Saya menyokong sepenuhnya cadangan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mahu mengadakan pada bantahan besar-besar pada 7 Mac depan.
Saya yakin bantahan besar-besaran ini akan memberikan impak yang besar kepada rakyat supaya mereka sedar betapa penting Bahasa Melayu dijadikan bahasa pendidikan kerana terbukti selamanya bahasa tersebut berupaya melahirkan cendikiawan-cendiakawan yang hebat.
Ini bukannya perjuangan orang Melayu sahaja tetapi ianya adalah perjuangan semua bangsa di Malaysia kerana Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita. Malangnya pemimpin BN telah menghina dan meminggirkan bahasa melayu dari arus perdana dengan menukarkannya sistem PPSMI sekarang.
Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, bantahan besar-besaran akan diadakan pada tarikh tersebut dan satu memorandum juga akan diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat gabungan itu malam tadi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.
Comments