MELAWATI SELURUH MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Digambarkan Melaka negeri maju. Dikhabarkan Melaka negeri pelancong. Saya akan cuba menyelongkar dan menyiasat perkara ini.

Insya Allah dalam beberapa hari mendatang ini saya akan turun ke segenap pelusuk negeri Melaka untuk melihat sendiri bukti dakwaan digembar-gemburkan di atas.

Antara persoalan yang mungkin bermain di kepala saya dan tuan-tuan ialah :-

1) Apakah di Melaka tidak ada orang miskin?
2) Apakah di Melaka kemudahan asas semuanya sudah cukup lengkap?
3) Apakah di Melaka tidak ada lagi tanah terbiar?
4) Apakah di Melaka pengurusan sampahnya hebat?
5) Apakah di Melaka tidak ada penganggur?
6) Apakah di Melaka tidak ada diskriminasi?
7) Apakah di Melaka orang Melayu tidak merempat di negeri sendiri?
8) Apakah di Melaka syiar Islamnya hebat?

.......dan 1000 satu macam lagi persoalan yang mungkin terjawab dengan ekpedisi yang akan dilaksanakan nanti.

Tunggu pendedahan saya. Insya Allah.

Comments

Anonymous said…
apakah sekiranya PR memerintah boleh menyelesaikan soalan2 saudara tu?untuk komen amatlah mudah..untuk laksanakan?boleh ker?aku ni bukan UMNO mahupun PR tapi aku rakyat biasa yang menilai apa yg kerajaan lakukan.
Anonymous said…
sofi ni mmg bodo...x de kerja lain nak siasat...apsal ko x jadik polis jer.....kalau aku cakap bangang kang, ko marah....ko siasat la....
Anonymous said…
Salam sahabat, saya ni bukan Lah nak sebelah mana2 pihak, apakah perlu menjadi polis baru boleh menyiasat? Salahkah kita menyiasat untuk kebaikan bersama. Lu pikir Lah sendiri............. kwang3X
Anonymous said…
Orang kalau dah bebal, buat apa pun akan bebal juga. Ko tu bukan orang Melaka sofi oii.. yang ko sebuk sangat pasal melaka ni apahal?? ko jaga la negeri ko sendiri. Negeri sendiri dah mundur, miskin, pastu nak siasat negeri orang.. ni la orang pas mengampu paling besau dalam pejabat PJ Melaka.
saji said…
sebelum pergi, kena baca buku conservation of historical building yang menjadi rujukan conservator atas alasan negeri bersejarah tidak dapat tidak perlu dilihat dari sudut pemuliharaan atau conservation.