ISU TANAH : BN TIADA ISU TERUS SERANG NIZAR ~ Ref Malaysiakini

BN dan NGO yang menjadi boneka Umno terus menyerang Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamauddin yang kononnya memblekangkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan Raja Muda Perak.

Dalam kenytaan kepada media semalam Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Hilmi Ismail mencabar Nizar mendedahkan sama ada keputusan exco kerajaan negeri memberi hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru dicapai secara sebulat suara ataupun mendapat bantahan pihak tertentu.

Hilmi juga percaya Menteri Besar diberi nasihat oleh Tuanku Sultan sebelum perkara itu dibawa ke mesyuarat exco tetapi dalam mesyuarat exco, beliau kalah dengan suara-suara (daripada DAP) yang menguasai exco kerajaan negeri.

Hilmi menempelak Nizar berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar hari ini bahawa tiada sebab untuk beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar berhubung isu pemberian hak milik tanah kekal itu kerana beliau (Nizar) yakin perkara itu tidak mengguris perasaan Sultan Azlan dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Saya hairan mengapa NGO ini begitu sibuk dengan isu tanah ini sedangkan terbukti kerajaan Perak amat prihatin terhadap rakyat negerinya sendiri. Baru-baru kerajaan negeri telah mengurniakan tanah kepada penduduk kampung baru tanpa mengira kaum.

Sebelum itu Sekolah Cina dan Sekolah Agama Rakyat telah dikurniakan tanah yang luas bagi membantu sekolah-sekolah meneruskan operasi mereka mendidik anak bangsa.

Mengapa NGO tidak melenting dan peka dengan kegiatan pemimpin BN/Umno yang mengumpul kekayaan dari 'pintu belakang'?

Mengapa NGO ini tidak marah dengan BN/Umno yang menolak hukum Islam?

Mengapa NGO tidak melenting dengan penyalagunaan kuasa dan rasuah yang berlaku di dalam Umno dan BN?

Mengapa NGO ini tidak peka dengan masalah jenayah, maksiat dan sosial yang semakin parah di Perak dan di seluruh negara.?

Mengapa NGO ini tidak sibuk dengan keputusan kerajaan meneruskan PPSMI?

Mengapa NGO ini tidak sibuk dengan keputusan kerajaan BN menggadaikan tanah kepada Singapura di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI?

Mengapa NGO ini tidak prihatin dengan masalah murtad yang berleluasa di Perak?

Mengapa NGO ini tidak peka dengan perangani Ketua Pembangkang DUN Perak dan ADUN Pangkor yang kurang ajar?

Mengapa NGO ini tidak peka dengan kenaikan harga barang yang menindas rakyat?

Dan banyak lagi persoalan yang ingin saya lontarkan kepada mereka ...........lain kali!!!

Comments

Anonymous said…
Sampai bila orang orang UMNO/BN ini mahu menpermainkan politik perkauman untuk menutup kesalahan dan rasuah mereka sendiri?

Selama ini begitu banyak tanah diberi PERCUMA kepada kroni kroni UMNO dan orang orang kuat UMNO yang tidak bawa apa apa kebaikan kepada rakyat. Tanah tanah yang diberi PERCUMA kepada kroni kroni UMNO dan orang orang kuat UMNO itu tidak pernah diduduki oleh kroni kroni dan orang orang kuat itu, kenapa mereka diberi PERCUMA tanah tanah itu?

Tanah tanah yang diberi PERCUMA ke kroni kroni dan orang orang kuat UMNO ini, siapa yang untung?
Anonymous said…
Ko cakap boleh lah. yang ko sibuk pasal negeri orang apahal??