BN KALAH : PAK LAH PUNCANYA~ Ref Malaysiakini

Mahathir menuding jari mempersalahkan cucu ulama', Dollah Badawi atas kekalahan memalukan BN pada PRK Kuala Terengganu semalam.

Segala-galanya salah Dollah. Bukankah AlNajib yang menjadi 'panglima perang' di sana bukan Dollah. Bukankah AlNajib yang merangka strategi 'perang' dan menyerang dan bertahan ketika berhadapan dengan jentera 'tawadhuk' PAS dan PR.

Bukankah segala habuan dunia dan nafsu dilambakkan di sana oleh AlNajib dan kuncu-kuncunya. Mengapa Dollah pula disalahkan 100 %.

Bukankah Mahathir juga bersalah kerana saya rasa beliau sekalipun tidak turun membantu calon 'mesra rakyat' BN, Wan Farid Wan Salleh suku sakat Wan Mahmud, pegawai British yang bersama-sama menentang Allahyarham Hj Abdul Rahman Limbong.

Mengapa setelah BN kalah baru Mahathir menuding jari menyalahkan cucu ulama' ini sedangkan anak Tun Razak dibiarkan senyum kambing sepuas-puasnya walaupun kekalahan BN juga berpunca dari beliau.Mengapa Mahathir tidak mengarahkan anaknya, Muhkriz supaya tidur baring makan pakai di Kuala Terengganu sepanjang kempen. Adakah Mahathir takut anak kesayangan Intan Payungnya itu di'ganyang' oleh orang Tionghua Kampung Cina dan Pulau Kambing yang marah kerana kenyataan Mukhriz tentang sekolah Cina.

Mahathir berkata hari ini, Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan jika parti itu jika ingin memastikan kejayaan dicapai dalam pilihan raya akan datang.Menurutnya kekalahan BN di tangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam adalah berpunca daripada kebencian rakyat terhadap kepimpinan parti itu.

"Semua orang tak suka kepada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan calon pilihannya."Sebahagian daripada sebab mereka tidak meyokong (BN) ialah kerana mereka tidak suka kepada calonnya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia Menentang Penindasan Rakyat Palestin di Kuala Lumpur.

Pada saya Mahathir juga bersalah, cucu Ulama' Dollah Badawi juga bersalah dan anak Tun Razak juga bersalah.

Comments

Anonymous said…
Pi dah yang hampa pi bagi tanah asal orang melayu kat cina di perak pasai apa,pasai DAP cucuk hidung Nizar jadi boneka DAP. Ni saudara tenong dan pikiak habih habih ucapan DYMM Raja Muda Perak, semasa penutupan kongress ekonomi islam baru baru ni. Lepaih tu pi cermin muka tengok hang ni melayu ka apa. Hampa PAS ni hampaih dengan karpal singh dok hina hudud hampa boleh kawan dengan depa lagi. Pi dah.......
ajip said…
biarlah che det tu

dia masih dalam denial mode....masih ingat najib sangat bagus.....denial mode mahathir ni akan melengkapkan kekalahan bn di pru akan datang