24 January 2009

BEKERJA SIANG MALAM HADAPI PRK PEN-SIANG-AN ~ Ref Malaysiakini

Setelah PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, kini kemungkinan besar akan berhadapan dengan BN sekali lagi. Setelah negeri di Utara dan Pantai Timur kini tiba giliran negeri di Malaysia Timur menjadi tuanrumah 'peperangan' ini. Kali ini di Pen-SIANG-an.
Sesuai dengan namanya Pen-SIANG-an kita wajar bekerja SIANG dan malam bagi memastikan rekod bersih PR di dua pilihanraya kecil sebelum ini.
Pensiangan disebut-sebut bakal menyaksikan pilihan raya kecil dalam waktu terdekat.
Rayuan petisyen keputusan pilihan raya kecil kawasan itu dijadual didengar oleh Mahkamah Persekutuan pertengahan bulan depan.

Rayuan dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang nengisytiharkan kemenangannya tanpa bertanding bagi Parlimen Pensiangan sebagai tidak sah dan batal.

Kurup mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan 11 September lalu bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan petisyen pilihan raya dikemukakan oleh calon PKR, Danny Anthony Andipai.

Hakim David Wong Dak Wah yang membuat keputusan itu mengisytiharkan keputusan bagi Parlimen terbabit pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu sebagai tidak sah dan batal mengikut Seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada penamaan calon 24 Februari lalu, Pegawai Pilihan Raya, Bubudan Majalu mengisytiharkan Kurup menang tanpa bertanding dengan alasan Andipai lewat mengemukakan borang pencalonan.

Andipai dalam petisyennya mendakwa beliau tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.35 pagi dan membayar RM10,000 deposit calon serta RM5,000 deposit bahan pilihan raya.
Insya Allah dengan kerja kuat parti PR saya yakin rakyat Sabah akan menolak BN yang jelas berbohong, zalim dan bongkak. Mereka akan turut sama menghukum BN sebagaimana rakyat Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Hari ini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa pimpinan akar umbi Sabah, bersiap sedia di (pilihan raya kecil) Pensiangan.
Beliau juga sudah pasti akan mengharapkan seluruh jentera PR dari Semenanjung dan Malaysia Timur supaya turun habis-habisan bagi memastikan kemenangan PR.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter