PRK KT : BUKANPEMIMPIN BN LAIN SAJA YANG SALAH, NAJIB LAH SEBENARNYA PALING BERSALAH ~ Ref Malaysiakini

Bagaikan ketam mengajar anak berjalan betul, Timbalan Perdana Menteri hari ini memberi amaran kepada pemimpin BN lain agar tidak berterusan duduk dalam zon selesa.
Najib mungkin perasan bahawa beliau masih diterima oleh rakyat sehingga merasakan bahawa pemimpin lain yang ditolak rakyat. Sedangkan pemimpin yang paling dibenci oleh rakyat ialah beliau sendiri yang penuh dengan kontroversi.
Selagi pemimpin seperti beliau memimpin BN selagi itulah rakyat akan terus menjauhi BN dan menolak BN pada sebarang Pilihanraya samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.
Ternyata Najib cuba menyalahkan orang lain dengan kekalahan BN di Kuala Terengganu sedangkan penyebab kepada kekalahan itu adalah kerana kegagalan dan kelemahan beliau memimpin jentera BN.

Comments

Anonymous said…
Mat mongul tu cuma boleh selesa duduk dgn Ali ketam,sebab kedua2 tu adalah bapak ketam(sapu apa yg ada).