Kekalahan BN pada PRK Kuala Terengganu Sabtu lalu banyak disumbangkan oleh pengundi muda yang ternyata menolak BN secara total. Bukan sahaja mereka menolak BN di dalam pengundi undi tetapi juga jentera PAS banyak dibantu oleh pengundi muda.
Kalau pada PRU 2004 dahulu, pengundi muda dilihat cenderung mengundi BN tetapi kali ini ianya amat berbeza. Pengundi muda mula melihat bahawa BN adalah sebuah parti yang bobrok, rasuah, bercakaran sesama sendiri, meminggirkan Islam, menghina bangsa dan orang Melayu, gagal menangani masalah sosial dan jenayah serta juga suka memfitnah dan menipu.
Selain itu pengundi muda juga sentiasa terdedah kepada sumber berita dari pelbagai pihak yang akhirnya membolehkan mereka berfikir secara waras tidak dikongkong oleh media pengampu BN yang tidak demokratik dan berat sebelah.
Akhirnya pengundi muda Kuala Terengganu membuktikan bahawa mereka lebih matang dan mampu berfikir lebih baik berbanding dengan pengundi tua yang tidak terdedah kepada maklumat terkini dan sahih.
Dari maklumat yang saya terima PAS berjaya memperolehi majoriti yang jauh lebih besar kalau mengambil kira bilangan pengundi muda yang mengundi saluran orang muda.
Ini merupakan satu perkembangan yang baik dan mesti dikekalkan oleh PAS dan PR.
Comments