RAMAI KAWAN EHUD BARAK DI MALAYSIA?

Dalam sedar atau tidak rupa-rupa ramai kroni-kroni dan kawan-kawan Ehud Barak di Malaysia. Kalau bukan kawan atau sekutu masakan mereka sanggup berjumpa dengan keparat tersebut di luar negeri.
Mereka bukannya tidak tahu bahawa Ehud Barak adalah penjenayah, perompak, penyamun dan pembunuh umat Islam Palestin yang dibunuh zaman hari tanpa belas kasihan. Nyawa umat Islam sama seperti binatang yang tidak ada nilai bagi mereka. Tidak kira bayi, wanita, orang tua, kanak-kanak dan sesiapa sahaja dibunuh tanpa alasan dan sebab.
Orang seperti Ehud Barak ini sanggup dijadikan kawan untuk ditemui dan di bawa berbincang. Sedangkan Allah telahpun memberikan amaran di dalam Al-Qur'an bahawa "orang-orang Yahudi dan Nasoro, tidak akan redha kepada kamu, sehingga kamu menuruti 'Millah' (cara hidup/agama) mereka".
Rakyat Malaysia cukup kesal apabila Menteri Pertahanan yang juga bekas Menteri 'Agama', Zahid Hamidi sanggup bertemu dengan Ehud Barak si penyembelih umat Islam Palestin. Sanggup Zahid mengguriskan hati umat Islam Palestin dan umat Islam seluruh dunia.
Saya menggesa Zahid membuat kenyataan rasmi dan penjelasan mengapa beliau bertemu dengan Ehud Barak.

Comments

jusnita said…
pemimpin pas yg byk kawan dgn yahudi, malah ikut sifat yahudi, ko tau??
Anonymous said…
jgn cakap sembarangan...takde modal diam kan lagi baik...bila pemimpin PAS jumpa yahudi?
jusnita ni memang taksub umno latu...jenis yang membuta tuli, gopoh serakah, tak mau pakai otak, main cakap je....:)
ingat nak bela umno, tapi hakikatya buat malu org umno, kekawan aku yg umno pun memang dah lama menyampah penyokong2 dia yg bangang2 mcm ni...tapi apa nak buat...kata kekawan aku tu...dah majoriti org umno macam tu...hehehe...aku tanya dia org balik...apasal tak keluar je umno....dah terpaksa...kata dia org...tapi undi time...rahsia..kata yg sorang lagi...hehehe...
Anonymous said…
ia le org PIS memang pakai otak .. sebab tu dok sembah lilin sembah sembah limau ... hehehe

ia le totok
Anonymous said…
Pegang lilin dgn sembah lilin sama ke ngok??? Dungu betui umno nie..
Sure Heboh mufti kata haram ..jalan... Letak bunga kt Tugu haram ....letak gak... ni pegang lilin haram pulak... sebelum ni takde ...isk..isk..isk..