PRK : MUNGKINKAH POLITIK KAMPUS KEMBALI TELUS ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin jika jawatankuasa Pilihanraya Kampus benar-benar adil dan tidak berpihak sudah tentu lebih banyak kampus akan ditawan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa. Namun sebagaimana tahun-tahun sudah pihak pentadbir 'bias' dan berpihak. Akhirnya keputusan yang tidak banyak berubah dilihat di kesemua kampus kecuali University Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa.
Di UM kumpulan 'pengampu' memenangi 20 kerusi, dan Pro-M memenangi 19 kerusi manakala 2 kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas. Di UIA sebagaimana tradisi kumpulan Pro-M terus mempertahankan kemenangan mereka apabila memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertanding.
Menurut keputusan rasmi semalam, pro-Mahasiswa UIA memenangi 17 kerusi fakulti manakala calon bebas menang tiga kerusi.

Pencapaian tersebut menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pro-Mahasiswa pada sesi lalu.
Calon bebas juga menyapu bersih kesemua lima kerusi antarabangsa yang dipertandingkan hari ini.

Manakala calon pro-Aspirasi dan calon Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula masing-masing memenangi satu kerusi.
Kejayaan Pro-M merupakan suatu pencapaian yang baik kerana inilah pertama kali dalam lima tahun Pro-M memenangi kerusi yang banyak dan seimbang dengan Kumpulan 'Pengampu'.

Diberitakan kemungkinan 'kerajaan campuran' akan dibentuk di UM. Namun perkembangan terakhir menunjukkan 2 calon bebas yang menang telah menyokong Pro-M. Dengan itu kemungkinan besar Pro-M akan membentuk kerajaan campuran bersama 'ahli parlimen' bebas tersebut.

Comments