Umno semakin kusut masai selepas kekalahan BN pada PRK Kuala Terengganu Sabtu lalu. Seperti biasa apabila BN tewas, Umno sebagai tunjang kepada BN akan bergolak kerana masing-masing menyalahkan antara satu sama lain sebagai punca kepada kekalahan tersebut.
Dr Mahathir yang bukan ahli Umno juga mengambil kesempatan untuk menangguk di air keroh mencari mangsa dan pada yang sama menggunakan 'peluru' yang ada untuk menembak musuh politiknya dan cuba menaikkan anaknya.
Kali ini beliau menuduh kekalahan 100 % berpunca dari Dollah. Manakala Najib yang bertanggungjawab kepada operasi PRK itu dipuji dan dipertahankan oleh beliau.
Pak Lah dalam kenyataan pertamanya mengenai pilihanraya itu tidak menyalahkan sesiapa. Namun mungkin Pak Lah sedangkan mencari idea untuk membalas serangan dan tembakan Mahathir.
Najib yang sepatutnya bertanggungjawab dengan kekalahan tidak juga memberikan alasan dan sebab kekalahan tersebut. Tetapi yang pasti Najiblah yang sepatutnya mengaku akan kelemahan dan kelembapan memandu jentera BN sehingga dimalukan oleh Pakatan Rakyat dengan pukulan KO.
Saya yakin Umno akan terus bergolak dan mungkin ada suara-suara sumbang yang mahukan Najib juga mengundur diri atas kegagalan beliau di Kuala Terengganu. Yang pasti sekarang Pak Lah semakin tertekan dengan 'serangan' Mahathir yang menggunakan peluang ini untuk memastikan Najib naik sebagaimana yang dirancang dan juga beliau mengharapkan Najib dapat memberikan sokongan terbuka untuk anaknya Mukhriz menjadi Ketua Pemuda. Sebab itulah beliau menghentam Dollah dan dalam masa Khairy juga terpalit.
Comments
pak lah mungkin tersepit...mungkin akan melanjutkan kuasanya lagi hingga selepas mac 2009!