke Pelabuhan Klang anda akan terlihat satu bangunan yang amat memalukan kepada orang melayu di sana.

Dari maklumat yang dalaman, hasil jualan tanah itu dikatakan untuk membayar hutang bangunan dengan bank. Malangnya baki dari hasil jualan itu dibahagikan sesama mereka.
Tetapi yang peliknya bangunan itu masih macam itu lagi.

MELAYU MELINGKUPKAN MELAYU ~ Ref Malaysiakini

salah satu agenda yahudi ialah melalaikan orang islam melalui hiburan.Orang melayu secara umumnya sebagai orang islamCuba renungkan sepanjang juara lagu berapa ramai orang bukan islam menyertai, secara keseluruhan orang melayu sejak di perkenalkan juara lagu dan cuba renungkan semua program atau pertandingan yang diadakan semuanya orang melayu. Kalau generasi muda kita ni lalai dengan hiburan fikiranlah tanah air kita mungkin akan jadi seperti di palestin, renungkan lah ............

PEMIMPIN2 MELAYU KITA DI MALAYSIA PUN IBARAT YAHUDI JUGA!INILAH DIA MELAYU YG KONONNYA MEMPERJUANGKAN HAK2 MELAYU!YA! MELAYU UMNO LAH YG SENANTIASA MELALAIKAN ANAK BANGSA SENDIRI (MELAYU) MELALUI SIARAN2 HIBURAN DGN MENGGUNAKAN ALAT2 PROPAGANDA PENYEBAR MAKLUMAT MILIK MEREKA (MEDIA2 MASSA TV/RADIO DAN MEDIA2 CETAK - MSM = MEDIA ARUS PERDANA).
BAYANGKAN GADIS2 WANITA2 POMPUAN2 MELAYU YG BERTUDUNG PUN TERKIAL2 TERLONJAK2 TERTUNJAI2 TERGEDIK2 MEMBERI SAMBUTAN MEMBERI RESPON DGN PENUH ASYIK DAN GHAIRAH SEKALI BERTEPUK2 BERSORAK SORAI DGN GAYA PENUH MOOD BAGI MEMUASKAN RASA HATI MEREKA DALAM SUASANA BERHIBUR. HIBURAN NAK KATAKAN - MESTILAH "BE HAPPY".
SEMUA ITU BOLEH KITA TENGOK SENDIRI DALAM ACARA2 HIBURAN DI KACA TV SEPERTI KONSERT2 ROCK, JOM HEBOH, ZOOM IN, PERTANDINGAN ITU - PERTANDINGAN INI, MACAM2 JENIS REALITY SHOW DAN BANYAK LAGI JIKA NAK DISENARAIKAN. HIBURAN SEBEGINI SUDAH TENTU MELALIKAN DAN MELALAIKAN.
JADI MENGAPA IA JADI SEMAKIN MENJADI-JADI?CUKUP BANYAK SEKALI PROGRAM2 HIBURAN ANJURAN DARI BERBAGAI2 PIHAK DAN BADAN DAN STESEN2 TV - BERLUMBA2 BERLAWAN BERSAING UNTUK MEMBERI HIBURAN KEPADA ANAK BANGSA MELAYU KONON2NYA - PADAHAL SECARA TIDAK LANGSUNG MEREKA MELALAIKAN ANAK2 MUDA (RATA2 DARI KAUM MELAYU KITA SENDIRI) DAN SECARA TAK LANGSUNG MEROSAK DAN MEMUSNAHKAN AKHLAK DAN MASA DEPAN ANAK BANGSA MELAYU JUGA. INIKAH YANG DIKATAKAN UMNO BERJUANG UNTUK MELAYU? INI 'MEMBUNUH' NAMANYA .......
OLEH ITU JANGAN ASYIK CANANG SANA SINI YANG PARTI HANGPA TU MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN MELAYU ...... MELINGKUPKAN ADA LAA .....BAYANGKAN ..... DI TV SAJA .... PUNYALAH BANYAK DAN BERLAMBAK2 PROGRAM2 HIBURAN DI HIDANGKAN UNTUK TONTONAN PENONTON2 YG KEBANYAKANNYA BANGSA MELAYU KITALAH ..... ASYIK DI HIDANGKAN DAN DI SUAPKAN .... MELAYU2 KAN MUDAH KEARAH GEMARKAN HIBURAN MANA BOLEH TOLAK PUNYA... MELAYU KITA NI KIRA NAK "ENJOY" SAJA ..... MEMANG ITU KELEMAHAN MELAYU ... KIRA NAK SERONOK MEMANJANG .... KALAU TIDAK - TAK KAN ADA NAMA KAMPONG DI PULAU PINANG - SAMPAI DI BERI NAMA "KAMPUNG SERONOK". TAK PERCAYA TANYALAH ORANG PENANG.
DAN MELAYU AKAN TERUS DIBUAI DAN DI LALAIKAN OLEH BANGSA MELAYU SENDIRI (SEBAGAI PEMIMPINNYA - SAPA YG DIKATAKAN PEMIMPIN? PARTY YG MEMIMPIN LAH ,YG JUGA MEMILIKI ALAT2 JENTERA PROPAGANDA SEPERTI TV DAN RADIO DAN JUGA ALAT2 SEBARAN 'AM YG LAIN - MEREKALAH YG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENYAJIKAN SEMUA UNSUR2 YG MELALAIKAN DAN
MEROSAKKAN BANGSA MELAYU SENDIRI) ....
MELAYU MELALAIKAN MELAYU!
MELAYU MENJAHANAMKAN MELAYU!
MELAYU MEROSAKKAN MELAYU!
MELAYU MELINGKUPKAN
MELAYU!ITULAH HAKIKATNYA.

OBAMA, APAKAH ANDA BERBEZA DENGAN BUSH ~ Ref Malaysiakini

Kalau Bush membunuh umat Islam di Iraq, Afghanistan dan lain-lain tempat tanpa belas kasihan, apakah Obama juga berperangai sedemikian?

Kalau Bush memanjakan Israel lebih dari anaknya sendiri, apakah Obama akan melayan Israel bagaikan menatang anak yang penuh?

Kalau Bush berperangan dan berlagak sebagai Polis dunia, apakah Obama akan menyantuni Israel bagaikan Intan Payung yang tidak boleh dijentik?

Kalau Bush menggunakan kuasa ekonomi dan vetonya untuk menekan negara lain, apakah Obama akan lebih ganas dan rakus menghentak negara-negara lain?

Itulah antara seribu satu persoalan yang bermain di kepala umat manusia seluruh dunia. Ucapan Obama pada majlis angkat sumpahnya awal pagi tadi masih samar-samar dan tidak boleh dijadikan ukuran 100 % tentang corak pentadbirannya. Mungkin beliau ikhlas tetapi terpaksa tunduk kepada pihak pelobi Yahudi yang akan mencorakkan sistem pentadbiran dan dasar dalaman serta luaran Amerika.

Kita tunggu dan lihat sahaja. Jangan diberikan harapan yang besar kepada beliau kerana kita faham dengan Firman Allah S.W.T , "Orang Yahudi dan Nasora tidak akan redha kepada mu sehinggalah kamu mengikuti Millah (agama) mereka."

Dalam ucapannya pagi tadi Obama menyatakan :-

"Kita telah memilih harapan di sebalik kebimbangan, perpaduan yang bertujuan di sebalik konflik," kata beliau dalam ucapan sulungnya sejurus selepas mencipta sejarah sebagai Presiden yang baru bagi AS.

"Bermula hari ini kita perlu bangkit, membuang yang keruh dan kembali bekerja untuk membina semula Amerika," kata Presiden berusia 47 tahun, dari parti Demokrat, di hadapan rakyatnya yang masih bimbang dengan kesan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak 1930-an.

Malah, ucapannya juga menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia dan negara-negara Islam selepas diselubungi pelbagai persepsi negatif sejak 11 September 2001 di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush.

