.

.

25 July 2009

KUATKAN SEMANGAT DAN TEGAKKAN KEBENARAN

Serangan demi serangan yang dilakukan oleh pihak-pihak durjana terhadap kerajaan negeri Selangor benar-benar menguji ketahanan dan kesabaran pimpinan kerajaan negeri Selangor.
Pelbagai 'senjata' digunakan untuk menghancurkan kerajaan negeri Selangor. Serangan terbaru terhadap Exco dan ADUN PR dari DAP benar-benar menguji mereka dan rakyat negeri Selangor sendiri.
Setelah serangan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim melalui isu lembu gagal meruntuhkan kerajaan negeri kini serangan terbaru dihalakan kepada kepada Exco dan ADUN DAP. Tidak mustahil selepas Exco dan ADUN PAS pula akan menghadapi serangan serupa. Malah sebelum ini Exco Kerajaan negeri, YB Dr Halimah Ali sendiri difitnah dengan begitu dahsyat.
Saya mengharapkan pimpinan kerajaan negeri tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan ini. Rakyat pula mesti berdiri teguh di belakang kerajaan negeri Selangor selagi tidak dibuktikan mereka bersalah.

Insya Allah para pemfitnah itu akan dihukum oleh Allah dan kebenaran akan dibuktikan oleh Allah.

EDAR RISALAH HIMPUNAN MANSUHKAN ISA DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Program mengedar risalah mengajak rakyat sertai Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos mendapat sambutan menggalakkan di kalangan rakyat negeri ini. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka yang dianjurkan di Pasar Besar Melaka pagi ini disertai oleh kira-kira 20 orang pemuda berjaya mencapai objektifnya di mana kira-kira 1,000 risalah berjaya diedarkan.

Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri, Khairul Che Salleh berkata sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat membuktikan bahawa mereka menyokong ISA dimansuhkan.

"Rata-rata rakyat yang ditemui bersetuju bahawa ISA patut dihapuskan kerana terbukti ianya zalim dan menindas rakyat".
"Sebahagian besar dari mereka bersetuju bahawa ISA seringkali disalahgunakan untuk tujuan politik bagi mengekalkan kuasa BN" kata Khairul.

Selain itu risalah mengenai kematian Teoh Beng Hock mendapat perhatian ramai kerana rakyat percaya bahawa kes itu mempunyai makna yang besar kepada keselamatan dan kedaulatan rakyat.

"Masyarakat Cina terutamanya sangsi dengan kejadian tersebut walaupun Suruhanjaya telah ditubuhkan kerana bagi mereka kejadian malang itu tidak sepatutnya berlaku"

"Lebih malang lagi pada peringkat awalnya berlaku pelbagai kejadian aneh seperti menghalang keluarga Beng Hock melihat mayatnya, alasan-alasan yang tidak masuk akal dan lain-lain" ujar Khairul.

Antara pemimpin Pemuda Negeri yang terlibat dalam pengedaran risalah tersebut ialah Ketua Pemuda, Kamaruddin Sidek; Setiausahanya Yuzir Yusof dan lain-lain.

SELAMAT DATANG KE MELAKA

Saya mengucapkan selamat datang ke Melaka kepada kakitangan Pejabat Agung PAS yang mengadakan program Hari Keluarga selama 2 hari bermula hari ini.
Selamat Datang ke Negeri Melaka Darul Rasuah semoga percutian dan Hari Keluarga tersebut berjaya mencapai objektif.

24 July 2009

TOK GURU SERTAI DEMO ISA 1 OGOS, TAKKAN ANDA TAK IKUT SERTA

Kalau Tuan Guru Nik Aziz yang berumur 75 tahun boleh ikut serta berdemo menentang ISA 1 Ogos ini tidak munasabah anda yang segar bugar takut dan malas untuk berdemo.
Mari sama-sama kita tunjukkan kebencian dan penentangan kita kepada akta zalim yang telah lama mencengkam rakyat yang tidak berdosa ini.
Ajak semua saudara mara, jiran-jiran dan kawan-kawan untuk sama-sama turun ke KL, jangan ada yang terlepas 'kenduri' yang penting ini.

