SOKONG PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA

Saya menyokong cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teo Beng Hock yang meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kematian Beng Hock sememangnya menimbulkan seribu satu tanda tanya kerana beberapa jam sebelum itu beliau telah disiasat oleh SPRM sehingga jam 3.45 pagi.

Suruhanjaya Diraja mesti menyiasat dan melaporkan kepada rakyat beberapa persoalan di bawah :-

1) Apakah punca kematian Beng Hock? Adakah ianya berpunca dari tekanan perasaan akibat siasatan SPRM

2) Adakah terdapat unsur-unsur jenayah yang menyebabkan kematian beliau.?

Selain itu Suruhanjaya tersebut mesti mendedahkan sesiapa sahaja yang didapati bersalah untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Saya menggesa dalam masa terdekat supaya SPRM mengambil langkah-langkah berikut :-

1) Mendedahkan perjalanan siasatan ke atas Teo yang berlaku dari jam 6 petang hingga 3.45 pagi.

2) Bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian Teo
3) Menjawab tuduhan beberapa orang yang disiasat bahawa SPRM melakukan provokasi, penderaan mental dan sebagainya ketika siasatan.

Comments