"Amerika merupakan rakan kepada setiap negara dan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang inginkan masa depan yang aman dan bermaruah, dan di mana kami bersedia untuk menerajuinya sekali lagi.

"Kepada dunia Islam, kita harus menerokai perjalanan baru berdasarkan kepentingan bersama dan penghormatan bersama," kata beliau sambil menekankan, "ia tidak diberikan tetapi harus diperoleh."

Bagaimanapun Obama memberi amran bahawa Washington akan berhadapan dengan mana-mana pihak yang menggunakan "keganasan" dan memenggal mereka yang tidak berdosa tanpa sebarang kompromi.

"Kepada dunia Islam, kami inginkan satu arah tuju yang baru," kata Obama lagi.

Malah dalam ucapannya itu, Obama juga bertekad untuk menangani krisis ekonomi dan kesan peperangan di dua negara, yang secara langsung menjejaskan imej Washington di kaca mata dunia.

Obama yang dipilih sebagai Presiden AS pada 4 November lalu menyempurnakan upacara itu kira-kira 1.06 pagi (waktu Malaysia) di hadapan Ketua Hakim John Roberts.

Obama merupakan Presiden AS yang kelima paling muda dan beliau menggantikan Bush.

LAMAN MELAKA HARI INI KENA 'BANNED'???~ Ref Malaysiakini

Saya cuba melayari website surat khabar kerajaan negeri Melaka, Melaka Hari ini sebentar tadi. Tetapi tertera di krin bahawa 'This IP has been banned'

Mengapa terjadi sedemikian.? Saya pun tidak tahu, tak bayar bil ke atau apa sebabnya? Harap dapat bagi penjelaan.

MELAWATI SELURUH MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Digambarkan Melaka negeri maju. Dikhabarkan Melaka negeri pelancong. Saya akan cuba menyelongkar dan menyiasat perkara ini.

Insya Allah dalam beberapa hari mendatang ini saya akan turun ke segenap pelusuk negeri Melaka untuk melihat sendiri bukti dakwaan digembar-gemburkan di atas.

Antara persoalan yang mungkin bermain di kepala saya dan tuan-tuan ialah :-

1) Apakah di Melaka tidak ada orang miskin?
2) Apakah di Melaka kemudahan asas semuanya sudah cukup lengkap?
3) Apakah di Melaka tidak ada lagi tanah terbiar?
4) Apakah di Melaka pengurusan sampahnya hebat?
5) Apakah di Melaka tidak ada penganggur?
6) Apakah di Melaka tidak ada diskriminasi?
7) Apakah di Melaka orang Melayu tidak merempat di negeri sendiri?
8) Apakah di Melaka syiar Islamnya hebat?

.......dan 1000 satu macam lagi persoalan yang mungkin terjawab dengan ekpedisi yang akan dilaksanakan nanti.

Tunggu pendedahan saya. Insya Allah.

ISU SERBAN : KENYATAAN MUSA HASSAN MENGELIRUKAN ~ Ref Malaysiakini

Mengelak jadi trend.Itu penjelasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok yang hanya berserban ketika menunggang motosikal di Kota Bharu, Kelantan.

Bagi saya mengelirukan kerana bagi umat Islam memakai serban adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Sunnah adalah sangat digalakkan untuk ditauladani bukannya dihalang dari diikuti.

Memang kita tidak menafikan bahawa memakai topi keledar adalah lebih selamat jika kita fikirkan dengan akal manusia semata-mata. Namun adalah orang yang memakai topi keledar selamat 100%. Semuanya adalah tertakluk kepada kuasa Allah S.A.W.

Saya rasa Musa sebagai orang nombor satu dalam pasukan Polis seharusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama yang berkaitan dengan agama Islam. Selain itu undang-undang yang hanya membolehkan Lebai sahaja memakai serban sewaktu menunggang adalah tidak relevan dan bercanggah dengan falsafah sunnar Rasulullah S.A.W kerana bukan lebai sahaja yang digalakkan memakai serban tetapi semua orang Islam lelaki.

20 January 2009

BOLEHKAN DUNIA ISLAM HARAPKAN OBAMA ~ Ref Malaysiakini

Apakah dunia dan umat Islam akan berubah selepas negara yang berlagak sebagai Polis dunia dipimpin oleh seorang kulit hitam yang pertama.?

Apakah dasar luar Amerika Syarikat akan berubah dari sebuah negara yang menyokong dan mendokong Israel dan bermusuh dengan Islam kepada sebuah negara baru yang mengamalkan dasar yang lebih terbuka dan adil?
Apakah Israel dan Yahudi akan lebih berperi kemanusiaan selepas Obama mengambilalih pemerintahan White House daripada pemimpin berhati binatang.
Awal pagi esok Obama akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang 44. Sebaik sahaja beliau selesai mengangkat sumpah beliau akan memberikan ucapan sulung yang ditunggu-tunggu oleh seluruh dunia.
Corak pentadbiran dan dasar luarnya sudah tentu akan disentuh oleh beliau. Kita tunggu dan lihat nanti.

PRK KT : BUKANPEMIMPIN BN LAIN SAJA YANG SALAH, NAJIB LAH SEBENARNYA PALING BERSALAH ~ Ref Malaysiakini

Bagaikan ketam mengajar anak berjalan betul, Timbalan Perdana Menteri hari ini memberi amaran kepada pemimpin BN lain agar tidak berterusan duduk dalam zon selesa.
Najib mungkin perasan bahawa beliau masih diterima oleh rakyat sehingga merasakan bahawa pemimpin lain yang ditolak rakyat. Sedangkan pemimpin yang paling dibenci oleh rakyat ialah beliau sendiri yang penuh dengan kontroversi.
Selagi pemimpin seperti beliau memimpin BN selagi itulah rakyat akan terus menjauhi BN dan menolak BN pada sebarang Pilihanraya samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.
Ternyata Najib cuba menyalahkan orang lain dengan kekalahan BN di Kuala Terengganu sedangkan penyebab kepada kekalahan itu adalah kerana kegagalan dan kelemahan beliau memimpin jentera BN.

JANGAN PAKAI SERBAN SEMASA MENUNGGANG? ~ Ref Malaysiakini

Terbukti undang-undang Malaysia menghalang orang Islam memakai serban semasa menunggang apabila Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuh hukuman denda RM90.00 atau penjara dua hari keatas seorang penunggang motorsikal yang memakai serba.
Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir Darus, 27 disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan.
Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari semalam.
Terbuktilah bahawa undang-undang di negara ini cukup biadap terhadap Islam apabila tidak membolehkan orang Islam memakai serban sewaktu menunggang sedangkan kawan-kawan kita bangsa Sikh tidak pernah pula dijatuhkan hukuman ketika memakai serban mereka semasa menunggang.
Ini membuktikan undang-undang negara bersikap double standard terhadap Islam.

PASCA PRK KT : PR MAKIN MANTAP, BN MAKIN MALAP ~ Ref Malaysiakini

PR makin mantap, BN makin malap. Mungkin itu ungkapan yang sesuai untuk ditujukan kepada 2 gabungan parti politik terbesar di Malaysia hari ini.

Buktinya sebaik sahaja, PRK Kuala Terengganu selesai PR sepantas kilat menubuhkan Majlis Mesyuarat Menteri Besar/Ketua Menteri negeri-negeri PR, manakala di pihak BN pula konvensyen mereka yang sepatutnya dijalankan pada masa terdekat dibatalkan.

Kedua-dua perkara ini sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan keputusan PRK Kuala Terengganu.

ISU TANAH : BN TIADA ISU TERUS SERANG NIZAR ~ Ref Malaysiakini

BN dan NGO yang menjadi boneka Umno terus menyerang Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamauddin yang kononnya memblekangkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan Raja Muda Perak.

Dalam kenytaan kepada media semalam Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Hilmi Ismail mencabar Nizar mendedahkan sama ada keputusan exco kerajaan negeri memberi hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru dicapai secara sebulat suara ataupun mendapat bantahan pihak tertentu.

