PASCA PRK KT : PR MAKIN MANTAP, TUBUHKAN MAJLIS MB & KM ~ Ref Malaysiakini

Dengan semangat kemenangan Kuala Terengganu negeri-negeri PR hari ini melangkah dengan lebih gagah apabila menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.

Majlis yang telah ditunggu-tunggu sejak lama penubuhannya, akhirnya menjadi kenyataan. Tidak syak lagi ia menjadi mimpi ngeri buat BN yang sememangnya mengharapkan parti-parti dalam PR berpecah dan membawa haluan masing-masing.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada DAP, PKR dan PAS di atas penubuhan majlis yang amat mustahak ini.

Sesungguhnya penubuhan ini amat menggembirakan rakyat kelima-lima negeri PR dan seluruh penyokong PR yang sentiasa mendoakan PR terus mantap dan hebat.

Media hari ini melaporkan bahawa Mesyuarat Majlis MB/KM akan diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.

"Pengistiharan Seri Mentaloon" iaitu pengisytiharan penubuhan majlis itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mesyuarat berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah "Seri Mentaloon" dan dipengerusikan oleh Abdul Khalid.

Azizan kemudianya memberitahu pemberita, kedua-dua majlis berkenaan adalah berupa wadah untuk PR menyelesaikan sebarang isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Lim berkata majlis tersebut akan mengurangkan semangat kenegerian antara negeri yang dikuasai PR selain menjadi landasan untuk berkongsi pengetahuan, maklumat dan pengalaman.

Abdul Khalid pula berkata penubuhan kedua-dua majlis akan menjadi nilai tambah untuk memantapkan pengurusan negeri dan merapatkan jurang pendapat dan sekaligus mengurangkan salah faham dalam PR.

Syabas PR.

Comments

acik71 said…
Klu bole pr buat satu kabinet bayangan untuk peringkat pusat,ianye bole selesaikan ape2 jua masaalah di negeri2 malah untuk negara juga
Anonymous said…
semuga PR akan memerintah negara yang tercinta ini sebelum aku menutup mata.....aminnnnnnn
Anonymous said…
yup...cuma ana mengharapkan satu hari nanti akan hadir km form melaka..maaf saya ckp..saya pun org melaka..saya masih belum dapat merasa aura pr kat melaka nie...saya faham km kite sanggat benci ka hijau..saya pun pernah lihat ceramah gha digangu oleh ali ketam..semasa kempen..dimana ada ceramah pas disitu ada ceramah bn..agak kurang ajar ali ketam nie..cuma di melaka byk talam dua muka..ayah sudah dua kali terkena..pertama org yang ajak dia masuk pas..sampai ayah dah masuk tetiba dia masuk umno..huh..ayah saya terkejut gile..tapi tetap dgn pas..sekali lagi ayah terkena dgn kawan dia..ayah selalu cerita ttg pas dengan dia..dan dia ada jawatan dalam pembangkang..sampai suatu hari..dia minta ayah ada ic untuk daftar dlm umno..huh..ayah saya terkejut beruk..ayah cuma boleh ckp yang ayah dah daftar masa muda..smpi skang ayat takan cite apa2 ttg politik dgn org lain...sebab ayah kakitangan kerajan..dan kawan2 ayah yang sokong pas..semua dah kena tukau..ada yang kena tahan gaji dan jawatan..cume saya generasi muda mahu melihat satu perubahan dimelaka..saya harap sanggat semua jentera pas di melaka berkerja dgn lebih gigih..cuma anda saudara dan jasin daily jer yang update web and blog nie..yg lain..hampeh..saya mahu melihat aura pas dimelaka..insyallah..saya akan daftar sebagai ahli pas tak lama lagi..selepas saya habis belajar..akhir kata..TAKBIR!!!