MAHATHIR MULA BODEK NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Mahathir memang seorang ahli politik yang licik dan pandai mencium bau mengambil peluang untuk kepentingan dirinya.
Lihat bagaimana beliau menghapuskan ancaman terhadapnya samada ancaman dari luar atau dalam. Beliau dapat mencium bahawa Anwar Ibrahim adalah antara personaliti yang mungkin mengamcam beliau. Lantas beliau mempelawa Anwar untuk masuk Umno dengan janji-jani manisnya. Setelag Anwar memasuki Umno dan melonjak dari satu anak tangga ke anak tangga Mahathir merasakan Anwar mula mengancamnya. Tanpa rasa takut dan bimbang Mahathir memecat Anwar dari kabinet dengan fitnah yang dahsyat iaitu liwat.
Setelah itu Mahathir melepas diri dari kekalahan Umno pada 1999 dengan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno kepada Dollah Badawi. Mungkin Dollah Badawi menyangka bahawa Mahathir akan pencen dari politik setelah berhenti dari menjadi Perdana Menteri. Sangkaan Dollah meleset di mana Mahathir tidak berdiam diri terus mengacau pentadbiran Dollah sehingga Mahathir mengumumkan keluar dari Umno.
Beberapa bulan lepas Mahathir menghentam bukan sahaja Dollah malah Najib pun dihentamnya. Pelbagai kelemahan dan keburukan Najib diutarakan oleh Mahathir di dalam kenyataan-kenyataan akhbar maupun posting yang dimuatkan beliau di dalam blognya.
Tetapi hari ini tidak semena-mena Mahathir menyalahkan Dollah kerana BN kalah di Kuala Terengganu. Menurutnya punca BN kalah adalah kerana semata-mata kesalahan Dollah. Najib dipertahankan oleh beliau dan baginya Najib tidak bersalah yang bersalah 100 % adalah Dollah.
Licik sungguh permainan politik Mahathir. Semua orang tahu Mahathir terpaksa membodek Najib walaupun sebelum ini beliau menghentam Najib dengan serapat-serapatnya. Kini Najib pula menjadi anak emasnya. Semua ini adalah gara-gara untuk memastikan anaknya Mukhriz yang akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno mendapat sokongan dan restu Najib yang akan menggantikan Dollah Mac ini. Lebih-lebih Mahathir sudah tentu mencium bau bahawa Dollah sudah pasti menyokong menantu Intan Payungnya Khairy Jamaluddin untuk perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno.
Mahu tidak mahu Mahathir terpaksa menji*#t Najib supaya beliau menyokong Mukhriz.
Media melaporkan hari ini bahawa Mahathir mempertahankan Najib Tun Razak yang mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Beliau berkata Najib tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu semalam adalah kerana faktor calon.

“Sebahagian daripada sebab mereka (pengundi) tidak menyokong BN ialah kerana mereka tidak suka kepada calon,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia di Kompleks Sukan Bangsar di sini hari ini.

Comments

Anonymous said…
hello cik sofi..kalau ye pun jangan kutuk lebih-lebih bekas pm.saya rasa bekas pm tu lebih banyak jasa dari you pas.kalau nak tarik orang masuk pas jangan kutuk bekas pm tu lebih-lebih.dia pun ramai lagi pengikutnya.sebab mulut mengata besok pas orang tak suka.ingat pesan cik mawe kita yang menang..saya tak suka lah serang peribadi wan sebab bapak saya kenal dia,adik saya kenal dia.you kena ikut cara cik mawe tu..berhemah dan tidak mengutuk peribadi orang.
Anonymous said…
Salam Sahabat, ampu mengampu, bodek membodek menjadi amalan biasa dlm UMNO/BN. Kalau tak bodek dan ampu mana boleh naik.
Anonymous said…
Rasa2nya ahli politik berpengalaman dapat membezakan antara kutukan dan kenyataan. Bukan Bekas PM yang dikutuk, tetapi kelicikan Tun DM berpolitik yang dinyatakan.
Kesian kpd segelintir rakyat Malaysia yang telah terjajah minda berpolitik mereka semenjak dahulu lagi.
Dalam pengurusan suami isteri, kita perlu pandai berpolitik agar rukun damai sentiasa.
Dalam pengurusan anak2 pun kita perlu pandai berpolitik, utk mengelak dituduh pilih kasih.
Dari itu marilah kita bersama-sama buat homeWork berkenaan definisi politik, takrif politik, dan belajar kemahiran berpolitik agar terbuka minda kita daripada belenggu penjajahan era moden.
Dari situ kita akan dapat membezakan antara "politik kehidupan" dan "politik kepartian". InsyaAllah.
Pak Brahim said…
Assalamualaikum wbt.,

Saya turut setuju dengan pendangan saudara tentang pendirian TDM dalam berpolitik. Saya juga melihat bahawa TDM akan mengambil segala kesempatan yang ada demi kepentingan peribadi beliau.

Saya lihat sebenarnya beliau amat membenci dan berdendam kesumat BANGSA MELAYU namun beliau rela menjadi ahli UMNO demi kepentingan diri dan wawasan beliau.

Lihatlah, apa yang tidak dikata dan dihuruharakan orang-orang MELAYU dan Raja-Raja Melayu semasa orang-orang MELAYU/UMNO memberikan kepercayaan mengangkat beliau sebagai pemimpin UMNO.. Orang Melayu dikatanya BODOH, MALAS, KUAT MELATAH, HAPRAK DSN.

Soalan saya disini, adakah terdapat seseorang pemimpin BANGSA didunia ini mengutuk BANGSA SENDIRI YANG DIPIMPINYA kecuali pemgkianat TDM.

Percayalah bahawa runtuhnya penghormatan rakyat Malaysia terhadap Agama, Bangsa, Bahasa Melayu dan ketuanan Melayu dan Raja-Raja Melayu adalah hasil dari kerja TDM.

Sekarang ini krisis dalaman UMNO/BN juga hasil dari pemerintahan beliau. SEJARAH MENCERITAKAN KEKEJAMAN BELIAU DAN SEGALA-GALANYA.
Anonymous said…
salam sahabat, ini adalah cadangan sahaja, apa kata Pak Lah ISA kan sahaja TDM. Ada berani ke?. Ialah klu rakyat biasa menganggu gugat ketenteraman awan di ISA kan, dlm kes ni mcmana pula?
Anonymous said…
realitinya yg tak dapt dinafikan lagi Mahathirlah yg mengharubirukan islam, bangsa dan bahasa Melayu di malaysia eg: tanggapan beliau terhadap nabi, menyokong golongan anti-hadis, menghina org2 melayu dan menjadikan pengajaran math dan sains dlm bahasa inggeris. jasa tak baik mahathir akan dikutuk oleh generasi melayu sampai bebila. kemajuan yg ditajanya adalah untung kepentingan diri dan kroni!