Hilmi juga percaya Menteri Besar diberi nasihat oleh Tuanku Sultan sebelum perkara itu dibawa ke mesyuarat exco tetapi dalam mesyuarat exco, beliau kalah dengan suara-suara (daripada DAP) yang menguasai exco kerajaan negeri.

Hilmi menempelak Nizar berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar hari ini bahawa tiada sebab untuk beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar berhubung isu pemberian hak milik tanah kekal itu kerana beliau (Nizar) yakin perkara itu tidak mengguris perasaan Sultan Azlan dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Saya hairan mengapa NGO ini begitu sibuk dengan isu tanah ini sedangkan terbukti kerajaan Perak amat prihatin terhadap rakyat negerinya sendiri. Baru-baru kerajaan negeri telah mengurniakan tanah kepada penduduk kampung baru tanpa mengira kaum.

Sebelum itu Sekolah Cina dan Sekolah Agama Rakyat telah dikurniakan tanah yang luas bagi membantu sekolah-sekolah meneruskan operasi mereka mendidik anak bangsa.

Mengapa NGO tidak melenting dan peka dengan kegiatan pemimpin BN/Umno yang mengumpul kekayaan dari 'pintu belakang'?

Mengapa NGO ini tidak marah dengan BN/Umno yang menolak hukum Islam?

Mengapa NGO tidak melenting dengan penyalagunaan kuasa dan rasuah yang berlaku di dalam Umno dan BN?

Mengapa NGO ini tidak peka dengan masalah jenayah, maksiat dan sosial yang semakin parah di Perak dan di seluruh negara.?

Mengapa NGO ini tidak sibuk dengan keputusan kerajaan meneruskan PPSMI?

Mengapa NGO ini tidak sibuk dengan keputusan kerajaan BN menggadaikan tanah kepada Singapura di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI?

Mengapa NGO ini tidak prihatin dengan masalah murtad yang berleluasa di Perak?

Mengapa NGO ini tidak peka dengan perangani Ketua Pembangkang DUN Perak dan ADUN Pangkor yang kurang ajar?

Mengapa NGO ini tidak peka dengan kenaikan harga barang yang menindas rakyat?

Dan banyak lagi persoalan yang ingin saya lontarkan kepada mereka ...........lain kali!!!

BAGAIMANA NASIB 14,000 PEKERJA YANG TELAH DIBUANG ~ Ref Malaysiakini

Sehingga 12 Januari lalu, kira-kira 14,000 pekerja telah dibuang kerja. Keadaan ini akan berlanjutan sehingga Tahun Baru Cina di mana kira-kira 45,000 pekerja lagi akan diberhentikan kerja secara sementara. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia Datul Dr S Subramaniam.
Kita mengharapkan kerajaan segera menangani masalah ini secepat mungkin bagi menjamin kesejahteraan hidup mereka yang terlibat.
Kita tidak mahu mendengar nanti ada anak yang terpaksa berhenti sekolah, rumahtangga runtuh, kes jenayah meningkat dan lain-lain disebabkan semakin rakyat menganggur dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Kerajaan seharusnya sedar dan peka dengan masalah ini kerana negara kita berpengalaman berhadapan dengan masalah krisis ekonomi seumpama ini. Semua orang tahu apabila berlaku krisis ekonomi akan ramai yang kehilangan pekerjaan, maka jenayah dan masalah sosial meningkat kerana mereka melakukan jenayah dan maksiat semata-mata untuk mencari duit untuk menyara kehidupan.

PASCA PRK KT : PENGUNDI MUDA MALUKAN BN ~ Ref Malaysiakini

Kekalahan BN pada PRK Kuala Terengganu Sabtu lalu banyak disumbangkan oleh pengundi muda yang ternyata menolak BN secara total. Bukan sahaja mereka menolak BN di dalam pengundi undi tetapi juga jentera PAS banyak dibantu oleh pengundi muda.
Kalau pada PRU 2004 dahulu, pengundi muda dilihat cenderung mengundi BN tetapi kali ini ianya amat berbeza. Pengundi muda mula melihat bahawa BN adalah sebuah parti yang bobrok, rasuah, bercakaran sesama sendiri, meminggirkan Islam, menghina bangsa dan orang Melayu, gagal menangani masalah sosial dan jenayah serta juga suka memfitnah dan menipu.
Selain itu pengundi muda juga sentiasa terdedah kepada sumber berita dari pelbagai pihak yang akhirnya membolehkan mereka berfikir secara waras tidak dikongkong oleh media pengampu BN yang tidak demokratik dan berat sebelah.
Akhirnya pengundi muda Kuala Terengganu membuktikan bahawa mereka lebih matang dan mampu berfikir lebih baik berbanding dengan pengundi tua yang tidak terdedah kepada maklumat terkini dan sahih.
Dari maklumat yang saya terima PAS berjaya memperolehi majoriti yang jauh lebih besar kalau mengambil kira bilangan pengundi muda yang mengundi saluran orang muda.
Ini merupakan satu perkembangan yang baik dan mesti dikekalkan oleh PAS dan PR.

19 January 2009

KETUA MENTERIKU TERUS KETINGGALAN ZAMAN ~ Ref Malaysiakini

Di saat orang lain berfikiran jauh dan moden, Ketua Menteri ku masih berfikiran di takuk lama. Beliau berkempen di Kuala Terengganu dengan isu undi PAS masuk syurga, fitnah surat layang, janji pembangunan, projek segera dan sebagainya.

Ketua Menteriku lupa bahawa beliau berkempen di Kuala Terengganu bukannya di Melaka. Mentaliti pengundi Kuala Terengganu jauh bezanya dengan pengundi Melaka. Pendekatan di Terengganu seharusnya berbeza. Pengundi di Kuala Terengganu lebih terbuka, celik politik dan tidak mudah ditipu dan digula-gulakan.

Ketua Menteriku lupa bahawa politik di hujung era 2000 dan bakal memasuki 2010 sudah jauh berbeza dengan politik 80-an atau 90-an. Mungkin di Melaka cara berpolitik era 70-an dan 80-an masih boleh dipakai. Antara politik ugut, rasuah, janji pembangunan dan sebagainya masih relevan tetapi tidak di Kuala Terengganu.

Jelas sekali Ketua Menteriku ketinggalan zaman. Mungkin masih mempertahankan sistem berpolitik zaman muda-muda beliau.

Beliau terlupa zaman sekarang dalam zaman blog, website, friendster, youtube dan sebagainya. Rakyat bukan hanya tidak menonton TV pengampu malah mereka meluat untuk menontonnya. Mereka lebih suka mendapatkan maklumat dari media alternatif yang lebih telus, adil dan saksama.

Kalau begitu benarlah kata-kata sahabatku bahawa Ketua Menteriku ketinggalan zaman.

PASCA PRK KT : BN KEPALA BATU ~ Ref Malaysiakini

Sudah 2 kali amaran diberikan oleh rakyat tentang sikap angkuh dan sombong BN. Kali pertama pada PRU 2008 dan kali kedua pada Ogos 2008 di Permatang Pauh. Namun BN masih kekal dengan perangai lamanya tanpa sebarang perubahan.
ISA terus dipertahankan. Rakyat miskin terus terhimpit disebabkan dasar kerajaan BN yang membiarkan harga barangan melambung naik tanpa kawalan. Selepas sahaja PRU 2008 BN tidak serik sebaliknya menaikkan harga minyak sehingga 78 sen suatu kenaikan yang hanya boleh diterima oleh orang yang kurang siuman. Jenayah semakin teruk dan membarah. Kedaulatan Islam dan Melayu dibiarkan malah dipinggirkan oleh kerajaan BN. Pelbagai program yang menyakitkan hati rakyat terus dilakukan oleh kerajaan BN.
Rakyat menanti dan menanti untuk menghukum BN. Selepas PRU 2008, rakyat menunggu 5 bulan memerhatikan samada kerajaan BN berubah atau tidak. Namun bila tiba bulan Ogos 2008 kerajaan masih dengan perangai lamanya. Jadi rakyat tidak berlengah terus menghukum BN dengan kekalahan memalukan pada PRK Permatang Pauh.
Selepas itu rakyat menyangka mungkin BN akan berubah. Namun terbukti BN juga tidak berubah malah semakin bongkak dan rakus. Sehinggalah kematian Allahyarham Dato' Razali Ismail memberikan peluang kepada rakyat menghukum kerajaan BN.
Akhirnya 17 Januari lalu sekali lagi rakyat memberikan isyarat yang amat penting kepada BN. Tetapi saya yakin BN akan tetap tidak berubah kerana penyakit zalim, bongkak dan gila kuasa ini sudah sebati dengan pemimpin BN terutama Umno.
Kini rakyat menunggu Pilihanraya Negeri Sarawak dan PRU 13.