23 July 2009

SURUHANJAYA DIRAJA HANYA MELEPASKAN BATUK DITANGGA

Suruhanjaya Diraja yang dibentuk oleh kerajaan berkenaan kes kematian Teo Beng Hock hanyalah melepaskan batuk ditangga kerana ianya tidak mencakupi bidang yang luas dan penting.
Suruhanjaya diraja yang dibentuk hanya untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Julai hingga awal pagi esoknya. Ianya bukan untuk menyiasat punca kematian Teo yang sepatutnya menjadi asas dan perkara paling yang mesti disiasat oleh Suruhanjaya ini.
Kerajaan nampaknya cuba berselindung dari isu sebenar dengan menubuhkan suruhanjaya yang bidang kuasanya tidak meliputi perkara penting iaitu punca kematian Teo, adakah ianya melibatkan kes jenayah dan siapa yang terlibat dengan kematian itu (jika ada).
Rakyat seharusnya tidak terkeliru dengan penubuhan Suruhanjaya ini yang dilihat lari dari matlamat asal yang rakyat dan keluarga Teo mahukan.
Kerajaan mesti merombak dan meminda bidang kuasa Suruhanjaya ini supaya ianya benar-benar dapat menegakkan keadilan.
Semalam Najib Razak mengumumkan dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya bahawa langkah berikut diambil bagi menangani isu kematian Teo Beng Hock :
Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.
Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.
Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Julai hingga awal pagi esoknya.

H1NI : IPPM DITUTUP SEHINGGA 30 JULAI, CADANGKAN KERAJAAN NEGERI AMBIL LANGKAH SERIUS

Wabak H1N1 semakin serius apabila Institut Perguruan Perempuan Melaka ditutup sehingga 30 Julai.
Menurut sumber berita, dari 5 sample yang diuji yang melibatkan 5 pelajar, kesemuanya positif. Banyak lagi sampel yang sedang diuji.
Selain itu satu sumber yang lain menyatakan bahawa 4 Institut Pengajian lain di Melaka juga ditutup hari ini.
Perkembangan ini amat membimbangkan kita sebagai rakyat negeri Melaka. Saya mencadangkan kerajaan negeri supaya mengambil langkah proaktif dengan memberhentikan program-program terbukan selain dari menyedarkan rakyat betapa seriusnya wabak yang sedang melanda negeri ini.
Kerajaan negeri tidak patut menutup kes ini kerana dikhuatiri ianya akan merebak dengan lebih serius kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang cepat dan tepat.

22 July 2009

ISU TEO : LANTIK MEREKA YANG BENAR-BENAR BERWIBAWA UNTUK ANGGOTAI SURUHANJAYA PENYIASAT

Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock. Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak.
Persaoalannya kini siapakah yang akan mengetuai dan menganggotai Suruhanjaya tersebut.
Rakyat bukan hanya Suruhanjaya itu dilantik tetapi mahu ianya mempunyai integriti dan dianggotai oleh mereka-mereka yang professional, bebas dan telus.
Selain itu keputusan siasatan Suruhanjaya itu juga mesti diterima pakai dan dijadikan sandaran untuk mendakwa mereka yang bersalah jika terbukti ada unsur-unsur jenayah dan salah laku hingga menyebabkan Teo Beng Hock terbunuh.
Media hari melaporkan bahawa Perdana Menteri menggariskan beberapa langkah yang akan diambil oleh Suruhanjaya tersebut. Beliau mengumumkannya dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya
Antara lain Najib menyebut: Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.
Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.
Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.
Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.
Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Sumber : Malaysiakini.

APA TINDAKAN KERAJAAN MELAKA UNTUK SELAMATKAN RAKYAT DARI VIRUS H1N1?

Sudah 2 institusi pendidikan di Melaka dilanda wabak H1N1 iaitu UiTM Lendu dan Institut Pendidikan Perguruan Melayu Melaka (IPPM). Jumlah mereka yang terlibat sudah berpuluh-puluh orang.
Jadi saya mengharapkan kerajaan negeri dapat mengambil langkah drastik dan sistematik untuk mengawal wabak ini dari terus menular di kalangan rakyat negeri ini.
Apa yang merisaukan ialah sikap sesetengah pihak yang mengambil mudah akan isu ini sehingga akhirnya ia menjadi kronik.
Ada pihak yang sengaja menutup isu ini dari disebarkan ke pengetahuan umum hanya kerana ingin menjaga industri pelancongan tetapi mereka tidak sedar bahawa keselamatan rakyat mesti diutamakan.

