KETUA MENTERIKU TERUS KETINGGALAN ZAMAN ~ Ref Malaysiakini

Di saat orang lain berfikiran jauh dan moden, Ketua Menteri ku masih berfikiran di takuk lama. Beliau berkempen di Kuala Terengganu dengan isu undi PAS masuk syurga, fitnah surat layang, janji pembangunan, projek segera dan sebagainya.

Ketua Menteriku lupa bahawa beliau berkempen di Kuala Terengganu bukannya di Melaka. Mentaliti pengundi Kuala Terengganu jauh bezanya dengan pengundi Melaka. Pendekatan di Terengganu seharusnya berbeza. Pengundi di Kuala Terengganu lebih terbuka, celik politik dan tidak mudah ditipu dan digula-gulakan.

Ketua Menteriku lupa bahawa politik di hujung era 2000 dan bakal memasuki 2010 sudah jauh berbeza dengan politik 80-an atau 90-an. Mungkin di Melaka cara berpolitik era 70-an dan 80-an masih boleh dipakai. Antara politik ugut, rasuah, janji pembangunan dan sebagainya masih relevan tetapi tidak di Kuala Terengganu.

Jelas sekali Ketua Menteriku ketinggalan zaman. Mungkin masih mempertahankan sistem berpolitik zaman muda-muda beliau.

Beliau terlupa zaman sekarang dalam zaman blog, website, friendster, youtube dan sebagainya. Rakyat bukan hanya tidak menonton TV pengampu malah mereka meluat untuk menontonnya. Mereka lebih suka mendapatkan maklumat dari media alternatif yang lebih telus, adil dan saksama.

Kalau begitu benarlah kata-kata sahabatku bahawa Ketua Menteriku ketinggalan zaman.

Comments

Anonymous said…
Salam Sahabat, apalah nak dikatakan lg pada Ali Ketam ni.... SRK dianugerah gelaran datuk kenapa dia tak terpandang arwah Sudirman, ada lebih baik anugerah yg diberi kpd SRK tu ditukar kepada arwah ni.... Ini kah yg dikatakan ketuanan melayu. Melayu dilupa, bangsa asing diagung2kan... Lu pikir la sendiri Ali ketam.....