BENGKEL PEMBERITAAN SABTU INI

Lajnah Penerangan PAS Melaka akan mengadakan Bengkel Penulisan Berita kepada semua wakil-wakil PAS Kawasan. Program tersebut akan berlangsung seperti maklumat di bawah :-

Tarikh : 24 Januari 2009
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Semabok

Sesiapa yang berminat mesti mendapat pengesahan dari PAS Kawasan masing-masing.

Harap Maklum

BN KALAH KERANA RAKYAT SUDAH MUAK ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Melaka, Khairul Che Salleh menyangkal kenyataan Ketua Menteri Melaka bahawa BN kalah kerana jumlah peratusan pengundian rendah. Sebaliknya Khairul berkata jika semakin ramai pengundi yang mengundi majoriti PAS akan menjadi lebih besar dari majoriti yang diperolehi iaitu 2631 undi.

Selain itu Khairul juga kesal dengan tohmahan Ketua Menteri Melaka bahawa PAS berkempen dengan menjanjikan syurga bagi yang mengundi PAS dan DAP.

PAS tidak pernah menjanjikan syurga, apa yang PAS katakan ialah setiap pekerjaan atau tindakan yang kita buat akan dihitung oleh Allah.

Jadi jika kita menyokong parti yang zalim, parti yang tidak mahu menjalankan hukum Allah, parti yang meluluskan lesen judi dan arak, parti yang menindas rakyat maka tindakan kita menyokong parti tersebut adalah salah di sisi Islam.

"Maka jika Umno/BN terasa bahawa parti mereka adalah parti yang zalim, tidak menjalankan hukum Allah, meluluskan lesen judi & arak dan sebagainya maka mereka perlu berubah" kata Khairul.

Khairul juga berkata Umno/BN tidak perlu bersusah payah menuduh dan menfitnah PAS berkempen dengan menggunakan surat layang dan janji syurga. Ini kerana rakyat sekarang sudah bijak menilai yang mana satu benar dan mana satu yang batil.

Menurut Khairul punca kekalahan BN adalah kerana :-

1) Rakyat sudah muak dengan cara kempen BN yang kuno dengan janji pembangunan, projek segera, kempen dengan ugutan, rasuah pengundi dan lain-lain

2) Rakyat sudah tidak yakin dengan BN yang mengamalkan politik perkauman

3) Rakyat rasa terhina dengan tindakan kerajaan BN menghantar anggota Polis yang begitu ramai dengan jumlah yang tidak munasabah seolah-olah rakyat Kuala Terengganu ganas dan tidak tahu penting keselamatan.

4) Rakyat benci kepada parti dan pemimpin parti yang sombong dan bongkak sehingga menyalahgunakan jentera dan agensi kerajaan sepertimana harta mereka sendiri.

5) Rakyat muak dengan kempen fitnah dan tohmah media cetak dan elektronik pengampu BN yang setiap hari menabur fitnah dan memburuk-burukkan PAS dan PR.

Rakyat sudah cerdik dan tidak terikat dengan media yang menjadi pengampu BN.

PASCA PRK KT : ALI RUSTAM SALAHKAN PENGUNDI DAN CARA KEMPEN PAS ~ Ref Malaysiakini

Sudah menjadi resam BN/Umno tidak mahu mengaku kelemahan dan kegagalan sendiri jika parti itu tewas dalam Pilihanraya. Kebanyakan pemimpin Umno khasnya menyalahkan pengundi dan jentera kempen PAS.
Naib Presiden Umno yang juga Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dalam kenyataanya kepada media semalam menyatakan bahawa peratusan pengundian yang rendah iaitu 79 % berbanding kira-kira 83 % pada PRU 2008 menyebabkan BN tewas.
Menurut beliau 3,000 pengundi tidak mengundi pada kali ini.
Saya ingin nyatakan bahawa dalam 'mood' rakyat yang bencikan BN/Umno sekarang jika 3,000 pengundi itu pulang dan mengundi saya yakin majoriti kemenangan PAS akan lebih besar dari apa yang diperolehi iaitu 2631 undi.
Sebilangan besar pengundi Cina dilaporkan tidak pulang mengundi kali ini. Saya yakin mereka ini pulang sudah tentu majoriti daripada mereka akan mengundi PAS.

BILA UMNO MAHU INSAF ~ Ref Malaysiakini

Sejak PRU 2008, Umno terus dirundung malang kekalahan demi kekalahan mereka lalui. Namun nampak jelas rakyat menolak Umno dan BN. Namun terbukti mereka masih belum insaf.

Umno terus bongkak dan bermaharajalela menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan diri mereka.

Umno menjadikan agensi kerajaan bagaikan harta pusaka turun temurun mereka. Rakyat semakin cerdik dan bijak. Akhirnya Umno dan BN ditolak oleh rakyat.

Bila Umno dan BN hendak insaf???

PAS PRK KT : KUALA TERENGGANU BUKA LEMBARAN BARU POLITIK MALAYSIA ~ Ref Malaysiakini

Keputusan PRK Kuala Terengganu membuka suatu lembaran baru kepada politik Malaysia. Walaupun mungkin ianya bukan suatu gelombang besar tetapi sebenarnya ia adalah kesinambungan kepada Tsunami politik Mac 2008.


Antara implikasi yang dapat kita lihat dari PRK KT :-

1) Politik kuno BN yang menawarkan pembangunan, rasuah, ugutan dan lain-lain ditolak rakyat dan sudah tidak relevan lagi

2) Rakyat sudah celik politik dan tidak terpengaruh dengan media dan janji-janji manis BN

3) Pakatan Rakyat lebih mantap dan utuh

4) Rakyat menolak politik perkauman

5) Rakyat menolak penggunaan jentera kerajaan seperti Polis dan lain-lain yang melampau-lampau

bersambung ...

PASCA PRK KT : UMNO BERPERANG ~ Ref Malaysiakini

Umno semakin kusut masai selepas kekalahan BN pada PRK Kuala Terengganu Sabtu lalu. Seperti biasa apabila BN tewas, Umno sebagai tunjang kepada BN akan bergolak kerana masing-masing menyalahkan antara satu sama lain sebagai punca kepada kekalahan tersebut.
Dr Mahathir yang bukan ahli Umno juga mengambil kesempatan untuk menangguk di air keroh mencari mangsa dan pada yang sama menggunakan 'peluru' yang ada untuk menembak musuh politiknya dan cuba menaikkan anaknya.
Kali ini beliau menuduh kekalahan 100 % berpunca dari Dollah. Manakala Najib yang bertanggungjawab kepada operasi PRK itu dipuji dan dipertahankan oleh beliau.
Pak Lah dalam kenyataan pertamanya mengenai pilihanraya itu tidak menyalahkan sesiapa. Namun mungkin Pak Lah sedangkan mencari idea untuk membalas serangan dan tembakan Mahathir.
Najib yang sepatutnya bertanggungjawab dengan kekalahan tidak juga memberikan alasan dan sebab kekalahan tersebut. Tetapi yang pasti Najiblah yang sepatutnya mengaku akan kelemahan dan kelembapan memandu jentera BN sehingga dimalukan oleh Pakatan Rakyat dengan pukulan KO.
Saya yakin Umno akan terus bergolak dan mungkin ada suara-suara sumbang yang mahukan Najib juga mengundur diri atas kegagalan beliau di Kuala Terengganu. Yang pasti sekarang Pak Lah semakin tertekan dengan 'serangan' Mahathir yang menggunakan peluang ini untuk memastikan Najib naik sebagaimana yang dirancang dan juga beliau mengharapkan Najib dapat memberikan sokongan terbuka untuk anaknya Mukhriz menjadi Ketua Pemuda. Sebab itulah beliau menghentam Dollah dan dalam masa Khairy juga terpalit.

