Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya segera meninggalkan Umno, MCA, MIC, Gerakan dan BN kerana terbukti parti perkauman tersebut sudah tidak relevan lagi pada zaman serba canggih ini.
Bayangkanlah wahai teman-teman, walaupun ratusan juta duit diumpan dan dijanjikan kepada pengundi Kuala Terengganu namun semua itu tidak diendahkan oleh mereka. PAS dan PR tetap menjadi pilihan mereka. Ini kerana mereka tahu bahawa Umno/BN sudah tidak relevan, berpenyakit, berkurap, tidak jujur, zalim dan penipu.
Duit royalti minyak dengan mock up cheque RM408,600; peruntukan jutaan ringgit untuk bina masjid; ang pow RM300 seorang untuk pengundi cina; projek menurap jalan mee segera; bantaun itu bantuan ini; projek-projek mee segera lain; duit-duit cash untuk pengundi; upah petugas BN, projek-projek mee segera untuk kontraktor kelas F dan sebagainya mungkin mencecahkan sehingga bilion ringgit. Duit bagaikan air untuk pemimpin BN. Mana mereka dapat duit tersebut ...lu fikir lah sendiri.
Semua itu gagal meyakinkan pengundi Kuala Terengganu kerana mereka tahu BN, calon BN dan pemimpin BN semuanya 'malaun' yang tidak boleh dipercayai lagi. Kalau tidak kerana rasuah wang kepada pengundi; ugutan kepada pegawai kerajaan; rasuah projek untuk kontraktor dan sebagainya saya yakin BN sudah tentu tewas dengan lebih teruk mungkin majoritinya melebihi 10,000. BN juga dibantu dengan undi percuma dari pengundi Pos yang sebahagian besarnya Polis dan Tentera yang dari dulu, kini dan selamanya diragui ketelusannya.
Maka sedarlah teman-teman jika pengundi Kuala Terengganu sudah memberikan isyarat kepada BN bahawa mereka sudah tidak relevan, jadi apa tunggu lagi mari sama-sama kita berhijrah menyertai PAS, PKR atau DAP.
Mari kita sama-sama sebuah negara yang bebas dari rasuah, kronisme, kezaliman, penindasan dan bebas dari pemimpin yang hanya membuncitkan perut masing-masing serta juga sentiasa berusaha untuk memuaskan nafsu mereka sahaja dengan tidak menghiraukan kebajikan dan kesusahan rakyat.
Comments