2009, TAHUN PEMILIHAN KEPIMPINAN BARU PAS SESSI 2009/2011 ~ Ref Malaysiakini

Mesyuarat Agong PAS di setiap peringkat samada cawangan, kawasan, Dewan-Dewan dan Pusat pada kali ini akan melibatkan perlantikan 'kabinet' baru. Seperti biasa ahli mempunyai kuasa dan peluang untuk memilih sesiapa yang sahaja yang mereka rasakan berupaya dan berkemampuan untuk menjadi Ketua.

Seperti yang kita semua sedar dan insaf bahawa di dalam Islam kepimpinan adalah amanah yang besar yang bukan untuk bermegah tetapi ia merupakan suatu tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T.

Saya yakin tidak sebagaimana pemilihan dalam Umno yang penuh dengan penipuan, rasuah, ugutan dan penyelewengan pemilihan dalam PAS akan sentiasa tenang, aman dan berjalan dalam suasana harmoni dan setiakawan. Ini bezanya parti Islam dan parti Nafsu seperti Umno.

Tidak ada lobi-melobi, rasuah-merasuah dan tipu menipu. Tidak baling kerusi, tutup lampu, mesyuarat palsu, halang ahli hadiri mesyuarat, pertengkaran dan perbalahan dalam mesyuarat agong pada setiap peringkat. Mana ada parti berasaskan nafsu yang sebegitu semuanya hanya ber'tuhan'kan nafsu yang akhirnya bila nafsu tidak dapat dipenuhi maka keluarlah pula 'nafsu' amarah pada setiap kali mesyuarat.

Kepada semua perwakilan yang akan memilih kepimpinan baru pilihlah pemimpin yang berwibawa, bertaqwa, berilmu, komited dan mampu membawa perubahan kepada PAS iaitu perubahan yang tidak baik kepada baik atau dari baik kepada lebih baik.

Allahu Akhbar. Selamat bermesyuarat dan bermuktamar.

Comments