18 January 2009

PASCA PRK KT : PR MAKIN MANTAP, TUBUHKAN MAJLIS MB & KM ~ Ref Malaysiakini

Dengan semangat kemenangan Kuala Terengganu negeri-negeri PR hari ini melangkah dengan lebih gagah apabila menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.

Majlis yang telah ditunggu-tunggu sejak lama penubuhannya, akhirnya menjadi kenyataan. Tidak syak lagi ia menjadi mimpi ngeri buat BN yang sememangnya mengharapkan parti-parti dalam PR berpecah dan membawa haluan masing-masing.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada DAP, PKR dan PAS di atas penubuhan majlis yang amat mustahak ini.

Sesungguhnya penubuhan ini amat menggembirakan rakyat kelima-lima negeri PR dan seluruh penyokong PR yang sentiasa mendoakan PR terus mantap dan hebat.

Media hari ini melaporkan bahawa Mesyuarat Majlis MB/KM akan diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.

"Pengistiharan Seri Mentaloon" iaitu pengisytiharan penubuhan majlis itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mesyuarat berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah "Seri Mentaloon" dan dipengerusikan oleh Abdul Khalid.

Azizan kemudianya memberitahu pemberita, kedua-dua majlis berkenaan adalah berupa wadah untuk PR menyelesaikan sebarang isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Lim berkata majlis tersebut akan mengurangkan semangat kenegerian antara negeri yang dikuasai PR selain menjadi landasan untuk berkongsi pengetahuan, maklumat dan pengalaman.

Abdul Khalid pula berkata penubuhan kedua-dua majlis akan menjadi nilai tambah untuk memantapkan pengurusan negeri dan merapatkan jurang pendapat dan sekaligus mengurangkan salah faham dalam PR.

Syabas PR.

MAHATHIR MULA BODEK NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Mahathir memang seorang ahli politik yang licik dan pandai mencium bau mengambil peluang untuk kepentingan dirinya.
Lihat bagaimana beliau menghapuskan ancaman terhadapnya samada ancaman dari luar atau dalam. Beliau dapat mencium bahawa Anwar Ibrahim adalah antara personaliti yang mungkin mengamcam beliau. Lantas beliau mempelawa Anwar untuk masuk Umno dengan janji-jani manisnya. Setelag Anwar memasuki Umno dan melonjak dari satu anak tangga ke anak tangga Mahathir merasakan Anwar mula mengancamnya. Tanpa rasa takut dan bimbang Mahathir memecat Anwar dari kabinet dengan fitnah yang dahsyat iaitu liwat.
Setelah itu Mahathir melepas diri dari kekalahan Umno pada 1999 dengan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno kepada Dollah Badawi. Mungkin Dollah Badawi menyangka bahawa Mahathir akan pencen dari politik setelah berhenti dari menjadi Perdana Menteri. Sangkaan Dollah meleset di mana Mahathir tidak berdiam diri terus mengacau pentadbiran Dollah sehingga Mahathir mengumumkan keluar dari Umno.
Beberapa bulan lepas Mahathir menghentam bukan sahaja Dollah malah Najib pun dihentamnya. Pelbagai kelemahan dan keburukan Najib diutarakan oleh Mahathir di dalam kenyataan-kenyataan akhbar maupun posting yang dimuatkan beliau di dalam blognya.
Tetapi hari ini tidak semena-mena Mahathir menyalahkan Dollah kerana BN kalah di Kuala Terengganu. Menurutnya punca BN kalah adalah kerana semata-mata kesalahan Dollah. Najib dipertahankan oleh beliau dan baginya Najib tidak bersalah yang bersalah 100 % adalah Dollah.
Licik sungguh permainan politik Mahathir. Semua orang tahu Mahathir terpaksa membodek Najib walaupun sebelum ini beliau menghentam Najib dengan serapat-serapatnya. Kini Najib pula menjadi anak emasnya. Semua ini adalah gara-gara untuk memastikan anaknya Mukhriz yang akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno mendapat sokongan dan restu Najib yang akan menggantikan Dollah Mac ini. Lebih-lebih Mahathir sudah tentu mencium bau bahawa Dollah sudah pasti menyokong menantu Intan Payungnya Khairy Jamaluddin untuk perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno.
Mahu tidak mahu Mahathir terpaksa menji*#t Najib supaya beliau menyokong Mukhriz.
Media melaporkan hari ini bahawa Mahathir mempertahankan Najib Tun Razak yang mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Beliau berkata Najib tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu semalam adalah kerana faktor calon.

“Sebahagian daripada sebab mereka (pengundi) tidak menyokong BN ialah kerana mereka tidak suka kepada calon,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia di Kompleks Sukan Bangsar di sini hari ini.

45,000 PEKERJA KEHILANGAN KERJA, APA TINDAKAN KERAJAAN ~ Ref Malaysiakini

Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina hujung bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji.
Memang tidak dinafikan masalah pembuangan kerja akan semakin ketara dalam beberapa bulan akan datang. Malangnya kita belum nampak tindakan drastik dan terancang kerajaan BN bagi menghadapi masalah ini.
Menteri berkenaan nampaknya sedar akan perkara ini, namun beliau dilihat hanya memaklumkan bilangan pekerja yang akan kehilangan pekerjaan tetapi tidak membentangkan program atau jalan penyelesaian kepada masalah ini.
Bagi saya apa yang penting kerajaan mesti merangka satu kaedah dan program yang akan dapat membantu semua pekerja yang malang ini. Mungkin khidmat nasihat, kaunseling dan sebagainya boleh diberikan kepada mereka di samping mencari pekerjaan baru atau menyediakan geran untuk mereka memulakan perniagaan.
Jangan kita hanya tunggu dan lihat. Apabila sampai keadaan meruncing barulah terkial-kial mencari jalan penyelesaiannya. Malangnya sudah acap kali kerajaan BN gagal menangani masalah pembuangan pekerja ini seperti yang kita lihat pada tahun 1987, 1997 dan kini 2009.
Apakah kerajaan BN mahu mengulangi kesilapan lampau??

PAS DAN PR JANGAN ANGKUH - TOK GURU ~ Ref Malaysiakini

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin PAS dan komponen Pakatan Rakyat tidak mengeluarkan kenyataan yang angkuh berikutan kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam.
Tok Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mengeluarkan kenyataan negatif seperti itu tidak akan membawa gambaran yang baik kepada parti dan menjejaskan persepsi masyarakat terhadap PAS.

"Jangan buat kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan kerana tujuan kita buat kerja (memperjuangkan parti) adalah kerana dakwah.

"Kalau dia (pihak lawan) terluka, kita nak paut (pikat semula) dia tidak boleh. Jadi kita kena ingat, kerja kita adalah untuk akhirat," katanya di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Tok Guru yang bersyukur dengan kemenangan PAS itu berkata kemenangan itu adalah petanda perjuangan PAS mula difahami oleh semua kaum termasuk penyokong DAP.

Beliau berkata ini menunjukkan yang mereka memahami bahawa PAS dan Islam tidak menolak kemajuan seperti digembar-gemburkan oleh pihak tertentu sebelum ini.

Ini dibuktikan sendiri dengan kemajuan dan pembangunan yang dibawa PAS di Kelantan mengikut acuan Islam sejak 1990, katanya. BERNAMA

BN KALAH : PAK LAH PUNCANYA~ Ref Malaysiakini

Mahathir menuding jari mempersalahkan cucu ulama', Dollah Badawi atas kekalahan memalukan BN pada PRK Kuala Terengganu semalam.

