PIMPINAN PAS MELAKA ZIARAH KELUARGA MENDIANG TEO

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari telah melawat keluarga Teo Beng Hock di Taman Seri Kelemak, Alor Gajah Jumaat lalu.
Rombongan tersebut telah disambut oleh keluarga Teo.PAS Melaka melahirkan rasa kesal dan sedih diatas kejadian malang tersebut yang disifatkan sebagai tragedi kepada negara kita.
"PAS Melaka mendesak Suruhanjaya Diraja dibentuk dengan segera agar keadilan dapat ditegakkan dan sesiapa yang bersalah dihadapkan ke mahkamah dengan segera".
"Kita akan memberikan sokongan kepada keluarga Mendiang Teo dalam apa bentuk sekalipun bagi meringankan beban yang mereka tanggung di atas kehilangan Teo yang amat disayangi keluarga, rakan-rakan dan kita semua"ujar Adly Zahari.
Adly juga melahirkan rasa terkejut di atas kejadian ini yang sebenarnya menggemparkan bukan sahaja rakyat Malaysia malah seluruh dunia kerana Teo meninggal di dalam premis Bangunan SPRM dan selepas siasatan dilakukan oleh SPRM.
"Saya difahamkan Teo disiasat sehingga jam 3.45 pagi dan beliau tidak terus pulang sebaliknya berehat di dalam bangunan tersebut".
"Saya kesal kerana SPRM telah mendera Teo dengan menyiasat beliau begitu lama menjangkaui masa yang sepatutnya, tidak bolehkan ianya disambung pada masa yang lebih sesuaai" tambah Adly.
Turut bersama Adly dalam rombongan tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Dr Khatijah Jumangat dan pimpinan PAS Negeri Melaka dan Kawasan Alor Gajah.

Comments