RAMAI KAWAN EHUD BARAK DI MALAYSIA?

Dalam sedar atau tidak rupa-rupa ramai kroni-kroni dan kawan-kawan Ehud Barak di Malaysia. Kalau bukan kawan atau sekutu masakan mereka sanggup berjumpa dengan keparat tersebut di luar negeri.
Mereka bukannya tidak tahu bahawa Ehud Barak adalah penjenayah, perompak, penyamun dan pembunuh umat Islam Palestin yang dibunuh zaman hari tanpa belas kasihan. Nyawa umat Islam sama seperti binatang yang tidak ada nilai bagi mereka. Tidak kira bayi, wanita, orang tua, kanak-kanak dan sesiapa sahaja dibunuh tanpa alasan dan sebab.
Orang seperti Ehud Barak ini sanggup dijadikan kawan untuk ditemui dan di bawa berbincang. Sedangkan Allah telahpun memberikan amaran di dalam Al-Qur'an bahawa "orang-orang Yahudi dan Nasoro, tidak akan redha kepada kamu, sehingga kamu menuruti 'Millah' (cara hidup/agama) mereka".
Rakyat Malaysia cukup kesal apabila Menteri Pertahanan yang juga bekas Menteri 'Agama', Zahid Hamidi sanggup bertemu dengan Ehud Barak si penyembelih umat Islam Palestin. Sanggup Zahid mengguriskan hati umat Islam Palestin dan umat Islam seluruh dunia.
Saya menggesa Zahid membuat kenyataan rasmi dan penjelasan mengapa beliau bertemu dengan Ehud Barak.

21 July 2009

UNIT AMAL LEBIH DIPERCAYAI

Unit Amal Dewan Pemuda PAS Melaka lebih dipercayai dari institusi lain untuk menjaga keselamatan rumah Mendiang Teo Beng Hock.

Perkara ini dinyatakan oleh AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Khairul Che Salleh dalam kenyataan media beliau sebentar tadi.

Menurut Khairul, Unit Amal telah diminta untuk mengawal rumah mendiang selama beberapa hari demi keselamatan keluarga dan mayat mendiang.

"Unit Amal Melaka telah berkawal terutama pada malam hari di kawasan rumah Teo, dan anggota Unit Amal bertugas mengikut giliran".

"Kepercayaan yang diberikan kepada Unit Amal amat kami hargai lebih-lebih lagi kami lebih dipercayai dari pasukan beruniform yang lebih 'senior' dari kami" jelas Khairul.

Menurutnya, Unit Amal bersyukur dengan pengikhtirafan ini kerana kami adalah unit yang ditubuhkan untuk melakukan amal dan tidak meminta bayaran, sudah banyak kekurangan yang ada pada kami.

Namun pengikhtirafan ini membuktikan bahawa Unit Amal adalah setanding malah mungkin lebih baik dari pasukan beruniform lain.

TIDAK MUSTAHIL PR AKAN PERINTAH MELAKA

Terbayangkah anda bahawa PR akan memerintah Selangor, Perak dan Pulau Pinang sebelum Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.?
Saya yakin tidak ramai yang menjangka PAS, PKR dan DAP dapat menjadi kerajaan di ketiga-tiga negeri tersebut. Malah sehingga ke hari ini masih ada yang rasa macam mimpi bahawa PR sedang memerintah di negeri-negeri tersebut. Antara mereka yang bermimpin sehingga ke hari ini adalah Khir Toyo.
Jadi apakah mustahil untuk PR merampas negeri Melaka. Ini semua kuasa Allah S.W.T. Allah berkuasa untuk memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang disukaiNya.
Dengan seribu satu kebobrokan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN Melaka tidak mustahil rakyat Melaka akan berubah angin dengan hidayah Allah. Mungkin suatu hari nanti mereka akan sedar bahawa Ketua Menteri sekarang adalah perasuah; kerajaan sekarang banyak membazir; maksiat berleluasa; anak-anak muda berfoya-foya hilang arah dan bermacam-macam lagi.
Jadi PR jangan jemu lakukan dakwah dan penerangan untuk menyedarkan rakyat. Insya Allah dengan istiqamah, komitmen, kesungguhan dan perancangan yang teliti PR akan menggantikan BN sebagai kerajaan.
Insya Allah.

