ANWAR KITA AKAN BELA SESIAPA SAHAJA TIDAK KIRA BANGSA

Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan membela sesiapa sahaja yang teraniaya dan tertindas tidak mengira bangsa dan agama.
"PR akan membela sesiapa sahaja yang dizalimi, dibunuh dan ditindas kerana perjuangan kita merentasi bangsa, agama dan warna kulit".
"Tidak kira anak Cina, anak Melayu atau anak India yang dibunuh dan dizalimi kita akan tetao membela mereka" ujar Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di majlis jamuan teh di Warung Alternatif Pekan Ayer Molek, Melaka semalam.
Anwar berkata sesungguhnya kematian Teo merupakan tragedi malang kepada rakyat Malaysia kerana ianya menimbulkan seribu tanda tanya kepada rakyat dan dunia.

"Kerajaan Malaysia dan SPRM mesti bertanggungjawab dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini".
"Kita tidak mahu kes yang melibatkan mata lebam saya diulangi, selepas ditubuhkan Suruhanjaya Diraja barulah kita mengetahui siapa yang melakukannya" ujar Anwar.
Beliau turut kesal kerana pimpinan Kerajaan cuba mengaitkan isu ini dengan isu perkauman dengan menuduh PR membela Cina.
"Ini bukan soal Cina, Melayu atau India, ini soal kezaliman dan penindasan, kerajaan mesti bertanggungjawab jangan berdolak-dalik lagi" tambah Anwar.

Comments

musalmah said…
pembohong!!!. muka anwar nak bela nasib rakyat?? rakyat kat permatang pauh hidup melarat, ada hati nak bela nasib rakyat malaysia. pirraaahh mabuk.
PawanaMelati said…
yang mabuk kamu musalmah...sebab kamu nama je melayu tapi tak beradap..
pazeli said…
ha taw xp....ni kes terlebih minum todi ni...x pun terlebih mkn gula2 UmNgOk!!!!
jombalik said…
PKR memang sial, sebab pemimpin dia dah sesial anwar.