Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock. Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak.
Persaoalannya kini siapakah yang akan mengetuai dan menganggotai Suruhanjaya tersebut.
Rakyat bukan hanya Suruhanjaya itu dilantik tetapi mahu ianya mempunyai integriti dan dianggotai oleh mereka-mereka yang professional, bebas dan telus.
Selain itu keputusan siasatan Suruhanjaya itu juga mesti diterima pakai dan dijadikan sandaran untuk mendakwa mereka yang bersalah jika terbukti ada unsur-unsur jenayah dan salah laku hingga menyebabkan Teo Beng Hock terbunuh.
Media hari melaporkan bahawa Perdana Menteri menggariskan beberapa langkah yang akan diambil oleh Suruhanjaya tersebut. Beliau mengumumkannya dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya
Antara lain Najib menyebut: Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.
Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.
Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.
Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.
Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.
Sumber : Malaysiakini.
Comments