Segala-galanya salah Dollah. Bukankah AlNajib yang menjadi 'panglima perang' di sana bukan Dollah. Bukankah AlNajib yang merangka strategi 'perang' dan menyerang dan bertahan ketika berhadapan dengan jentera 'tawadhuk' PAS dan PR.

Bukankah segala habuan dunia dan nafsu dilambakkan di sana oleh AlNajib dan kuncu-kuncunya. Mengapa Dollah pula disalahkan 100 %.

Bukankah Mahathir juga bersalah kerana saya rasa beliau sekalipun tidak turun membantu calon 'mesra rakyat' BN, Wan Farid Wan Salleh suku sakat Wan Mahmud, pegawai British yang bersama-sama menentang Allahyarham Hj Abdul Rahman Limbong.

Mengapa setelah BN kalah baru Mahathir menuding jari menyalahkan cucu ulama' ini sedangkan anak Tun Razak dibiarkan senyum kambing sepuas-puasnya walaupun kekalahan BN juga berpunca dari beliau.Mengapa Mahathir tidak mengarahkan anaknya, Muhkriz supaya tidur baring makan pakai di Kuala Terengganu sepanjang kempen. Adakah Mahathir takut anak kesayangan Intan Payungnya itu di'ganyang' oleh orang Tionghua Kampung Cina dan Pulau Kambing yang marah kerana kenyataan Mukhriz tentang sekolah Cina.

Mahathir berkata hari ini, Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan jika parti itu jika ingin memastikan kejayaan dicapai dalam pilihan raya akan datang.Menurutnya kekalahan BN di tangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam adalah berpunca daripada kebencian rakyat terhadap kepimpinan parti itu.

"Semua orang tak suka kepada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan calon pilihannya."Sebahagian daripada sebab mereka tidak meyokong (BN) ialah kerana mereka tidak suka kepada calonnya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia Menentang Penindasan Rakyat Palestin di Kuala Lumpur.

Pada saya Mahathir juga bersalah, cucu Ulama' Dollah Badawi juga bersalah dan anak Tun Razak juga bersalah.

TEMAN-TEMAN AYUH TINGGALKAN UMNO/BN, MEREKA SUDAH TIDAK RELEVAN ~ Ref Malaysiakini

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya segera meninggalkan Umno, MCA, MIC, Gerakan dan BN kerana terbukti parti perkauman tersebut sudah tidak relevan lagi pada zaman serba canggih ini.
Bayangkanlah wahai teman-teman, walaupun ratusan juta duit diumpan dan dijanjikan kepada pengundi Kuala Terengganu namun semua itu tidak diendahkan oleh mereka. PAS dan PR tetap menjadi pilihan mereka. Ini kerana mereka tahu bahawa Umno/BN sudah tidak relevan, berpenyakit, berkurap, tidak jujur, zalim dan penipu.
Duit royalti minyak dengan mock up cheque RM408,600; peruntukan jutaan ringgit untuk bina masjid; ang pow RM300 seorang untuk pengundi cina; projek menurap jalan mee segera; bantaun itu bantuan ini; projek-projek mee segera lain; duit-duit cash untuk pengundi; upah petugas BN, projek-projek mee segera untuk kontraktor kelas F dan sebagainya mungkin mencecahkan sehingga bilion ringgit. Duit bagaikan air untuk pemimpin BN. Mana mereka dapat duit tersebut ...lu fikir lah sendiri.
Semua itu gagal meyakinkan pengundi Kuala Terengganu kerana mereka tahu BN, calon BN dan pemimpin BN semuanya 'malaun' yang tidak boleh dipercayai lagi. Kalau tidak kerana rasuah wang kepada pengundi; ugutan kepada pegawai kerajaan; rasuah projek untuk kontraktor dan sebagainya saya yakin BN sudah tentu tewas dengan lebih teruk mungkin majoritinya melebihi 10,000. BN juga dibantu dengan undi percuma dari pengundi Pos yang sebahagian besarnya Polis dan Tentera yang dari dulu, kini dan selamanya diragui ketelusannya.
Maka sedarlah teman-teman jika pengundi Kuala Terengganu sudah memberikan isyarat kepada BN bahawa mereka sudah tidak relevan, jadi apa tunggu lagi mari sama-sama kita berhijrah menyertai PAS, PKR atau DAP.
Mari kita sama-sama sebuah negara yang bebas dari rasuah, kronisme, kezaliman, penindasan dan bebas dari pemimpin yang hanya membuncitkan perut masing-masing serta juga sentiasa berusaha untuk memuaskan nafsu mereka sahaja dengan tidak menghiraukan kebajikan dan kesusahan rakyat.

'DOSA' WAN FARID KEPADA ALLAHYARHAM RAZALI BERBALAS ~ Ref Malaysiakini

'Dosa' bekas calon BN, Wan Farid Wan Salleh yang tewas dengan pukulan KO semalam kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail di bayar dengan 'cash' oleh rakyat Kuala Terengganu.

Semua orang Kuala Terengganu terutama ahli dan penyokong Umno tahu, Wan Farid dan kekandanya berhempas pulas bekerja siang malam untuk menewaskan Allahyarham Razali pada pemilihan Bahagian Umno Kuala Terengganu tahun lalu. Wan Farid berusaha gigih dengan apa juga cara samada halal dan haram untuk memenangkan abangnya Wan Hisham yang ditentang oleh Allahyarham Razali. Akhirnya dengan segala 'instrument' dan taktik kotor Razali tumbang.
Maka bergembiralah kedua-dua adik beradik ini yang seolah-olah menjadikan Umno sebagai harta pusaka mereka.

Bukan itu sahaja habis segala suku sakat kawan-kawan Allahyarham Razali dicantas dari menjadi AJK Bahagian. Semuanya tewas dengan mainan politik wang yang dahsyat. Walaupun tidak ada yang ditangkap oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno, semua orang Umno tahu Wan Farid menang dengan menggunakan kekuatan kewangan.
Bukan itu sahaja ada pihak yang mendakwa Allahyarham Razali juga tidak dilantik menjadi AJK tambahan Umno bahagian Kuala Terengganu. Tetapi ini dinafikan oleh Yang Bersalah (YB) Wan Farid.
Akhirnya semalam baru Wan Farid sedar bahawa duit dan kuasa tidak dapat membeli segalanya. Kalau beliau berjaya membeli perwakilan di mesyuarat agung Umno Kuala Terengganu suaya mengundi calon kroninya, pada pengundian semalam rakyat menghukumnya dengan hukuman yang amat memalukan beliau dan BN serta Umno.
Rakyat memberikan pukulan KO kepada Wan Farid, Najib, BN dan Umno.
'Dosa' yang dibuat oleh Wan Farid dibalas oleh saudara-mara, sahabat handai, rakan taulan dan penyokong Allahyarham Razali.
Sesungguhnya kekalahan Wan Farid semalam membuktikan bahawa kesombongan dan kebongkakan BN dan pemimpinnya serta mungkin juga calonnya amat dibenci oleh rakyat.

UMNO SEMAKIN BERCELARU DAN BERPECAH BELAH ~ Ref Malaysiakini

Kekalahan BN di Kuala Terengganu membuktikan bahawa Umno semakin bercelaru bagaikan retak menanti belah. Bukan sahaja Umno Terengganu yang semakin terserlah masalahnya, bahkan Umno di peringkat pusat juga semakin teruk perpaduannya.