TILAM DIUSUNG SEKALI LAGI, BANYAKNYA KES LIWAT???

Pada tahun 1998 ketika perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim 'tilam busyuk' diusung ke sana ke mari untuk mengaibkan Anwar. Maka tilam tersebut turun naik mahkamah untuk dijadikan bahan bukti. Semua itu kerja Musa Hassan dan kuncu-kuncunya.

Kini Musa Hassan dan kuncu-kuncunya mengusung tilam lagi. Tapi kali ini tilam-tilam tersebut lebih banyak bilangan iaitu kira-kira 5,000 tilam. Bermain difikiran saya begitu banyaknya kes liwat sehingga 5,000 tilam digunakan.

Rupa-rupanya bukan tilam yang jadi bukti kes liwat tetapi tilam yang digunakan oleh Polis semasa berkampung di Manek Urai baru-baru hendak dilelong.

Tilam-tilam ini hanya digunakan beberapa hari sahaja. Sudah tentu kosnya mencecah ribuan malah puluh ribu agaknya. Duit siapa lagi kalau bukan duit rakyat yang digunakan untuk membeli tilam tersebut.

Sudah tentu ribuan malahan puluhan ribu duit rakyat hangus kerana harga lelong takkan lebih tinggi dari harga beli.

Sama-sama kita fikirkan apakah tindakan yang boleh rakyat ambil terhadap pembaziran ini. Pilihanraya Umum ke 13 nanti rakyat boleh menghukum BN.
Kepada para pembeli hati-hati memilih tilam ini takut nanti terbeli tilam yang bertompok-tompok macam tilam yang diusung semasa perbicaraan Anwar dahulu. Kes Naya nanti .........

ISU TEO : MENGAPA SUSAH SANGAT BENTUK SURUHANJAYA DIRAJA

Rakyat sudah tidak percaya kepada siasatan biasa akibat beberapa kes sebelum ini yang terbukti gagal disiasat secara biasa. Antaranya kes mata lebam Anwar Ibrahim, Kes VCD Linggam dan lain-lain.
Oleh kerana itulah rakyat mendesak supaya kes kematian Teo Beng Hock disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja yang telus, professional dan komited.
Kita tidak mahu pisang berbuah 2 atau 3 kali sehingga banyak masa, wang dan tenaga dihabiskan begitu sahaja. Setelah disiasat secara siasatan biasa hasilnya menimbulkan kesangsian barulah kerajaan mahu menubuhkan Suruhanjaya Diraja, bukankah itu membazir namanya.
Oleh itu saya mengharapkan kerajaan 1Malaysia tanpa berlengah-lengah lagi menubuhkan suruhanjaya tersebut supaya keadilan dapat ditegakkan.

EDAR GAMBAR LUCAH ISTERI : SUAMI JENIS APA INI AGAKNYA?

Sepatutnya seorang suami menjadi pelindung kepada isteri dan berusaha sedaya upaya untuk menutup aib isteri dan diri sendiri. Tetapi seorang suami di Kuantan bertindak sebaliknya.
Beliau dihukum enam bulan penjara dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan semalam selepas mengakubersalah mengedar gambar lucah isterinya bulan lalu.
Si suami, seorang pembekal alat ganti, didakwa mengedar enam keping gambar lucah adegan seks dalam bentuk salinan fotostat kertas bersaiz A4 di Court Mammoth, Jalan Abdul Aziz, Kuantan, kira-kira 8 pagi hingga 12 malam, antara 28 Jun dan 7 Julai lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada 13 Julai lalu, seorang kerani wanita berusia 41 tahun telah membuat laporan polis berkaitan pengedaran gambar lucah yang didakwa dilakukan oleh suaminya.
Pendakwaan dijalankan oleh Cif Insp Muhamad Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.
Laporan ini dipetik dari Bernama dan Malaysiakini.

