KESAL ATAS KEMATIAN TEO, DESAK KERAJAAN DAN SPRM BERTANGGUNGJAWAB

Kematian Mendiang Teo Beng Hock amat dikesalkan, menggemparkan seluruh negara dan penuh tanda tanya.
Saya mendesak supaya kerajaan Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya dengan menubuhjan suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh yang juga setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.
Selain itu kerajaan Malaysia mesti membuat keputusan segera mengenai penubuhan Suruhanjaya tersebut jangan berdolak dalik dan menganggap perkara ini sebagai biasa.
Sesungguhnya isu ini mempunyai implikasi besar kepada imej SPRM dan imej negara kernaa Mendiang meninggal ketika di bawag 'jagaan' SPRM.
Pengerusi SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan dan Pegawai-pegawai kanannya seperi Mohd Shukri Abdul mesti meletak jawatan kerana kecuaian dan kelalaian mereka sehingga berlaku perkara buruk ini.
Saya kesal kerana SPRM bersikap‘double standard’ kerana tidak membuat siasatan terhadap terhadap dakwaan rasuah pemimpin negara sekiranya pemimpin Pakatan membuat laporan polis tetapi bertindak sepantas kilat dengan dakwaan terhadap pemimpin PR walaupun tiada laporan rasmi.
Jelas terbukti bahawa SPRM menjadi alat yang cuba melindungi amalan rasuh pemimpin BN kerana kita melihat SPRM tidak bersungguh menyiasat kes-kes besar seperti PKFZ, rumah Khir Toyo bernilai RM24 juta dan lain-lain.
SPRM juga seolah-olah cuba bersekongkol dengan BN untuk menjatuhkan kerajaan Selangor sebagaimana modus operandi mereka ketika kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tumbang ekoran kes rasuah dua pemimpin PKR.

Di harapkan Kerajaan Malaysia dan SPRM dapat bertindak segera bagi merungkai segala kecelaruan dan kekeliruan mengenai isu ini kerana sesungguhnya isu ini benar-benar mencemarkan imej negara di mata dunia.
Sebelum inipun rakyat sebenarnya hilang kepercayaan kepada SPRM dan isu menambahkan lagi syak wasangka rakyat kepada institusi tersebut. Saya bimbang kepercayaan ini akan terus hilang dan ianya amat merbahaya kepada imej negara di seluruh dari pelaburan dan kepercayaan kepada Malaysia.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Melaka

Comments