Bermula dengan masalah memilih calon, dimana Menteri Besar Terengganu mempunyai calonnya sendiri iaitu Zuber Embong tetapi dinafikan oleh Presiden Umno yang mahu kroni dan 'wak yek'nya iaitu Wan Farid menjadi calon. Najib juga sebenarnya tidak setuju dengan pemilihan Wan Farid tetapi terpaksa akur kerana memang sikap Najib dari dahulu pengecut dan lembik hanya mengikut sahaja apa yang Pak Lah minta.
Akhirnya setelah BN kalah masing-masing menuding jari menyatakan kekalahan disebabkan kesalahan si anu dan si anu.
Ahmad menyalahkan Pak Lah, Pak Lah menyalahkan Najib.
Kita dapat melihat bagaimana teruknya perbalahan dalam Umno. Kem Idris Jusoh terus bermusuhan dengan Kem Ahmad Said. Idris Jusoh datang berkempen di Kuala Terengganu hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Khairy juga tidak seagresif semasa di PRK Ijok. Walaupun Wan Farid tergolong dalam geng tingkat 4 namun mungkin juga Khairy tidak berkempen sepenuh hati kerana beliau mahu rekod Najib tercalar dengan kekalahan di PRK Kuala Terengganu yang mana Najib adalah kepala perangnya.
Akhirnya yang menjadi mangsa adalah Wan Farid, 'pengantin' yang dari awal lagi tidak ada serinya. Terpaksa berdepan dengan 'pengantin' PAS yang memang karektornya mudah mesra, friendly dan berpengalaman.
Wan Farid kehilangan jawatan Timbalan Menteri dan Senatornya dalam sekelip mata.
Memang Wan Farid ini jenis manusia degil yang tidak mendengar cakap. Saya telah berkali-kali menasihati beliau supaya berundur dari menjadi calon BN namun mungkin nasihat saya di blog ini tidak dibaca beliau. Tetapi saya yakin hati kecil beliau sendiri sangsi dan bimbang takut kalah. Akhirnya nafsunya untuk menjadi calon menjahanamkan jawatan dan rekodnya.
Kini rekod politiknya tercalar teruk tewas pada Pilihanraya Kecil yang kononnya BN adalah favourite. Semua ini gara-gara perbalahan dalaman Umno yang bagaikan retak menanti belah, telur dihujung tanduk.
Selamat Pencen untuk Wan Farid. Namun saya yakin beliau tetap kaya raya dan senang lenang dengan projek keliling pinggang serta harta dunia berlunggun-lunggun.

BN !!! HENTIKAN KEZALIMAN DAN PENINDASAN KEPADA RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Kemenangan PAS mewakili PR di Kuala Terengganu besar ertinya bagi rakyat Malaysia. Moga-moga dengan kemenangan gemilang dan bergaya ini dapat menyedarkan kerajaan BN dan pemimpin BN yang bongkak supaya menilai semula penindasan dan kekejaman yang mereka lakukan kepada rakyat selama ini. Ingatlah bahawa rakyat tidak selamanya boleh diperbodoh dan di tindas oleh kerajaan BN. Antara kekejaman, penindasan dan sikap tidak cerdik dan dungu BN ialah ;-

1) Undang-undang Islam hanya untuk nikah, kahwin dan faraid sahaja.

2) Meneruskan undang-undang zalim ISA keatas rakyat sendiri tanpa bicara dan peluang bela diri

3) Meneruskan dasar PPSMI

4) Membiarkan harga barangan terus tinggi tanpa tindakan drastik

5) Tidak mengambil langkah tegas terhadap kekejaman Israel malah menahan rakyat yang berdemo membantah kekejaman Yahudi serta masih tetap mahu meneruskan FTA

6)Meneruskan AUKU dan menekan mahasiswa dalam pilihanraya kampus

7)Meneruskan diskriminasi kepada 5 kerajaan negeri PR

8) Rasuah, kroni, nepotisme berleluasa

9) Kekayaan hanya berlegar di kalangan suku sakat mereka

10) Undang-undang hanya dikenakan kepada rakyat jelata sedangkan 'jerung dan paus' terlepas.

dan banyak lagi ..............

KOMEN TETAMU TENTANG SIKAP PENGUNDI TIONGHUA ~Ref Malaysiakini

Alias Mohd Yusof said...
Orang Cina adalah pengundi yang bijak. Mereka ada strategi dalam mengundi. Mereka mengundi mengikut manafaat yang bakal mereka dapat.Isu hudud yang dimainkan oleh BN juga telah berjaya menjauhkan mereka dari mengundi PAS.Samalah seperti kalau kita mengajak orang bukan Islam masuk Islam dengan mengatakan kalau nak masuk Islam kena bersunat dulu. Tentu mereka akan cabut lari.Sudah tentu isu hudud ini akan keluar lagi bila nak menjelang pilihanraya, memang senjata yang berkesan kepada BN.Bijak juga si KJ itu. PAS terperangkap dengan jerat dia.

Anonymous said...
Undi sedemikian masih bolih di banggakan. Pengundi Cina sebenarnya yakin PAS akan memenangi PRK tersebut dan mereka tidak selesa dengan tagline 'the king maker' kerana sifat kerajaan negeri dan pusat yang berdendam. Walaupun tidak diterjemahkan kepada undi tetapi sokongan moral semasa berkempen dan derma yang di beri amat lah membanggakan.Tidak perlu gusar, tetapi pemimpin PAKATAN RAKYAT mesti terus berkomunikasi dengan pengundi cina untuk kesedaran politik dan agenda perubahan.


Khun Pana aka johanssm said...
Dari perhatian saya bukan nya salah "taktik" .Semua penyokong Pakatang Rakyat termasuk YM RPK dan isteri , DSAI dan Wan Azizah,Lim G.E.,MB Selangor , MB Perak..semuanya diterima baik oleh rakyat dan di KT .

1- banyak yang berkerja di luar KT dan tidak akan balik ke KT buat undi sebab cuti dan sambutan Raya Tahun Baru cuma seminggu lagi.

2- Peras ugut oleh mca dan umno .Peras ugut yang dibuat oleh kumpulan /persatuan niaga China kepada perniaga China yang lain.KT ialah bandar yang kecil, dan ugutan oleh mca berjaya.perniaga tak nak ada "problem".Bukan nya dapat terima duit angpow. duit tak dapat beli undi China. Cuma ugutan itu berjaya.

3-Masyarakat China di Malaysia boleh terima dan setuju dengan PAS asal kan PAS tidak selalu pakai guna Islam. Walaupun cadangan oleh PAS itu memang ikut Islam, tapi tak perlu lah kata iaya Islam.Dan yang lain-lain itu ialah salah.

Cakap saja cadangan yang baik, dan bukan nya cadangan Islam.Tetapi petunjuk yang baik dari KT ialah Melayu yang support PAS.Dan Melayu yang akan tolak umno ke dasar laut. Syabas PR dan syabas kepada undi-undi untuk PR.Sebab undi-undi China dan India tak banyak.

Dan orang China dan orang India tak mahu di label sebagai China atau India lagi. Rata-rata mahu dilabel sebagai Orang Malaysia. Oleh kerana demikian, banyak undi rosak. lebeh 600 undi rosak.Mereka tetap pi undi, tapi rosakan undi. Tak kasi umno dan tak kasi PAS.Tidak boleh di lihat sebagai tak terima PAS, soalan nya boleh kah PAS ubah sedikit lagi untuk buat "Orang Malaysia" selesa sikit dengan PAS.Terima kasih lah kalau comment ini dibaca , di faham oleh semua orang PAS dan PR.Tahniah kepada PR menang di KT dan amat terima kasih kepada suara-suara dan undi-undi orang Malaysia dari KT.


Anonymous said...
Hi There,I think we've to be careful before drawing any conclusions:

1. How is it possible to know the EXACT number of votes from various races? If that information is available, then there's a need to reform this as it can be misused for intimidation of voters.

2. If the figures are correct, that shows the voters turnout of the chinese are extremely low, it doesn't conclude one way or the other where the sentiment is... possible conclusion is majority didn't want to come home or undecided about who to vote this round.

3. It could be a "post-election" psycological warfare by OTK, who seems more devious than previous MCA presidents to continue to drive a wedge between PR parties at the same time divert attention from MCA's failure to gain support for BN.

The sentiments on the ground are shifting, the chinese are displaying more courage to go against threats & intimidations, especially the older generation, judging by turnouts as well as donations.

So take the positives away from this election, continue to work together and work well, show the rakyat not just in KT but the rest of Malaysia, PR is viable and cohesive, the change will come. We've come a long way in 12 months overcoming the accumulated believes of 50 years, be patient a bit longer folks.

