Mahathir memang seorang ahli politik yang licik dan pandai mencium bau mengambil peluang untuk kepentingan dirinya.
Lihat bagaimana beliau menghapuskan ancaman terhadapnya samada ancaman dari luar atau dalam. Beliau dapat mencium bahawa Anwar Ibrahim adalah antara personaliti yang mungkin mengamcam beliau. Lantas beliau mempelawa Anwar untuk masuk Umno dengan janji-jani manisnya. Setelag Anwar memasuki Umno dan melonjak dari satu anak tangga ke anak tangga Mahathir merasakan Anwar mula mengancamnya. Tanpa rasa takut dan bimbang Mahathir memecat Anwar dari kabinet dengan fitnah yang dahsyat iaitu liwat.
Setelah itu Mahathir melepas diri dari kekalahan Umno pada 1999 dengan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno kepada Dollah Badawi. Mungkin Dollah Badawi menyangka bahawa Mahathir akan pencen dari politik setelah berhenti dari menjadi Perdana Menteri. Sangkaan Dollah meleset di mana Mahathir tidak berdiam diri terus mengacau pentadbiran Dollah sehingga Mahathir mengumumkan keluar dari Umno.
Beberapa bulan lepas Mahathir menghentam bukan sahaja Dollah malah Najib pun dihentamnya. Pelbagai kelemahan dan keburukan Najib diutarakan oleh Mahathir di dalam kenyataan-kenyataan akhbar maupun posting yang dimuatkan beliau di dalam blognya.
Tetapi hari ini tidak semena-mena Mahathir menyalahkan Dollah kerana BN kalah di Kuala Terengganu. Menurutnya punca BN kalah adalah kerana semata-mata kesalahan Dollah. Najib dipertahankan oleh beliau dan baginya Najib tidak bersalah yang bersalah 100 % adalah Dollah.
Licik sungguh permainan politik Mahathir. Semua orang tahu Mahathir terpaksa membodek Najib walaupun sebelum ini beliau menghentam Najib dengan serapat-serapatnya. Kini Najib pula menjadi anak emasnya. Semua ini adalah gara-gara untuk memastikan anaknya Mukhriz yang akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno mendapat sokongan dan restu Najib yang akan menggantikan Dollah Mac ini. Lebih-lebih Mahathir sudah tentu mencium bau bahawa Dollah sudah pasti menyokong menantu Intan Payungnya Khairy Jamaluddin untuk perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno.
Mahu tidak mahu Mahathir terpaksa menji*#t Najib supaya beliau menyokong Mukhriz.
Media melaporkan hari ini bahawa Mahathir mempertahankan Najib Tun Razak yang mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Beliau berkata Najib tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu semalam adalah kerana faktor calon.
“Sebahagian daripada sebab mereka (pengundi) tidak menyokong BN ialah kerana mereka tidak suka kepada calon,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia di Kompleks Sukan Bangsar di sini hari ini.
Comments
Kesian kpd segelintir rakyat Malaysia yang telah terjajah minda berpolitik mereka semenjak dahulu lagi.
Dalam pengurusan suami isteri, kita perlu pandai berpolitik agar rukun damai sentiasa.
Dalam pengurusan anak2 pun kita perlu pandai berpolitik, utk mengelak dituduh pilih kasih.
Dari itu marilah kita bersama-sama buat homeWork berkenaan definisi politik, takrif politik, dan belajar kemahiran berpolitik agar terbuka minda kita daripada belenggu penjajahan era moden.
Dari situ kita akan dapat membezakan antara "politik kehidupan" dan "politik kepartian". InsyaAllah.
Saya turut setuju dengan pendangan saudara tentang pendirian TDM dalam berpolitik. Saya juga melihat bahawa TDM akan mengambil segala kesempatan yang ada demi kepentingan peribadi beliau.
Saya lihat sebenarnya beliau amat membenci dan berdendam kesumat BANGSA MELAYU namun beliau rela menjadi ahli UMNO demi kepentingan diri dan wawasan beliau.
Lihatlah, apa yang tidak dikata dan dihuruharakan orang-orang MELAYU dan Raja-Raja Melayu semasa orang-orang MELAYU/UMNO memberikan kepercayaan mengangkat beliau sebagai pemimpin UMNO.. Orang Melayu dikatanya BODOH, MALAS, KUAT MELATAH, HAPRAK DSN.
Soalan saya disini, adakah terdapat seseorang pemimpin BANGSA didunia ini mengutuk BANGSA SENDIRI YANG DIPIMPINYA kecuali pemgkianat TDM.
Percayalah bahawa runtuhnya penghormatan rakyat Malaysia terhadap Agama, Bangsa, Bahasa Melayu dan ketuanan Melayu dan Raja-Raja Melayu adalah hasil dari kerja TDM.
Sekarang ini krisis dalaman UMNO/BN juga hasil dari pemerintahan beliau. SEJARAH MENCERITAKAN KEKEJAMAN BELIAU DAN SEGALA-GALANYA.