PASCA PRK KT : ALI RUSTAM SALAHKAN PENGUNDI DAN CARA KEMPEN PAS ~ Ref Malaysiakini

Sudah menjadi resam BN/Umno tidak mahu mengaku kelemahan dan kegagalan sendiri jika parti itu tewas dalam Pilihanraya. Kebanyakan pemimpin Umno khasnya menyalahkan pengundi dan jentera kempen PAS.
Naib Presiden Umno yang juga Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dalam kenyataanya kepada media semalam menyatakan bahawa peratusan pengundian yang rendah iaitu 79 % berbanding kira-kira 83 % pada PRU 2008 menyebabkan BN tewas.
Menurut beliau 3,000 pengundi tidak mengundi pada kali ini.
Saya ingin nyatakan bahawa dalam 'mood' rakyat yang bencikan BN/Umno sekarang jika 3,000 pengundi itu pulang dan mengundi saya yakin majoriti kemenangan PAS akan lebih besar dari apa yang diperolehi iaitu 2631 undi.
Sebilangan besar pengundi Cina dilaporkan tidak pulang mengundi kali ini. Saya yakin mereka ini pulang sudah tentu majoriti daripada mereka akan mengundi PAS.

Comments

Anonymous said…
Macamana dengan janji PAS MELAKA untuk membantu penduduk kampung kuala sungai baru yang menjadi mangsa penternakan haram Babi????

Janji nak bantu...tapi sampai sekarang tiada sebarang tindakan?????
Anonymous said…
umno dah nak masuk era pencen, uzur dan berbarah. jangan gila2 lagi nak cari salah urat orang lain...

....sdr GM, perlu bantuan Pas Melaka untuk tangani isu hewan muncung tu?

kan ada KM @ naib presiden umno ds aligostan...takkan dia xde power sikit pun nak tangani isu mencabar dia & rakyatnya tu!