18 January 2009

PASCA PRK KT : PR MAKIN MANTAP, TUBUHKAN MAJLIS MB & KM ~ Ref Malaysiakini

Dengan semangat kemenangan Kuala Terengganu negeri-negeri PR hari ini melangkah dengan lebih gagah apabila menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.

Majlis yang telah ditunggu-tunggu sejak lama penubuhannya, akhirnya menjadi kenyataan. Tidak syak lagi ia menjadi mimpi ngeri buat BN yang sememangnya mengharapkan parti-parti dalam PR berpecah dan membawa haluan masing-masing.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada DAP, PKR dan PAS di atas penubuhan majlis yang amat mustahak ini.

Sesungguhnya penubuhan ini amat menggembirakan rakyat kelima-lima negeri PR dan seluruh penyokong PR yang sentiasa mendoakan PR terus mantap dan hebat.

Media hari ini melaporkan bahawa Mesyuarat Majlis MB/KM akan diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.

"Pengistiharan Seri Mentaloon" iaitu pengisytiharan penubuhan majlis itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mesyuarat berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah "Seri Mentaloon" dan dipengerusikan oleh Abdul Khalid.

Azizan kemudianya memberitahu pemberita, kedua-dua majlis berkenaan adalah berupa wadah untuk PR menyelesaikan sebarang isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Lim berkata majlis tersebut akan mengurangkan semangat kenegerian antara negeri yang dikuasai PR selain menjadi landasan untuk berkongsi pengetahuan, maklumat dan pengalaman.

Abdul Khalid pula berkata penubuhan kedua-dua majlis akan menjadi nilai tambah untuk memantapkan pengurusan negeri dan merapatkan jurang pendapat dan sekaligus mengurangkan salah faham dalam PR.

Syabas PR.

3 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter