.

.

22 March 2014

BN MEROYAN TENGOK GAMBAR INI

BN sudah tentu meroyan meligat gambar orang ramai yang membanjiri program pelancaran Reformasi 2.0 yang dianjurkan PR di Stadium Kajang  malam tadi.

21 March 2014

ANDA TIDAK AKAN JUMPA SITUASI BEGINI DI MALAYSIA

Gambar menunjukkan Polis Acheh menegur seorang wanita yang memakai seluar ketat sewaktu membuat rondaan di Banda Acheh.

Pada jangkaan anda ada atau tidak keadaan begini berlaku di negara kita yang didakwa sebagai negara Islam hebat, di mana Polis menegur wanita yang berpakaian seperti ini.????

Dekat sini pakai separuh telanjang pun tak ada orang tegur!!!!!

~ FB Qalam Hayat

MH 370 : ADA ALIBI BAHAWA PILOT TIDAK AKAN BERTINDAK JAHAT


Dalam akademik, bidang kajian saya adalah kepimpinan. Dengan sedikit ilmu yang ada, saya mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang karismatik, serta salah seorang pemimpin legend di Malaysia.

Namun saya bukan pemuja dan pengikut Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, saya mengenali sangat ramai kawan-kawan yang terdiri daripada golongan profesional yang menjadi pengkagum, peminat dan obses kepada Anwar Ibrahim.

Ada antara mereka pensyarah universiti, doktor perubatan, akauntan, peguam, jurutera, arkitek, guru dan lain-lain.

Apabila Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman lima tahun penjara kerana kes liwat 2 baru-baru ini, majoriti mereka sedih, kecewa dan marah atas hukuman yang mereka sifatkan tidak adil dan bersifat politik itu.

Namun dalam kalangan mereka, tidak ada pensyarah yang menggagalkan pelajar dalam peperiksaan akibat kekecewaan itu.

Tidak ada doktor yang mencucuk pesakit dengan ubat overdose akibat kesedihan itu.

Tidak ada akauntan yang menutup akaun bank dengan kira-kira tidak seimbang antara debit dan kredit dek kerana kemarahan itu.

Tidak ada peguam yang tembak hakim kerana sedih.

Tidak ada jurutera yang meruntuhkan bangunan kerana protes.

Tidak ada arkitek yang boikot melukis pelan kerana perkara itu.

Juga tiada guru yang ponteng kelas atau terajang murid kerana menunjuk rasa dek ketidakpuasan hati.

Lantaran itu, saya masih berat untuk menerima premis bahawa juruterbang merampas pesawat yang dia sendiri pandu hanya kerana kecewa Anwar Ibrahim dihukum penjara.

Sebabnya, dia ada alibi yang cukup kuat bahawa dia tidak pernah bertindak begitu walaupun Mila tidak menang Anugerah Juara Lagu atau Anugerah Bintang Popular.


~ FB Mohd Yusri Ibrahim

MARI KITA SAMA-SAMA BANTU CARI ADIK INI!!!!!


VIDEO KLIP INI TAKKAN DI TAYANG DALAM TV PENCACAI - TEMURAMAH DGN ANWAR

Ikuti termbual CNN dengan Anwar Ibrahim tentang tragedi kehilangan pewasat MH350.

Klik di link ini untuk menonton rancangan terbitan temubuak tersebut.

Banyak cadangan dan ramalan serta dakwaan dari hari pertama sehingga sekarang.

Namun sehingga sekarang pesawat itu gagal ditemui.

PRK KAJANG : SEMAKIN DEKAT SEMAKIN KOTOR PERMAINAN LAWAN


Semakin hampir dengan pengundian PRK Kajang dijangkakan semakin kotor permainan pihak-pihak tertentu yang sudah menjadi tradisi kempen mereka.


PKR mendakwa 200 kain rentang mereka diturunkan penguatkuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam operasi awal pagi ini.

Anggota Parlimen parti itu bagi kawasan Alor Setar Gooi Hsien Loong berkata, ia diturunkan kira-kira jam 5 pagi tadi.

Antaranya bahan kempen itu termasuk kain rentang calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan di dalam penjara, yang dikatakan “menghasut” dan “provokatif”.

Kain rentang itu dimuatkan sebaris slogan pasukan bola sepak terkenal Inggeris“You'll never walk alone” (kamu tidak akan keseorangan).

Pengarah Pilihan Raya PKR untuk Kajang Zuraida Kamaruddin berkata akan membuat aduan berhubung perkara itu.

Sementara itu, terdapat juga lambakan kain rentang anti-PKR dan anti-Wan Azizah yang tidak meletakkan nama mana-mana parti.

Antaranya kain rentang dalam bahasa China mendakwa Wan Azizah bakal meninggalkan Kajang selepas hari pengundian Ahad ini dan dipersoalkan sama ada perjuangan PKR untuk semua atau Anwar seorang.

Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menafikan BN bertanggungjawab atas perbuatan itu. Malah, katanya, PKR boleh mencetaknya sendiri sebelum mengaku menjadi mangsa.

Cat merah di papan tanda Chew

Dalam sidang media berasingan, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menyimbah cat merah pada papan tanda calon BN Chew Mei Fun.

“Saya rasa sangat sedih dengan tindakan itu, mereka tahu bahawa Che mewakili keadilan dan terdapat orang yang mahu merosakkan imejnya dengan menyimbah cat merah,” katanya.

Menurut MCA, 10 kain rentang dan papan tanda Chew disimbah cat.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menafikan perbuatan khianat itu dilakukan petugas kempen mereka.

Petugas PKR malam tadi turut menurunkan pemidang memaparkan kartun Wan Azizh dengan kata-kata dalam bahasa Cina: “Kamu sudah ditipu selama ini”.

JOM HANTAR MEMO PADA PETRONAS

Assalamualaikum wrm wbh

Kepada semua rakyat Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah & Sarawak serta seluruh pencinta keadilan - jom sertai kami utk menghantar Memorandum kepada CEO PETRONAS pada hari ini 21/3/2014 bermula solat jumaat di Masjid As Shakiri & bergerak ke KLCC pada pukul 2.30p.m.

Tulong SEBARKAN ke setiap fb, whatapps, pages, blog, telegram dll sebagai sokongan ada kpd perjuangan suci menuntut Royalti.

Terima Kasih. Sirru Ala Barkatillah. Barokallahufiq

Hj Nazri Deraman
Presiden R (Royalti) Malaysia

Gambar atas sekadar hiasan
21 Mac 2014

MH370 : BEZA MALAYSIA DAN AUSTRALIA


~ fb Nazir Zakaria

GAMBAR MAYAT DISOROK DALAM SIMEN

Malaysia semakin dahsyat. Pembunuhan berlaku saban hari. Apa nak jadi dengan negara kita? Apakah ini bala dari Allah akibat manusia di Malaysia ini ingkar kepada perintahNya.

Gambar menunjuk sekujur tubuh manusia yang dibunuh dan disorok dalam simen ....jenoh petugas ini hendak keluarkan mayat tersebut.

~ FB Jabatan Bomba

20 March 2014

GAMBAR INI MENCERITAKAN SEGALANYA ......

Gambar ini boleh ditafsirkan macam-macam ........APA PULA PANDANGAN DAN TAFSIRAN ANDA TENTANG GAMBAR INI????

GAMBAR INI MENCERITAKAN SEGALANYA TENTANG FESTIVAL FUTURE MUSIC ASIA 2014????

Betulkan gambar ini adalah gambar tapak Festival Future Music Asia 2014 di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini.

Gambar menunjukkan botol air setan bertaburan. Kalau betul gambar ini maka tuan-puan fikir-fikirkanlah ......Inilah konsert yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia malah Menteri Pelancongan pun tetap mempertahankan konsert ini walaupun 6 orang mati.

Ada sesiapa yang boleh confirmkan gambar ini????????????

~ FB Saidin Din share dari Kerabu Bersuara

PRK KAJANG : SPR DIKESAN MULA MAIN KOTOR???


[PRK DUN KAJANG..] TERKINI... SPR dh mula 'main kotor'
Aduan salah seorang pengundi DUN Kajang.

Alamat IC, Kajang, PRU13 undi di DUN Kajang, tapi bila nak undi PRK Kajang, nama dipindah ke DUN Bangi...

Jika kita buka Laman rasmi SPR terdpt 'Semakan Daftar Pemilih' dan laman khas utk semakan daftar pemilih PRK Kajang.... baru terima aduan pengundi cina yg mengundi pd PRU 13 di Dun Kajang tetapi bila semak daftar PRK Kajang namanya telah hilang...

Semak dgn daftar pemilih biasa...ada tetapi telah diubah ke Dun Serdang...

Mr Lee juga telah dimaklumkan oleh calon BN bahawa semua penduduk Jalan Reko tak payah keluar mengundi...

Mr Lee sebelum ini berkata dia sudah mengundi di Dun Kajang sebanyak 4 kali tp kali ini namanya telah hilang dari senarai pengundi DUN Kajang!!.. APA DAH BERLAKU SEKARANG !!!!

~ FB Keadilan Suara 

PRK KAJANG : VOTE FOR WAN NOT FOR FUN

Pengundi Kajang .....tuan-puan hendak undi WAN atau FUN.

Harap-harap undi Wan bukan FUN .....asyik hendak FUN je....sampai bila hendak berhibur.......!!!!

TAKZIAH ORANG KEDAH YANG UNDI BN. BALA NAK MAI!!!

Tu dia org Kedah dia bawa mai bala dah , bersorak gembiralah org yg dok undi BN hari tu. BN menang Kedah senang.

Tak serik-serik. Hang pi undi BN masa PRU 13 dulu siapa suruh. Aku dah habaq hangpa tak mau dengaq.

Suku sakat Umnuuu ni depa buka tau halai haram ........dah kena baru fening....lepaih tu buat balik.

~ Gambaq dari Fb Mohd Hayati.

ABE AJI (HJ WAN ZAHIDI) SEMAKIN STABIL

Sahabatku ini Cikgu Haji Wan Mohd Zahidi Wan Yusof (Ex- Presiden PMIUSM sessi 1988/89) selamat menjalani pembedahan injap jantung di HUSM beberapa hari lalu. Semoga beliau segera sembuh. Amin.

19 March 2014

TIMB KETUA PENGARAH PASTI, CIKGU KADIR DEWA KEMALANGAN

Timbalan Ketua Pengarah PASTI Pusat Cikgu Abdul Kadir Dewa terlibat dalam kemalangan jalanraya di Durian Tunggal petang tadi. Kereta yang dipandu beliau berlanggar dengan sebuah kereta lain.

Beliau ketika itu dalam perjalanan pulang dari Gemencheh ke rumahnya di Batu Berendam.

KELUARGA PENUMPANG MH370 MENGAMUK

Keluarga penumpang MH370 berasal dari China mengamuk di kawasan Sidang Media hari ini.

Mereka hilang sabar dengan mendakwa tidak dapat banyak maklumat tentang waris mereka yang sehingga tidak diketahui lokasinya.

Info lanjut di link ini http://m.kinitv.com/video/4970O8

PESERTA HIMPUN SECARA AMAN DIHUKUM BUGHOH, KONSERT MAUT TIADA KOMEN

Riuh rendah Tok Ppeti menghukumkan peserta himpunan aman sebagai Bughoh atau penderhaka. Tetapi bila anak-anak muda berhimpun menonton konsert maksiat, bergaul bebas sehingga 6 orang maut Tok Ppeti tak ada pula menghukumkan konsert itu haram atau bughoh dan sebagainya.

Harap Tok Ppeti kalau hendak membodek pun jangan terlalau 'obvious' sangat .........kesian Tok Ppeti Pasir Berdengung.....bila nak sedar dan insaf bahawa BN telah jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Kalau kita membodek jangan nampak sangat ....
Kalau kita takut jangan tunjukkan muka pucat ...
Kalau kita tua jangan perasan muda
Kalau kita tak tahu jangan berlagak hebat ...........

VIDEO PUNCA 2 PELAJAR MENINGGAL DI GUNUNG BUBU, PERAK


KUALA KANGSAR: Dua daripada empat mangsa yang hilang di Gunung Bubu dekat Ulu Kenas ditemui meninggal dunia kira-kira 3.20 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Adam Asraf Azman dan Muhamad Amir Asyraff masing-masing berusia 17 tahun.

Pasukan mencari dan menyelamat berjaya membawa keluar jenazah Adam Asyraf sekitar enam petang sementara jenazah Muhamad Amir pula dikeluarkan sekitar pukul 6.45 petang.

Kematian kedua-dua mangsa disahkan Ketua Polis Kuala Kangsar, Supritendan  Ahmad Rabawi Abdul Jamil.

Mangsa merupakan sebahagian daripada empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas ketika menuruni terbabit dalam aktiviti 'jungle trekking'.

Aktiviti berkenaan disertai 21 pelajar yang mengikuti perkhemahan unit beruniform di sana sejak tiga hari lalu yang turut disertai enam guru pengiring.

Sementara itu dua rakan mereka, Muhamad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fitri ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar sembilan pagi tadi.

Mereka dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut.

PRK KAJANG : BN SAPU BERSIH PENGUNDIAN AWAL, BN DI DEPAN LEBIH DARI 1,100???

BN dijangka menyapu bersih semua undi dari pengundi awal hari ini. Adalah dijangkakan 1185 dari 1197 pengundi awal akan memberikan undi kepada BN. Ini bermakna belumpun proses pengundian berlangsung pada 23 Mac ini BN sudah berada di depan dengan majoriti lebih dari 1,180 undi.

Memang sudah menjadi tradisi undian awal adalah 'fix deposit' kepada BN. Pihak jangan harap undi mendapat undi lebih dari 5 % dari pengundian awal.


Sebanyak 1,197 anggota polis dan pasangan mereka hari ini menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berlangsung di kawasan itu.

    
Proses pengundian bermula 8 pagi hingga 5 petang menerusi tiga saluran iaitu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep, ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
    
Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal terus diguna pakai pada PRK DUN Kajang, seperti mana yang dilaksanakan pada dua PRK sebelum ini iaitu PRK Kuala Besut di Terengganu dan Sungai Limau di Kedah.
    
PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.
    
Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili BN bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.
    
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa.

APAKAH INI MH370 YANG DICARI????

Apakah ini imej pesawat MH370 yang hilang membawa diri sejak 8 Mac lalu.

Seorang Pakar IT dari India bernama Anoop Madhav Yeggina, 29, mempercayai bahawa  imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang dicari sejak 12 hari lalu. 

Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Anoop telah menghantar dapatan (finding) beliau kepada laman web antarabangsa  dan ianya mendapat sambutan yang dahsyat dari orang ramai yang dahagakan maklumat tentang MH370.

Namun belum dapat dipastikan apakah imej ini sahih imej MH370 dan ianya perlu kepada kajian lanjut yang terperinci dan teliti.

Moga MH370 dapat dikesan dan semua penumpang dan kru selamat. 

BIL ELEKTRIK RM2.2 JUTA ......BANYAKNYA

Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook sekali lagi mempertikai kos perbelanjaan elektrik kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana yang mencecah RM2.2 juta sepanjang 2013.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan bil elektrik kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak sepanjang 2013 adalah RM2.2 juta dan air RM221,000.
“Memang daripada segi jumlah keseluruhan terdapat pengurangan berbanding tahun sebelumnya namun pengurangan ini terlalu sedikit.
"Jadi ini menunjukkan bahawa Najib tidak benar-benar serius untuk berjimat sedangkan dalam waktu yang sama menyarankan penjawat atau kakitangan awam berjimat. Lagi pun Kompleks Seri Perdana bukannya digunakan sepanjang tahun.
"Najib suruh rakyat berjimat tapi beliau sendiri masih mengamalkan pembaziran,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen bersama Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul semalam.
Shahidan dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan Anthony Loke turut mendedahkan bahawa kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM855,000 dan RM112,000 untuk bil elektrik dan air kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sri Satria sepanjang 2013.
Anthony Loke yang juga Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan turut mempertikaikan penggunaan Kompleks Seri Perdana untuk bermesyuarat sedangkan Najib sudah memiliki Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
"Penggunaan kediaman untuk melakukan mesyuarat adalah tidak wajar, mengapa perlu ada ruang pejabat di dalamnya. Tidakkah ini juga menggalakkan pembaziran?," soalnya dipetik Roketkini.
Banyaknya bil elektrik, dia orang pakai lampu apa, mesin apa dan peralatan apa sehingga sebanyak itu!!!

NAZRI APA TUNGGU LAGI SILA LETAK JAWATAN

NAZRI SILA LETAK JAWATAN APA TUNGGU LAGI!!!!

18 March 2014

BLOGGER UMNO BIADAP DAN TIADA PERIKEMANUSIAAN

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal terhadap blogger-blogger Umno yang tidak menghormati derita dan kesusahan yang dihadapi oleh ahli keluarga juruterbang MAS Zaharie Ahmad Shah.

Ini kerana katanya, banyak kesimpulan negatif dilemparkan kepada juruterbang MH370 hanya kerana beliau menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

"Sekarang ini heboh dalam blogger Umno salah seorang menantu saya ada pertalian kekeluargaan dengan Zaharie.

"Tetapi cuba untuk kaitkan beliau dan dipolitikkan tidak menghormati hak keluarga dalam keadaan susah ketika ini. Semua orang tidak tahu di mana pesawat itu. Kita hanya berdoa sahaja kerana pelbagai usaha telah dilakukan," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Bagi kami krew mutaligat, blogger Umno bukan sahaja tidak menghormati keluarga kru dan penumpang pesawat MH370 malah blogger-blogger itu biadap dan tidak berperikemanusiaan tanpa segan silu menuduh pilot tersebut dengan tuduhan liar tanpa bukti dan fakta.

Kami menasihat mereka supaya menghentikan segera perbuatan jahat dan biadap tersebut bagi menghormati keluarga semua kru dan penumpang pesawat tersebut.

HENTIKAN AKTIVITI MAKSIAT DAN PANTAU ANAK-ANAK ELAK TRAGEDI BERULANG

Dewan Muslimat PAS Negeri  Melaka  menggesa kerajaan mengambil langkah drastik menghentikan semua  penganjuran  konsert  liar dan melampau seperti  Festival Future Music Asia dan lain-lain.
Ketua Peneranganya, Mahani  Othman Basir berkata terlalu banyak konsert liar dan melampau yang dianjurkan di Malaysia tetapi kerajaan dan pihak berkuasa seolah-olah memejamkan mata membiarkan ianya dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

‘Banyak kali PAS melalui Dewan Pemuda dan Muslimat membantah dan menghantar memo bantahan terhadap konsert-konsert  yang dianjurkan tetapi ia dipandang sepi oleh mereka”

“Bila berlaku tragedi 6 orang penonton meninggal  dunia baru-baru ini barulah banyak pihak membuka mata dan bercakap soal pengawalan dan penguatkuasaan” ujar Mahani.

Beliau berkata di Malaysia sudah menjadi budaya bila terjadi sesuatu musibah dan tragedi barulah pihak berwajib menggelabah dan memikirkan langkah-langkah bagi mengelakkan ianya terus berlaku.

“Kita hanya melakukan langkah pembetulan atau ‘corrective action’ tetapi tidak mengambil langkah-langkah pencegahan atau ‘preventive action’ sebelum ianya berlaku”

“Budaya mesti  diubah dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak tragedi  berlaku terutama yang melibatkan keselamatan rakyat dan orang ramai termasuk pelancong” tambah beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil.

Mahani juga mengharapkan ibu bapa dan penjaga supaya peka dengan kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak mereka terutama remaja.

“Sebagai ibu bapa kita sewajarnya mengambil tahu ke mana anak-anak kita pergi dan dengan siapa mereka berkawan”

“Hari ini terlalu banyak program-program maksiat dan liar yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan ianya gagal dipantau dan dihalang oleh kerajaan dan pihak berkuasa”. Tambahnya lagi.

Sebagai ibu bapa, katanya, mereka bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan aktiviti dan program maksiat dan melampau yang melibatkan pergaulan bebas, penggunaan dadah, arak dan sebagainya.

“Ajaran agama dan kesedaran tentang bahayanya pergaulan bebas dan hiburan melampau mesti ditanam dalam diri anak-anak sejak dari kecil”

“Bukan tidak boleh berhibur tetapi ibu bapa mesti memantau bentuk hiburan dan kesenian yang disukai dan ditonton oleh anak-anak”ujarnya.


Menurutnya setelah semua langkah-langkah itu diambil kita berserah dan bertawakkallah  kepada Allah untuk menjaga anak-anak  remaja  yang sememangnya terdedah kepada unsure-unsur negatif di persekitaran kita.

10 MINIT TELAN UBAT KUAT TERUS MATI

Peristiwa kematian 6 orang remaja pada konsert maut di Stadium Bukit Jalil benar-benar menyayat hati. Siapa yang hendak kita pertanggungjawabkan.

Siapa bagi kebenaran, bagi lesen dan galakkan konsert ini.

Siapa yang jual dadah di konsert tersebut?

Kita minta orang yang berikan lesen, beri kebenaran, jual dadah dan lain-lain itu disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

  • 10 minit telah terus mati
  • Mulut berbuih, mata terbeliak dan badan kejang
Itu antara keadaan yang dilalui oleh mangsa-mangsa dadah di konsert tersebut.

KAZAKHSTAN, KYRGHIZTAN, GO HEAD GO STAN DAN KELANTAN

Pengetahuan am. 

Terdapat tujuh nama negara yang berakhir dengan 'stan'. Maksud 'stan' ialah suku atau puak, melainkan Pakistan yang merupakan singkatan kepada nama kaum Punjab, Afghan, Kashmir, Sindh dan Baluchistan. Sementara Hindustan pula merupakan nama puitis bagi India. Lima negara lain ialah Afghanistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan. 

Namun orang terlupa akan 'tan' yang kelapan. Rupa wajah 'tan' yang kelapan ini paling berbeza dan tidak sama dengan mana-mana 'tan' yang tujuh itu. Tahukah anda apakah nama negara atau negeri itu? 

Jawapan - KELANTAN. Selamat malam.....


~ FB Ustaz Zamri Zainal Abidin

Gambar di atas sekadar hiasan.

恭祝民主行动党创党48周年纪念。

恭祝民主行动党创党48周年纪念。

PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 48 penubuhan Democratic Action Party (DAP). 

Dalam ucapan ringkasnya Yang Dipertuanya, Mohd Sofi Abdul Wahab mengharapkan sempena ulangtahun DAP ke 48 ini PR semakin kukuh dan mampu membebaskan rakyat Malaysia dari pemerintahan BN pada PRU 14 nanti.

Ucapan ringkas ini kami petik dari FB PAS Kawasan Bukit Katil hari ini. http://www.facebook.com/PasBukitKatil 

17 March 2014

BAS JATUH GAUNG 4.25 PTG TADI

Sebuah jatuh ke dalam gaung berdekatan Gua Tempurung jam 4.25 petang tadi.

Tidak dapat dipastikan keadaan pemandu dan penumpang. Berita lanjut akan menyusul.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN MELAKA BERHUTANG KIRA-KIRA RM84.7 JUTA

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka mempunyai hutang terkumpul tahun 2013 berjumlah RM84.7 juta. 4 PBT tersebut ialah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

MBMB mempunyai hutang paling tinggi iaitu RM54.044 juta; MPAG (RM16.498 juta); MPHTJ (10.224 juta ) dan MPJ sebanyak RM4.011 juta. 'Performance' kesemua PBT amat mengecewakan kerana mana mungkin sebuah PBT mengalami kerugian jika pihak pengurusannya mentadbir dengan baik, telus, tiada rasuah dan tiada penyelewengan.

Prestasi PBT yang semacam ini dengan hutang yang bertimbun sudah tentu memberikan kesan yang mendalam kepada rakyat kerana mereka mungkin akan menaikkan lesen dan cukai bagi menampung hutang yang semakin membarah. Kebimbangan ini terbukti di mana rakyat mula mengeluh dengan kenaikan cukai, lesen dan sebagainya.

Ketua Menteri dan Kerajaan negeri mesti menyiasat perkara ini kerana kerugian ini sudah tentu melibatkan kelemahan pengurusan dan mungkin juga berlakunya penyelewengan. Pihak SPRM dan pihak berwajib lain mesti dipanggil bagi menjalankan penyiasatan secara terperinci bagi mengatasi masalah ini pada masa yang akan datang.

Jika terdapat bukti berlakunya rasuah dan penyelewengan pihak terbabit mesti di bawa ke muka pengadilan.

~
Mohd Sofi Abdul Wahab
~ Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

KHAIRY PANIK TAKUT KENA TAMPAR BUAYA DENGAN BOMOH 1MALAYSIA VVIP

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Khairy baru diugut hendak ditampar (oleh Bomoh Ibrahim Mat Zain) mula rasa panik dan takut.
“Baru kena ugut tampar sudah panik, inikan pula mahu mempelekehkan Wan Azizah Wan Ismail yang sudah hidup susah dan kenal makna sebenar keadilan,” kata Anwar.
Khairy diugut untuk ditampar oleh seorang bomoh apabila Ketua Pemuda Umno itu menempelak tindakan bomoh tersebut mengadakan ritual di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk 'mencari' pesawat MH370 yang hilang.
Anwar berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Khairy yang menuduh Wan Azizah adalah 'puppet' kepada Anwar.

Khairy pula memberikan respons kepada ibrahim yang mengugutnya dengan berkata dia seorang sahaja hendak tampar saya tetapi seluruh rakyat Malaysia hendak tampar dia (Ibrahim Mat Zain.)

MH370 : LUPA HABIH

Lupa habih ke sekerap mughah..ghalik dok ingat ke kapal terbang!
Lupa habih ke ikan mahal, ghalik dok sembang keh kapal terbang!
Lupa habih ke anak tak dak duik nak gi sekolah, ghalik dok tengok berita kapal terbang!
Lupa habih ke beras tak dak dalam ting, kira dok geleng pala lagu mana buleh ghrek kapal terbang!
Lupa habih bumi dipijak nak hilang...
Lupa habih kerajaan beri buat kosert 3 hari tiga malam orang muda nyawa melayang makan dadah...
Lupa habih orang ada kuasa buat zalim kat orang ...
Lupa habih sambo burung tak boh dalam sarang...
Lupa habih gulung kheng di pinggang kho dok besar, pano di punggung dok tebetang...

Ghalik dok memikir ke kapal terbang!

Motong tak dan nak gi, ikan tak dan nak beli, anak tak gi sekolah bakek tengahari, anak bini tak dak nak makang kho dok bejalan rumah gu cari gutu, lemu tak beri makang a mapoh tekakang, burung titir tegolek dalam sarang layang, benggali kapek mari mitak utang, gosti mutu gosti TB tak baya dah 3 bulang...

Cukuplah kita hata gi doa khusyuk keinsafan dan bertambahnya kemanusiaan... Harap2 dema selamat pulang...

Takut esok dema kerenyih turun tangga kapal terbang, kita orang kapong habih teletang kena wayang dengan kejaang!


~ FB Muhammad Sanusi Mohd Nor

UMNO BOLEH JADIKAN PERKARA MUSTAHIL BERTUKAR NYATA???

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, semalam berkata walaupun Kapten Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, mustahil juruterbang itu merampas pesawat yang dipandunya sendiri kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah dan ini merupakan satu teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.
"Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.
Pemerhati melihat bahawa selepas Najib mengumumkan bahawa operasi pencarian dan menyelamat telah masuk ke fasa dua, jelas kelihatan ada usaha untuk mengaitkan juruterbang itu dengan Anwar dan PKR. 

16 March 2014

KASIHAN KHAIRY BAKAL DIHANTAR KE ALAM GHAIB


Kasihan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bakal dihantar ke alam ghaib oleh bomoh 1Malaysia. Kah kah kah ......Habis 1Malaysia diperbodohkan oleh bomoh 1Malaysia.

Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin di nasihatkan agar menarik kembali kenyataan yang di keluarkan sebelum ini. Menurut Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin hentikan perbalahan sesama sendiri, tambahan pula ketika musim pilihanraya. 


“Di Rembau budak-budak saya, (silat) gayung ghaib, Selendang Merah banyak calon (sokong) dia. Masa pilihan raya (PRU13) saya kata pangkah Khairy (ini) menantu Pak Lah (mantan Perdana Menteri) baik, budak muda (dan) bakal pemimpin. Hari ini dia boleh kutuk saya.

“Ini ke kerja orang Umno (dan) orang Barisan (Nasional) ni. Saya sokong dia masa pilihan raya, (saya pesan) kamu orang-orang silat semua pangkah dan sokong Khairy. Sana orang-orang tua bukan suka dengan dia, dia kurang ajar, akal taruk mana cakap dengan dia” katanya dengan nada yang tegas ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan Khairy agar jangan mencampuri urusan tiada kena mengena dengannya.

“Khairy ingat baik-baik, jaga periuk nasi sendiri. Rembau nanti kalau kamu kacau saya, saya akan kacau tempat kamu di Rembau nanti. Saya akan khabor (maklumkan) pada budak-budak saya (untuk) buat undi tidak percaya pada kamu nanti.

“Kamu (kena) ingat, jangan main (perlekeh) dengan orang tua. Saya bomoh, (dengan) kuasa Allah, guru silat, kamu jangan main. Kamu boleh main dengan orang tua-tua di negeri kamu sendiri, yang takut dan penakut dengan kamu,” tegasnya lagi.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.

Ahli parlimen Rembau itu sebelum ini turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.

Ibrahim turut menyelar Khairy yang dikatakan mempertikaikan gelaran ‘Raja Bomoh’ yang disandangnya.

“(Ingat saya) macam kamu bodek? Sekejap bodek (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim dan sekejap bodek Pak Lah (mantan Perdana Menteri), baru dapat kahwin dengan anak Pak Lah. Miskinlah kamu Khairy” selar beliau lagi.
Beliau turut berulang lagi mengingatkan Khairy agar jangan mencabar orang tua.

“Saya tok bomoh, kalau hati saya sakit nanti kamu masuk alam dua. Alam 7 tujuh kaki, atau 5 kaki. Jangan jolok sarang tebuan, nanti penyengat keluar kamu susah lari,” ujarnya mengakhiri perbualan.

NAJIB TAKUT JAWAB ISU MH370 : TOLONG JAWAB SOALAN INI

Najib takut untuk menjawab soalan wartawan dalam isu MH370.

Cuba Najib jawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bomoh dan konsert Future Music Asia ini.

a) Featival Future Music Asia

1) Siapa yang membenarkan konsert liar ini.?

2) Adakah konsert semacam ini halal di sisi Islam?

3) Golongan mana yang paling ramai menghadiri konsert liar ini?

Soalan berkaitan bomoh :

1) Siapa yang membenarkan upacara ini dijalankan?

2) Siapa yang memanggil dan membayar bomoh 1Malaysia VVIP ini?

3) Apa hukum upacara seperti ini?


PEMIMPIN UMNO KANTOI : BOMOH 1MALAYSIA PECAH LUBANG

Bomoh 1Malaysia sudah pecah lubang. Cuba teliti video klip bomoh ketika beliau menghentam Khairy Jamaluddin.

Beliau tanpa segan silu menyebut nama pemimpin-pemimpin Umno yang menjadi anak murid, pengikut dan client beliau. Ha3 1 Malaya sudah tahu belang pada hidung mereka.

Bomoh ini bukan bomoh baru.Beliah telah lama menjalankan 'perniagaan'. Pelanggan-pelanggan dia pun orang besar-besar lebih besar dari KJ.

Itu sebab beliau berani memperlekehkan Khairy sebab beliau mempunyai talian hayat yang lebih dahsyat dari KJ.

Allah maha kuasa tanpa diminta bomoh 1Malaysia telah mnyebutnya sendiri nama-nama pemimpin yang kantoi tersebut.

PKR AKAN BUAT KEJUTAN DI PRK BALINGIAN

PKR akan membuat kejutan di PRK Balinguan dengan memberikan tenrangan sengit kepada BN. Calon yang dikemukajan oleh PKR kali ini adalah berwibawa. 

PKR Sarawak hari ini menamakan setiausaha cabang Bintulu parti itu Abdul Jalil Bujang bagi mencabar calon BN Yussibnosh Balo  dalam pilihan raya kecil Balingian pada 29 Mac ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Sibu.

Abdul Jalil, yang kedua ibu bapanya berasal daripada Mukah, bekas eksekutif Petronas.

Beliau sekarang bekerja sebagai ahli perniagaan di Bintulu. Yussibnosh pula bekas pegawai daerah di Dalat.

Tarikh penamaan calon akan berlangsung esok.

Pilihan raya ini diadakan ekoran peletakan jawatan Tan Sri Taib Mahmud sebagai ketua menteri dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian pada 28 Februari.

PEMUDA PAS MELAKA KECAM KONSERT LIAR

Dewan Pemuda PAS Melaka mengecam penganjuran konsert luar Festival Future music Asia yang menyebabkan 6 penontonnya meninggal dunia.

Ketuanya Jauhar Md Dawi berkata di sebalik kisah duka dan ujian yang sedang dihadapi rakyat malaysia khususnya umat Islam tentang isu MH 370 , kemarau dan ketiadaan air , kita menyaksikan tragedi kebobrokan moral yang berlaku akibat ketiadaan pemantauan yang tegas oleh pihak berkuasa terhadap Festival future Music baru-baru ini.

 "Pemuda PAS Melaka amat berduka cita dengan perkara yang berlaku dalam Festival Future music di stadium Bukit Jalil pada 13 -15 mac 2014 , di mana berlaku kematian seramai enam orang dan empat orang lagi dalam keadaan kritikal."

"Penganjur seolah-olah mendapat lesen besar dalam penganjuran festival ini kerana secara terang-terang mempromosi bahawa akan ada parti liar "Malaysia biggest and wildest party". " ujarnya.

Beliau mempersoalkan adakah pihak penganjur iaitu syarikat Live Scape sdn. bhd mengikut piawaian hiburan dalam negara ini atau mereka yang meluluskan festival ini tidak memantau sepanjang perjalanan festival ini berlaku.

"Bagi kami peristiwa ini amat memalukan negara kerana pada masa yang sama kita sedang bersedih tentang kehilangan pesawat MH370. "

"Lebih malang lagi kematian ini melibatkan anak-anak muda yang beragama islam. Di mana letaknya peranab pihak penguatkuasa dan pihak kementerian dalam isu yang besar ini." tambahnya.

Menurutnya Dewan Pemuda Pas Melaka merasakan pihak kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan perlu memberi penjelasan tentang punca mengapa konsert liar ini dibenarkan.

"Jelas sekali menteri berkenaan dan pihak berkuasa gagal menjalankan tugas mereka dan sesiapa yang berkenaan mesti meletakkan jawatan sekiranya jawapan itu tidak menyakinkan kerana ia sudah melibatkan nyawa dan maruah negara."tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa Dewan Pemuda Pas Melaka memandang berat isu ini kerana ia adalah pertama kali berlaku di malaysia yang merupakan negara majoriti umat Islam dan ia melibatkan kematian anak muda yang beragama Islam akibat penggunaan dadah yang berlaku dalam konsert itu.

"Sudahlah negera kita dicemuh dan dipersendakan oleh akhbar-akhbar antarabangsa akibat memanggil Bomoh 1Malaysia untuk mencari pesawat MH 370 di  KLIA , ditambah pula dengan kes ini yang memaparkan imej yang buruk terhadap negara akibat penganjuran konsert yang jelas bertentangan dengan Agama dan tatasusila Rakyat Malaysia." tegas beliau.

APAKAH ISU-ISU PENDERITAAN DAN KEZALIMAN TELAH DILUPAKAN ????

Apakah khabar dengan isu-isu di bawah :

1. Saman 2 juta ke atas TGHH (perancangan tidak berjaya)
2. Hukuman penjara ke atas DSAI.
3. Hukuman denda ke atas Karpal Singh
4. PRK Kajang
5. PRK Balingan
6. Masalah air di beberapa negeri
7. Isu harga getah
8. Kenaikan harga barang

MH370 : SOALAN PUN KENA TAPIS, APA YANG HENDAK DISOROKKAN?

Sidang media teknikal MH370 bagi menjawab sebarang soalan berkenaan penjelasan perdana menteri tengahari tadi dibatalkan kerana pihak berkuasa memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti soalan-soalan yang dikemukakan wartawan secara bertulis.

Seorang jurucakap sekretariat media dari Jabatan Penerangan, Jagjit Singh memaklumkan perkara itu kepada wartawan sekitar jam 5.10 petang tadi.

Selepas sidang media awal tengahari tadi, wartawan yang ingin mengajukan soalan diminta mengemukakannya secara bertulis di atas kertas kajang bersaiz A4 yang disediakan Jabatan Penerangan.

Wartawan meja bahasa Inggeris Malaysiakini, Koh Jun Lin sendiri mengemukakan enam soalan untuk dijawab.

Sekretariat media memaklumkan pihak berkuasa akan menjawab soalan-soalan yang telah diajukan dalam sidang media pada jam 5.30 petang esok.

"Mereka (pihak berkuasa) sedang menelitinya," kata Jagjit.

Difahamkan 10 helai kertas soalan diserahkan kepada sekretariat daripada lebih 200 organisasi media yang membuat liputan kehilangan ini.

Hari ini merupakan hari kelapan pesawat MH370 hilang selepas gagal dikesan menara kawalan pada Sabtu lalu.

Soalan pun kena diberi lebih awal maknanya kena tapis dahulu. Di mana kebebasan media yang dilaung-laungkan selama ini. Bila orang tuduh kita tiada kebebasan media kita marah. 

Kini semuanya tersingkap dek kerana kebingungan dan 'kecerdikan' kita sendiir.

~ Mkini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter