Terbayangkah anda bahawa PR akan memerintah Selangor, Perak dan Pulau Pinang sebelum Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.?
Saya yakin tidak ramai yang menjangka PAS, PKR dan DAP dapat menjadi kerajaan di ketiga-tiga negeri tersebut. Malah sehingga ke hari ini masih ada yang rasa macam mimpi bahawa PR sedang memerintah di negeri-negeri tersebut. Antara mereka yang bermimpin sehingga ke hari ini adalah Khir Toyo.
Jadi apakah mustahil untuk PR merampas negeri Melaka. Ini semua kuasa Allah S.W.T. Allah berkuasa untuk memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang disukaiNya.
Dengan seribu satu kebobrokan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN Melaka tidak mustahil rakyat Melaka akan berubah angin dengan hidayah Allah. Mungkin suatu hari nanti mereka akan sedar bahawa Ketua Menteri sekarang adalah perasuah; kerajaan sekarang banyak membazir; maksiat berleluasa; anak-anak muda berfoya-foya hilang arah dan bermacam-macam lagi.
Jadi PR jangan jemu lakukan dakwah dan penerangan untuk menyedarkan rakyat. Insya Allah dengan istiqamah, komitmen, kesungguhan dan perancangan yang teliti PR akan menggantikan BN sebagai kerajaan.
Insya Allah.
Comments
Murnikanlah ketaatan kita kepada Allah S.W.T., istiqamah dlm perjuangan.
Perlu diingat, MATLAMAT kita bukanlah kemenangan, tapi adalah untuk amal maaruf, nahi mungkar, berdakwah dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, semata2 utk mencari keredhaan Allah dunia akhirat.
Menang atau tidak, kalah atau kecundang, Allah yang tentukan.
Jangan lupa, sentiasalah berdakwah utk org disekeliling kita ke jalan Allah S.W.T.dan jagalah solat, terutamanya solat berjemaah.
DAH BERAPA BANYAK HANG MAKAN DUIT ORANG BN ? BAGI ANAK BINI MAKAN...???
tak balik lepih ke????
be nge nge paham tak?
kesian...
tak tau ke berapa juta ahli PAS, DAP dan PKR yang bayar cukai korporat, cukai individu dan bermacam2 cukai lagi? pikir2 la sikit...sikit aje pikir pun cukupla...xyah bnyk2...nanti pening kepala otak korang...kalau pikir sikit pun InsyaAllah cerdik la sikit engkorang tu...ok?