TEMPAT CERAMAH NIZAR MALAM INI DI MANA?

Ada yang bertanya di mana lokasi tempat ceramah iaitu Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil. Senang sahaja untuk ke lokasi tersebut.
Jika anda datang dari Hospital Pantai anda terus sahaja ke JPJ Melaka dan sampai di Traffic Light anda belok ke kanan dan akan berjumpa dengan Masjid Bukit Katil di sebelah kiri dan Lokasi ceramah di sebelah kanan.
Jika anda datang Lebuh Raya AMJ anda terus sahaja ke Bukit Katil dan akan bertemu dengan Masjid Bukit Katil di sebelah kanan dan tempat ceramah di sebelah kiri.
Untuk memudahkan anda mencari lokasinya anda cari JPJ dan Masjid Kg Bukit Katil. Tempat ceramah betul-betul di seberang jalan bertentangan dengan Masjid Bukit Katil.

20 July 2009

JANGAN LUPA CERAMAH NIZAR DI BUKIT KATIL 22 JULAI INI

Isu semasa yang hangat akhir-akhir sudah tentu menarik untuk dikupas dalam ceramah-ceramah PR. Oleh sebab itu saudara/i dijemput untuk menghadiri ceramah YAB Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada 22 Julai di Pejabat PAS Bukit Katil jam 9.00 malam.

Beliau akan berceramah bersama-sama Pengerusi DAP Melaka, YB Goh Leong San dan PJ Melaka Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

ANWAR KITA AKAN BELA SESIAPA SAHAJA TIDAK KIRA BANGSA

Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan membela sesiapa sahaja yang teraniaya dan tertindas tidak mengira bangsa dan agama.
"PR akan membela sesiapa sahaja yang dizalimi, dibunuh dan ditindas kerana perjuangan kita merentasi bangsa, agama dan warna kulit".
"Tidak kira anak Cina, anak Melayu atau anak India yang dibunuh dan dizalimi kita akan tetao membela mereka" ujar Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di majlis jamuan teh di Warung Alternatif Pekan Ayer Molek, Melaka semalam.
Anwar berkata sesungguhnya kematian Teo merupakan tragedi malang kepada rakyat Malaysia kerana ianya menimbulkan seribu tanda tanya kepada rakyat dan dunia.

"Kerajaan Malaysia dan SPRM mesti bertanggungjawab dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini".
"Kita tidak mahu kes yang melibatkan mata lebam saya diulangi, selepas ditubuhkan Suruhanjaya Diraja barulah kita mengetahui siapa yang melakukannya" ujar Anwar.
Beliau turut kesal kerana pimpinan Kerajaan cuba mengaitkan isu ini dengan isu perkauman dengan menuduh PR membela Cina.
"Ini bukan soal Cina, Melayu atau India, ini soal kezaliman dan penindasan, kerajaan mesti bertanggungjawab jangan berdolak-dalik lagi" tambah Anwar.

PIMPINAN PAS MELAKA ZIARAH KELUARGA MENDIANG TEO

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari telah melawat keluarga Teo Beng Hock di Taman Seri Kelemak, Alor Gajah Jumaat lalu.
Rombongan tersebut telah disambut oleh keluarga Teo.PAS Melaka melahirkan rasa kesal dan sedih diatas kejadian malang tersebut yang disifatkan sebagai tragedi kepada negara kita.
"PAS Melaka mendesak Suruhanjaya Diraja dibentuk dengan segera agar keadilan dapat ditegakkan dan sesiapa yang bersalah dihadapkan ke mahkamah dengan segera".
"Kita akan memberikan sokongan kepada keluarga Mendiang Teo dalam apa bentuk sekalipun bagi meringankan beban yang mereka tanggung di atas kehilangan Teo yang amat disayangi keluarga, rakan-rakan dan kita semua"ujar Adly Zahari.
Adly juga melahirkan rasa terkejut di atas kejadian ini yang sebenarnya menggemparkan bukan sahaja rakyat Malaysia malah seluruh dunia kerana Teo meninggal di dalam premis Bangunan SPRM dan selepas siasatan dilakukan oleh SPRM.
"Saya difahamkan Teo disiasat sehingga jam 3.45 pagi dan beliau tidak terus pulang sebaliknya berehat di dalam bangunan tersebut".
"Saya kesal kerana SPRM telah mendera Teo dengan menyiasat beliau begitu lama menjangkaui masa yang sepatutnya, tidak bolehkan ianya disambung pada masa yang lebih sesuaai" tambah Adly.
Turut bersama Adly dalam rombongan tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Dr Khatijah Jumangat dan pimpinan PAS Negeri Melaka dan Kawasan Alor Gajah.

KESAL ATAS KEMATIAN TEO, DESAK KERAJAAN DAN SPRM BERTANGGUNGJAWAB

Kematian Mendiang Teo Beng Hock amat dikesalkan, menggemparkan seluruh negara dan penuh tanda tanya.
Saya mendesak supaya kerajaan Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya dengan menubuhjan suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh yang juga setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.
Selain itu kerajaan Malaysia mesti membuat keputusan segera mengenai penubuhan Suruhanjaya tersebut jangan berdolak dalik dan menganggap perkara ini sebagai biasa.
Sesungguhnya isu ini mempunyai implikasi besar kepada imej SPRM dan imej negara kernaa Mendiang meninggal ketika di bawag 'jagaan' SPRM.
Pengerusi SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan dan Pegawai-pegawai kanannya seperi Mohd Shukri Abdul mesti meletak jawatan kerana kecuaian dan kelalaian mereka sehingga berlaku perkara buruk ini.
Saya kesal kerana SPRM bersikap‘double standard’ kerana tidak membuat siasatan terhadap terhadap dakwaan rasuah pemimpin negara sekiranya pemimpin Pakatan membuat laporan polis tetapi bertindak sepantas kilat dengan dakwaan terhadap pemimpin PR walaupun tiada laporan rasmi.
Jelas terbukti bahawa SPRM menjadi alat yang cuba melindungi amalan rasuh pemimpin BN kerana kita melihat SPRM tidak bersungguh menyiasat kes-kes besar seperti PKFZ, rumah Khir Toyo bernilai RM24 juta dan lain-lain.
SPRM juga seolah-olah cuba bersekongkol dengan BN untuk menjatuhkan kerajaan Selangor sebagaimana modus operandi mereka ketika kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tumbang ekoran kes rasuah dua pemimpin PKR.

Di harapkan Kerajaan Malaysia dan SPRM dapat bertindak segera bagi merungkai segala kecelaruan dan kekeliruan mengenai isu ini kerana sesungguhnya isu ini benar-benar mencemarkan imej negara di mata dunia.
Sebelum inipun rakyat sebenarnya hilang kepercayaan kepada SPRM dan isu menambahkan lagi syak wasangka rakyat kepada institusi tersebut. Saya bimbang kepercayaan ini akan terus hilang dan ianya amat merbahaya kepada imej negara di seluruh dari pelaburan dan kepercayaan kepada Malaysia.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Melaka

19 July 2009

SOKONG PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA

Saya menyokong cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teo Beng Hock yang meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kematian Beng Hock sememangnya menimbulkan seribu satu tanda tanya kerana beberapa jam sebelum itu beliau telah disiasat oleh SPRM sehingga jam 3.45 pagi.

Suruhanjaya Diraja mesti menyiasat dan melaporkan kepada rakyat beberapa persoalan di bawah :-

1) Apakah punca kematian Beng Hock? Adakah ianya berpunca dari tekanan perasaan akibat siasatan SPRM

2) Adakah terdapat unsur-unsur jenayah yang menyebabkan kematian beliau.?

Selain itu Suruhanjaya tersebut mesti mendedahkan sesiapa sahaja yang didapati bersalah untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Saya menggesa dalam masa terdekat supaya SPRM mengambil langkah-langkah berikut :-

1) Mendedahkan perjalanan siasatan ke atas Teo yang berlaku dari jam 6 petang hingga 3.45 pagi.

2) Bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian Teo
3) Menjawab tuduhan beberapa orang yang disiasat bahawa SPRM melakukan provokasi, penderaan mental dan sebagainya ketika siasatan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter