Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri, Khairul Che Salleh berkata sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat membuktikan bahawa mereka menyokong ISA dimansuhkan.
"Rata-rata rakyat yang ditemui bersetuju bahawa ISA patut dihapuskan kerana terbukti ianya zalim dan menindas rakyat".

"Sebahagian besar dari mereka bersetuju bahawa ISA seringkali disalahgunakan untuk tujuan politik bagi mengekalkan kuasa BN" kata Khairul.
Selain itu risalah mengenai kematian Teoh Beng Hock mendapat perhatian ramai kerana rakyat percaya bahawa kes itu mempunyai makna yang besar kepada keselamatan dan kedaulatan rakyat.
"Masyarakat Cina terutamanya sangsi dengan kejadian tersebut walaupun Suruhanjaya telah ditubuhkan kerana bagi mereka kejadian malang itu tidak sepatutnya berlaku"
"Lebih malang lagi pada peringkat awalnya berlaku pelbagai kejadian aneh seperti menghalang keluarga Beng Hock melihat mayatnya, alasan-alasan yang tidak masuk akal dan lain-lain" ujar Khairul.
Antara pemimpin Pemuda Negeri yang terlibat dalam pengedaran risalah tersebut ialah Ketua Pemuda, Kamaruddin Sidek; Setiausahanya Yuzir Yusof dan lain-lain.
Comments