SF Yong said...
As a Chinese, I understand the dilemma of the KT Chinese voters. We do not like the many discriminations of the current government & yet we are still voting for them. Why? As it is, even if BN wins the seat, it will definitely not affect the PAKATAN coalitions as a whole but it will definitely affects the KT Chinese & Indians should the current state administration becomes vengeful as they have openly hinted at. Everyone leaves after the election & Who's going to come back & help. I believe the non Malays will bide their time & the next GE will definitely see a massive swing to the opposition. That's what I would do if I'm a KT voter.

BN KETINGGALAN ZAMAN ~ Ref Malaysiakini

Corak kempen tradisional seperti fitnah memfitnah, ugutan, rasuah, janji pembangunan, projek mee segera, penggunaan media, penyalahguaan jentera kerajaan dan lain-lain ternyata sudah ketinggalan zaman dan sudah tidak menarik minat pengundi.
Malangnya BN dan pemimpinnya yang tertinggal dari arus kemodenan dan ketamadunan manusia terus menggunakan taktik kuno tersebut yang sebenarnya sudah tidak relevan lagi pada hari ini.
Sikap pemimpin BN yang tidak mahu berubah dan kolot dihukum oleh pengundi Kuala Terengganu yang ternyata lebih cerdik dan pintar dari pemimpin BN seperti 'Panglima Perang' mereka di Kuala Terengganu iaitu Najib Tun Razak.
Sesungguh zaman ini di era serba canggih ini BN sudah tidak relevan manakala pemimpin-pemimpin BN khasnya Umno sepatutnya telah di'bekukan' dan di simpan di muzium politik.

KEDUA-DUA POLL DI BLOG INI TEPAT ~ Ref Malaysiakini

Pendapat dan ramalan tetamu blog ini bahawa calon PAS, Hj Wahid Endut akan menang dan Wan Farid tidak berani berdebat dengan dalam isu royalti minyak adalah tepat.

Dalam poll SIAPAKAH CALON PILIHAN ANDA? Hj Abdul Wahid Endut meninggalkan Wan Farid bagai langit dengan bumi di mana Hj Wahid mendapat 90 % poll berbanding Wan Farid hanya memperolehi 5 % poll sahaja.

Dalam Poll BERANIKAH WAN FARID BERDEBAT DENGAN WAHID? 90 % Tetamu berpendapat bahawa Wan Farid tidak berani.

Nampaknya para tetamu sekalian mempunyai pandangan yang tajam dan tepat tentang kedua-dua isu ini.

PRK KT : PENGUNDI TIONGHUA TERENGGANU TOLAK PAS ~ Ref Malaysiakini

Keyakinan tinggi bahawa PAS akan berjaya menawan hati pengundi Tionghua Kuala Terengganu tidak menjadi kenyataan apabila PAS tewas di semua peti undi yang majoritinya pengundi Tionghua.

Peti Undi Kampung Cina di mana 82.6 % pengundinya kaum Tionghua PAS hanya memperolehi 668 undi sedangkan BN memperolehi 1,125 undi. Satu kekalahan teruk dengan majoriti 457. Kekalahan ini lebih teruk dari PRU 2008 di mana PAS tewas dengan 396 undi sahaja.

Peti Undi Pulau Kambing BN mendapat 1,123 undi PAS hanya mendapat 958 undi.

Peti Undi Pejabat Bandaran, PAS tewas dengan majoriti 200 undi di mana BN mendapat 861 undi manakala PAS memperolehi 681 undi.

Peti Undi Paya Bunga pula menyaksikan BN menang bergaya dengan mendapat 969 undi berbanding PAS yang hanya memperolehi hanya 759 undi).

Dari keputusan di atas ternyata kerja keras jentera Kelab Penyokong PAS, DAP, PKR serta PAS Kelantan yang berkampung di kesemua peti undi di atas tidak memberikan impak yang besar kepada sokongan pengundi Tionghua kepada PAS.

Sedangkan sebelum hari pengundian PR begitu yakin mereka akan mendapat membuat kejutan di kesemua peti-peti undi majoriti Tionghua.

Pemimpin-pemimpin besar DAP dan PKR seperti YAB Lim Guan Eng, YB Lim Kit Siang, YB Anwar Ibrahim dan lain-lain semuanya berkampung di sana dan masyarakat setempat juga memberikan sambutan yang hebat dan diluar dugaan. Namun begitu mereka tidak berani menterjemahkan sikap dan sokongan mereka di dalam peti-peti undi.

Suatu post mortem yang rapi dan menyeluruh mesti dilakukan bagi mengenalpasti sebab musabab mengapa pengundi Tionghua Terengganu masih sangsi dan takut-takut untuk mengundi PAS berbanding dengan rakan-rakan di mereka di Pantai Barat khususnya di Selangor, Perak dan Kedah.


PAS juga mesti mengkaji dan menilai apakah taktik dan strategi yang digunakan oleh BN sehingga mampu mengekalkan sokongan kaum Tionghua Terengganu kepada mereka. Samada taktik dan strategi itu mengikut lunas-lunas undang-undang atau bertentangan dengannya mesti dikaji untuk kita menyekat kemaraan BN di peti-peti undi Tionghua pada mana-mana pilihanraya akan datang.

NAJIB MESTI LETAK JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Kekalahan BN di Kuala Terengganu benar-benar memberi tamparan hebat kepada Najib Tun Razak. Beliau yang menjadi kepala perang kepada BN dilihat gagal menyakinkan rakyat untuk mengundi BN.
Sebagai kepala perang BN sudah tentu segala taktik dan strategi BN datang dari kepala otak beliau atau dari 'jeneral-jeneral' yang lain dan dipersetujui oleh beliau.

Antara tindakan bodoh BN yang jelas memualkan rakyat seperti melonggokkan Polis yang berjumlah 10,000 orang; penggunaan jentera kerajaan tanpa segan silu; pelacuran media yang menghentam rapat PAS dan PR; janji pembangunan yang menjijikkan; rasuah yang menghina rakyat; ugutan yang tidak masuk akal; penyalahgunaan kuasa oleh orang atasan dan agensi kerajaan; samseng jalanan BN; kebongkakan dan kesombongan jentera BN dan lain-lain. Semua ini sudah tentu direstui oleh Najib sebagai kepala perang BN.

Terbukti bahawa Najib tidak layak untuk memimpin negara kita kerana beliau masih jumud dengan cara dan tindakan seorang kepala perang ala 70-an dan 80-an yang sudah ketinggalan zaman. Rakyat sudah tidak mahu melihat kepada pembangunan mee segera; media yang berat sebelah dan penggunaan jentera kerajaan bagaikan harta pusaka BN. Rakyat mahu melihat program dan perancangan parti dan calon jika menang. Rakyat mahu melihat parti dan calon yang bersedia untuk menjamin kedaulatan mereka dalam isu ekonomi, harga barang, PPSMI dan sebagainya.

Sesungguh zaman untuk berjanji untuk membuat masjid, bangunan dan sebagainya sudah berakhir. Zaman untuk memfitnah calon lawan untuk menang di kaca-kaca TV dan surat khabar sudah tidak relevan. Rakyat sudah cerdik dan pandai, jauh lebih cerdik dari pemimpin BN. Mereka mencari sumber lain seperti laman web, blog dan sebagainya untuk mendapat maklumat yang telus, adil dan cepat.

Dari itu sebagai seorang yang bermaruah oleh rasanya bakal Perdana Menteri ini meletakkan semua jawatannya samada dalam parti atau kerajaan kerana terbukti beliau adalah pemimpin yang ketinggalan zaman sudah ditelan masa dan keadaan. Beliau tidak mampu merubah dirinya seiring dengan perkembangan pemikiran rakyat dan kecanggihan tamadun dunia,. Kita bimbang jika beliau memimpin Malaysia nanti negara kita akan ketinggalan dari arus tamadun manusia dan kecanggihan pemikiran rakyat yang dipimpinnya.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter