.

.

16 March 2014

KASIHAN KHAIRY BAKAL DIHANTAR KE ALAM GHAIB


Kasihan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bakal dihantar ke alam ghaib oleh bomoh 1Malaysia. Kah kah kah ......Habis 1Malaysia diperbodohkan oleh bomoh 1Malaysia.

Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin di nasihatkan agar menarik kembali kenyataan yang di keluarkan sebelum ini. Menurut Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin hentikan perbalahan sesama sendiri, tambahan pula ketika musim pilihanraya. 


“Di Rembau budak-budak saya, (silat) gayung ghaib, Selendang Merah banyak calon (sokong) dia. Masa pilihan raya (PRU13) saya kata pangkah Khairy (ini) menantu Pak Lah (mantan Perdana Menteri) baik, budak muda (dan) bakal pemimpin. Hari ini dia boleh kutuk saya.

“Ini ke kerja orang Umno (dan) orang Barisan (Nasional) ni. Saya sokong dia masa pilihan raya, (saya pesan) kamu orang-orang silat semua pangkah dan sokong Khairy. Sana orang-orang tua bukan suka dengan dia, dia kurang ajar, akal taruk mana cakap dengan dia” katanya dengan nada yang tegas ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan Khairy agar jangan mencampuri urusan tiada kena mengena dengannya.

“Khairy ingat baik-baik, jaga periuk nasi sendiri. Rembau nanti kalau kamu kacau saya, saya akan kacau tempat kamu di Rembau nanti. Saya akan khabor (maklumkan) pada budak-budak saya (untuk) buat undi tidak percaya pada kamu nanti.

“Kamu (kena) ingat, jangan main (perlekeh) dengan orang tua. Saya bomoh, (dengan) kuasa Allah, guru silat, kamu jangan main. Kamu boleh main dengan orang tua-tua di negeri kamu sendiri, yang takut dan penakut dengan kamu,” tegasnya lagi.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.

Ahli parlimen Rembau itu sebelum ini turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.

Ibrahim turut menyelar Khairy yang dikatakan mempertikaikan gelaran ‘Raja Bomoh’ yang disandangnya.

“(Ingat saya) macam kamu bodek? Sekejap bodek (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim dan sekejap bodek Pak Lah (mantan Perdana Menteri), baru dapat kahwin dengan anak Pak Lah. Miskinlah kamu Khairy” selar beliau lagi.
Beliau turut berulang lagi mengingatkan Khairy agar jangan mencabar orang tua.

“Saya tok bomoh, kalau hati saya sakit nanti kamu masuk alam dua. Alam 7 tujuh kaki, atau 5 kaki. Jangan jolok sarang tebuan, nanti penyengat keluar kamu susah lari,” ujarnya mengakhiri perbualan.

3 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter