Sudah banyak kali Polis melakukan kekejaman di tahanan. Dari sebesar-besar pangkay sehingga bapak segala bapak Polis bertindak kejam kepada tahanan.
Kes paling ketara bagaimana Bapak kepada segala Polis iaitu Rahim Noor memukul Anwar Ibrahim sehingga separuh mati.
Kes tahanan di dera dan dicederakan memang tidak boleh dikira. Cuma tiada pendedahan sahaja yang menyebabkan ramai dari Polis yang mendera ini terlepas dan bermaharajalela.
Terbaru seorang pemuda India bernama Kugan, 22, ditahan reman sejak minggu lepas kerana didakwa terlibat dalam kes samun kereta mewah, sebelum meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 11 pagi Selasa lalu.
Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya akibat paru-paru berair.
Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - di mana A Kugan meninggal dunia dalam tahanan polis - telah dipindahkan serta merta semalam.
Menurut akhbar New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka kini ditempatkan melakukan kerja-kerja pejabat di ibupejabat polis kontinjen di Petaling Jaya.
Comments